Saturday, February 26, 2011

Lagu Tiga Kupang

Semalam sebelum tidoq,teringat pulak aku masa tadika n sekolah rendah aku..Seyes best.Masa tu la aku ada gak hafal beberapa buah lagu.Yang paling aku tak bleh lupa masa dulu aku hafal Lagu Tiga Kupang dengan Bapak Ku Pulang Dari Kota.Aku rasa ampa semua pun penah dengaq kot lagu-lagu ni..

video

Masa tadika kot,kerap la nyanyi lagu ni.Haha.Sambil skarang pun still ingat lagi.Best kot dia punya lirik.


video

Lagu ni pulak yang paling aku ingat skali.Babak yang paling best bila sampai lirik yang last tu."Datang burung hitam,patuk batang hidung,hidung,hidung" Kalo nyanyi sama-sama,aku ngan kawan-kawan aku pun bila lagu sampai sini ja.masing-masing pakat la cucuk lubang hidung masing-masing.Takpun ada gak member member cucuk hidung member laen.Seyes bodoh time tu.Haha..Tapi,bila ingat balek,best kot..kih3..
                                              
                                                        ************************
Ok,sekarang ni aku nak nyanyi balek lagu neh,ada sesapa yang nak cucuk lubung hidung aku??hahaha

Wednesday, February 23, 2011

Kencing Dalam Seluaq Weh~haha

     
Ampa penah tengok video matluthfi tak??Haa sapa yang tak penah tengok lagi,mai tengok mai.Best aku nak habaq kat hang.Mai kita layan dulu...


Video budak ni aku pun tak taw sebelum nie..Member aku yang habaq kat aku.Bila tengok skali,rasa syoq plak.


                                                            ******************

video

                                                             ****************
Haa,amacam??Best x??
Budak ni dok belakang umah aku ja *tetiba*Haha
Kalau nak tengok banyak lagi, hampa p cari kat youtube noh.Taip matluthfi90..Banyak lagi video yang dia buat.Semua ada moral value~p tengok p..haha


Saturday, February 19, 2011

Boleh saya pegang awak tak?

 Semalam aku p r jejalan kat mall.Tetiba mata aku terlihat sorang minah ni!!Seyes cun,memang comel,agak menarik.Tetapi SEKSI.Berkepit dengan bf dia.Macam belangkas.Mata aku 50-50 masa tu.Nak jeling ka tak??Nak tengok ka tak ni??bisik hati aku.

"Kalo tak tengok,orang cakap rugi.Kalo tengok, berdosa."

Member aku kata,
"Sapa suruh minah tu pakai lagu tu,dah dia pakai kita tengok la"  *ish macam tu pulak*haha

Akhirnya,aku amek keputusan untuk usha jugak minah tu.Tapi bukan tengok macam tu ja,aku jeling-jeling tajam sambil menggeleng-gelengkan kepala tanda insaf.At least kalo minah tu tengok aku,ada gak dia rasa bersalah.haha

                                                *****************************

Berbalik kepada tajuk entry,bukan nak cakap pasal aku usha minah kat mall.Tapi aku nak cakap pasal pegang tangan.Banyak orang yang taw apa hukum pegang tangan antara bukan muhrim tetapi banyak jugak yang pegang *kalo muhrim tak kisah ok*

Tadi aku google kat internet dan jumpa satu pict kartun neh.Renung-renungkan riwayat kat atas :



                                        ******************************
~Pegang tangan bf gf hari-hari nak,setiap tahun berapa kali ja kau pegang,cium tangan mak ayah kau~
Fikir-fikir lah ya.Hukum bersentuhan antara bukan muhrim(secara sengaja) ialah HARAM..(sebut sama2)

p/s budak kampung : sesapa kat luar yang pegang tangan tu,hampa semua insaf2 lah NOH..=)

Thursday, February 17, 2011

Minggu Yang Kejam..

Kejam??Napa kejam??Dia nak bunuh kau ke haa??

Berbalik kepada tajuk entry,mnggu neh memang tersangat-sangat la bz bagi aku..Aku rasa student laen pun sama la jugak!!Kan3??
Dengan assignment bertimbun,lab report berguni-guni,tutorial bertimba,tu tak termasuk proposal yang nak kena antar,test yang akan datang,kuiz yang mengejut,dan presantation yang nak kena prepare.Adooiii,memang bz la hidup aku.

Tapi dalam bz-bz pun,blog kena gak update,game kena gak maen.Baru cukup syarat.Ye x??haha.
Tapi kalo boleh,aku nak ubah ja masa.Haha..Hari-hari tido lewat.Tido lewat hari-hari.Dah takda masa dah.Mata pun dah merah oiih~

Bukan apa,punca bagi segala punca-punca kat sini ialah selalu buat keja last minit..Aduh,bila la aku nak insaf neh.Tapi kan,study last minit BEST kot.Semua benda yang nak ingat,cepat ja masuk.Haha.Baca sekali ja,terus ingat.Rumus yang berpuluh-puluh muka surat pun cepat ja masuk dalam kepala otak aku.haha~
Apa-apa pun,jangan stress2,emo2,chill beb!!

p/s budak kampung: usaha lif kejayaan!!nothing impossible~oyeeah

Tuesday, February 15, 2011

United Kingdom~woooww!!~

Sapa yang penah p oversea??Angkat kaki!!Haha

Kalo aku,Thailand penah la p..Kira oversea jugak ek??haha..Negara2 oversea laen xpenah p pn..Tapi,aku nk ceqita skit tentang UK neh.Tengok pict yang member aku kirim,memang lawa r..Lawa sangat2..Bila la aku bleh p oversea neh??haha..InsyaAllah hopefully oneday ceq bleh p kot noh..hehe.So,jom check it out pict2 yang member aku snap..Pandai dia snap~Ada unsur-unsur seni taw*wink2*..saya puji neh!!hehe

Unta ek??Biri-biri kot??


Tu diaaaa,keta mat saleh semua kena timbus ngan salji



Fuyoo,bnyak nya salji....Kalo aku la kan,hari2 aku buat ais kacang(ABC) sendiri..Ambek kat luaq umah ja ais..haha

Neh plak struktur building2 kat sana la kot..lawa kan??



Yang ni pemandangan kat universiti dia..Cantik view~Jom p sana!!haha

credit to Norul Faqiehah for all these pictures~i really appreciate it

p/s: pict2 dah kasi,ole2 dari UK bila nak kasi plak  *kidding*haha

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day(Tolong Baca)

Sebut sahaja hari Valentine Day, semua orang tahu Valentine Day adalah "Hari Kekasih".Pakwe makwe akan berebut-rebut untuk memberikan hadiah pada pasangan masing-masing.Tetapi,adakah ampa semua taw sejarah di sebalik hari valentine ni??Mai ceq nak cerita skit!!Sebenarnya,ada banyak versi cerita:Dan yang ni aku dapat daripada internet!!
So,aku nak buat sedikit rumusan atas apa yang aku dapat daripada internet:

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Cuba kita renungkan sejenak okeyhh!!
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang  kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka".

So,Sudah Terang Lagi Bersuloh!!Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Oleh itu,sama-samalah kita memboikot hari kekasih a.k.a Valentine Day~
"Kalau kita tidak melakukannya,siapa lagi??Dan kalo bukan kita,siapa lagi??"
*Tepuk Dada,Tanya Iman*




p/s: kalo ada yang tersilap dalam penulisan ceq ni,tolong tinggalkan komen.tq