Thursday, March 31, 2011

Kisah Sehelai Daun

Di sebatang pohon kecil, hiduplah beberapa daun yang tumbuh bersama. Diantara daun-daun tersebut terdapat sebuah daun yang sangat besar dan kuat. Daun itu diagung-agungkan kerana kekuatannya. Dialah yang dianggap pelindung bagi daun-daun lainnya dari badai, hujan, panas matahari yang terik, dan bahaya lainnya.
Suatu ketika datanglah musim kemarau yang panjang. Daun-daun di pohon kecil itu mulai layu kerana tidak mendapat air dan makanan. Daun besar yang tadinya kuat dan besar mulai terlihat layu. Ia berusaha melindungi daun-daun lain dari matahari yang bersinar sangat terik supaya daun – daun kecil sahabatnya itu tidak kehilangan air lebih banyak lagi.
Hari berganti hari, daun besar itu sudah sampai pada puncak usahanya. Ia mulai carik – carik sehingga sinar matahari mulai menembusnya. Ia mulai kehilangan kekuatannya dan daun-daun lainnya pun sudah mulai mengabaikannya kerana ia tidak kuat lagi seperti dulu.
Beberapa hari kemudian daun besar itu merasa tidak kuat lagi akhirnya ia berkata kepada sahabat – sahabatnya :
“Sahabat – sahabat aku tidak lagi mempunyai kekuatan untuk melindungi kamu, aku akan gugur. Selamat tinggal”.
Setelah berkata demikian akhirnya daun besar itu pun gugurlah. Musim kemarau terus berlanjutan, daun-daun di pohon kecil itu saling bertahan untuk hidup. Mereka sama sekali sudah melupakan daun besar yang telah berjasa melindungi mereka sehingga mereka dapat bertahan sampai sekarang.
Musim kemarau tidak juga berakhir. Daun-daun di pohon kecil itu sudah mulai kehilangan harapan. Mereka merasa sangat kelaparan, kehausan dan akan mati. Di saat mereka putus asa, tiba tiba dirasakan adanya air dan makanan dari tanah. Mereka semua kehairanan akan adanya keajaiban itu.
Setelah lama tercari-cari, mereka menyedarinya. Mereka melihat bahawa daun besar itu sudah mereput dan menghasilkan air dan makanan bagi mereka. Akhirnya dengan air dan makanan dari daun besar tadi, daun daun di pohon kecil itu berjaya bertahan sehingga musim hujan datang. Daun-daun di pohon kecil itu sangat menyesal kerana telah melupakan daun besar itu. Padahal sampai akhir hayatnya daun besar itu tetap menjadi penyelamat untuk daun-daun lain.


Renungan bagi kita,
Janganlah menilai seseorang dengan penampilan dan kekuatannya.
Tuhan memberikan bantuan kepada kita melalui sesiapa sahaja
bahkan melalui orang yang kita anggap telah jatuh dan hina.
Ingatlah rencana Tuhan itu ajaib dan tidak memilih kasih terhadap semua hambanya.


dipetik dari: Paradigma MUKMIN

Sunday, March 27, 2011

Benda yang aku meluat dengan blog ampa

Ok mungkin ramai akan terasa dengan entry ni.Tapi ni merupakan pendapat aku ja.Ambil yang jernih,buang yang keruh.Ye tak??haha..Kadang-kadang teguran tu la yang membuatkan kita jadi lebih baik.^_^
Aku pun nak bagitau yang aku pun suka ja baca blog ampa semua tak kira la blog yang sedih,santai,berbaur politik ataupun blog yang dibuat hanya untuk nak pamerkan boiyafrend ataupun gurlifrend ampa ja..


***********
Sila abaikan tentang intro yang panjang berjela-jela kat atas.Fine,ni merupakan benda-benda yang aku meluat a.k.a tak suka apabila aku p kat blog orang lain.Jangan salah anggap,bukan la tak suka,cuma kurang gemar.Ataupun bahasa manja,kurang serasi giiituuu.Haha

Video/Audio yang auto play
Ok,benda ni yang paling aku meluat.Bukan sebab apa-apa pun,cuma loading lembab.Tambah-tambah yang letak audio lagu rock.Tapi baca entry,entry semua jiwang-jiwang karat.Benci...euuuw!!

"Eh ko ni pehal dowh??Aku punya blog,aku punya suka la.Sibuk r brader nie"

Ok fine, kalo nak letak jugak,letak la yang boleh pause,atau mute atau stop.Sebab kekadang lagu yang ampa autoplay kan bukan semua yang reader lain minat.Kan??kan??Sila angkat kaki tanda setuju^_^



Menunjuk-nunjuk awek/balak
Ni lagi satu benda yang aku paling meluat dengan blog ampa.Dari awal A entry sampai la ke Z entry dok cite pasal awek dia,balak dia ja.Dah la sebelah-sebelah sidebar apa semua,semua letak picture-picture depa ja.Ok fine,aku tawla aku takda awek,dan aku juga langsung tak jelez dan sila jangan jelez dengan aku.hehe
Nak cite tu boleh,tapi jangan la berlebih-lebih sangat.Ye tak??
"Eh hang ni awat?Biaq r ni blog aku!!"
Ok,fine


Pop-up mesej
Pernah tak kalo masuk ja ada pop-up mesej.Dulu-dulu aku pun nak letak ja kat blog aku.Tapi tak taw nak buat camna.Haha.Pop-up mesej tu boleh,tapi kekadang ayat kat box tu yang tak bleh tahan tu.Kalau ayat "welcome" ja tak kisah.Ni ada yang kat pop-up mesej tulis "Hello,can i know u".Aku jawab yes.Pastu keluar pulak," Please enter ur phone number"..Haaa sudah.Kalo gurl xpa jugak,ni laki-laki.Ahh,lariiik!!
Ecece,bajet gurl-gurl jala yang singgah kat blog dia.Haha
"Eeeeiii,geraaam.Tu blog i taw.Nak letak apa-apa pun i punya suka ok.U jangan la sibuuuk.Dah la hidung u tak mancung,pipi u tersorong-sorong"
Ok,fine

Jam,location,weather dan widget yang ala bagai
Aku tak fikir yang blog yang ada widget yang terlalu banyak,blogger lain suka baca.Bukan tak boleh letak,boleh ja.Tapi kalau widget yang tak relevan,tak payah la letak.Contoh macam widget ramalan hujan.Rasa-rasa penting tak widget tu.Kalau hujan,tak bleh berblogging ka??Kalo blogwalking tak taw la kan.Tu pun bleh ja hujan-hujan ber blogwalking.Tak basah pun.haha
"Ekeleh demo ni,bior la kawe nok letok widget gapo-gapo pun.Ni blog hok kawe"
Ok,fine

    ****************
Thats all!!Bukan tak suka,cuma kurang selesa.Kalau sesapa yang terasa,wa mintak maaf manyak-manyak ok.Better aku bagitau apa yang aku meluat daripada ikhlas buat-buat suka.=)Maaf kalo terasa taw,takda niat pun.

Eh,lagi satu,neh ada satu link yang boleh check berat ampa punya blog.Kalo saiz lebih dari 500kb,dah kira obesiti kot.Haha...Try klik SINI
************
Iklan tuan tanah kedaun : nak join contest,klik SINI

Saturday, March 26, 2011

Menjala Dengan Sabar


Kedua-dua lelaki itu begitu bersungguh-sungguh menebar jala masing-masing ke dalam sungai. Salah seorang daripadanya menebar dengan menyebut nama Allah manakala yang seorang lagi menebar dengan menyebut nama berhala. Mereka bertanding untuk membuktikan agama siapa yang benar dan memberi rezeki kepada penganutnya. Siapa paling banyak dapat ikan, dia menang.

Jala yang ditebar oleh si kafir selalu menghasilkan ikan yang banyak. Makin lama ikan yang dikumpul olehnya makin banyak. Hatinya begitu girang. Dan bertambah girang apabila dia mendapati bakul si Muslim masih kosong walaupun telah berpuluh-puluh kali jalanya diangkat.

Si Muslim masih menjala dengan sabar dan tekun. Dalam hatinya tidak sedikit pun terdetik sangka buruk terhadap Allah. “Mungkin ada rezeki yang lebih baik daripada ini untukku!” detik hatinya.
Mulutnya masih mengukir senyum.


Akhirnya salah satu daripada jaringannya itu terasa berat.
Setelah diangkat didapatinya ada seekor ikan. Di wajahnya terbayang sedikit kegembiraan. Mungkin yang seekor. Ini pengubat usahanya untuk hari itu. Membawa balik ikan walaupun seekor lebih baik daripada pulang dengan tangan.., kosong. Hatinya tetap bersyukur walaupun cuma direzekikan dengan seekor ikan sahaja.

Malang, ikan yang seekor itu pun terlepas kembali ke dalam sungai. Namun hatinya masih bersabar.
“Mungkin ada hikmahnya!” pujuk hatinya.

Sementara si kafir itu pula ketawa berdekah-dekah melihat malangnya nasib si Muslim itu. Dengan ketawa yang berdekah-dekah itulah si kafir pulang dengan jinjingan bakul yang sarat dengan ikan. Manakala si Muslim pulang dengan tangan kosong dan badan yang penat tetapi hatinya bertawakal kepada Allah.
Melihat kejadian yang pelik itu, malaikat yang menjaga si Muslim terus mengadap Allah untuk mendapat kepastian tentang nasib si Muslim itu. Lalu Allah menunjukkan Syurga yang dikhususkan untuk si Muslim itu kerana kesabarannya. Dan ditunjukkan Neraka untuk si kafir itu.

Malaikat berkata, “Tidak sia-sialah usaha dan kesabaran si Muslim itu walaupun mendapat sedikit kesulitan di dunia, tetapi malanglah nasib si kafir itu walaupun dia bernasib baik di dunia.”

 p/s budak kampung : adakah kita cukup bersabar??tepuk dada,tanya iman^_^



Dipetik dari: Paradigma MUKMIN

Thursday, March 24, 2011

Nak berjaya atau nak gagal??

 

Jika kita pernah gagal.....
Bermakna kita semakin menghampiri kejayaan,
Ramai orang akan tersenyum jika melihat kita gagal atau berputus asa,

Jika kita berhenti berusaha maka matikah cita-cita,
tiada harapan....,
Jangan berputus asa,buktikan^_^

Orang yang berjaya adalah orang yang suka mencari peluang,
Orang yang gagal ialah orang yang suka memberi alasan.

nota kaki : bleh la nak baca yang kat atas ni buat versi pantun atau sajak.Aku baca buat versi syair.30minit baru abez.haha
p/s: kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi.zasss...err,macam melodi la plak.

********
iklan tuan tanah kedaun :kalo nak join contest "Adik-Beradikku Yang Cute", KLIK Shin Chan kat bawah.Klik ja,jangan cubit pulak.

jangan cubit saya~

Wednesday, March 23, 2011

Nama2 yg dh join "Contest Adik-Beradikku Yang Cute"....(19-23 march)

Kalo takda dalam list,tolong bgtaw..tq^_^

92) Yana aqilah leasz | 93) teyha  | 94) adzarine   | 95) ika puk puk  96) sayra hareez  97) yaya wuchy

98) cik Leaa  | 99)nurul syabila  |100) cikchenta | 101) m@m@ Tomell  | 102)syima anak En. raaif

103) zyash  | 104) nur amirah  | 105) KN28  |106)tyn(:   | 107) mas nurul najihah  |108) Princess Hippiey

109) Gadis Bunga | 110) DaYini  | 111) Meera Aziz   | 112) nur hafizah  |113) ninjakecik  |114) nsazwa

115) mr vampire  | 116) keyri  | 117) syaza nazura  | 118) farhana masdo  | 119) Dhia bellamizam

120) mariah_smile  |121) Cik Eyka  | 122) misz_angelica  | 123) fatenrehannayusoff  | 124) SyedGraphix

125) cik leya binti abah  |126) DHIQA nA.IM  |127) nabilashamsudin  |128) latifahusaini

129) princesz_lova  | 130) ERYN~GADIS CINTA  | 131)Nienyz Ayub  | 132)izyangenit

133) bella nabila  |134)cik ayin  |135) aimi shahida  |136) bia 

137) madammondoq  |138) ara   |139)  Aten Azhar |140)nini  | 141) azzatulfatonah


 Yang join b4 16 march...Check nama kat   ->SINI<-
Sesapa yg dh join dari 16-18 march..Check nama kat  ->SINI<-
Sesapa yang berasa nak join,klik ----->SINI<-----

gluck everyone n tq sudi join^_^tarikh tutup 10april ya~sapa yg rasa nak join tu,bleh la join lg.hehe

Macam-macam

Kadang-kadang manusia ni ada gak yang terlebih kreatif.Tak terfikir dek akal.So,aku godek-godek google,terjumpa la pict2 neh~

Jom tengok^_^                             


*****************

errr..kapal selam versi....??


tu dia aiiiihhhh..toyota camry..haha


keta atau moto??cepat pk


moto bioteknologi~haha

Amacam??
************

Mereke sudah kreatif!!Ampa macam mana??haha

Iklan tuan tanah kedaun : sesapa yang nak join "Contest Adik-Beradikku Yang Cute" bleh klik SINI

Tuesday, March 22, 2011

orang tua-tua dulu-babak 2

babak 1-klik sini

Seperti yang kita taw,orang tua-tua kita dahulu memang kreatif.Kali ni aku nak cerita tentang pantang larang orang tua-tua dulu.

Pantang larang ni macam perkataan atau perbuatan yang orang tua-tua dapat dari pengalaman sendiri pastu diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya..last2 sekali sampai la kat kita dan ada yang ikut ada plak yang x....

Mengapa pantang larang ni diwujudkan?Mungkin untuk memberikan nasihat dalam bentuk yang tersirat kat seseorang supaya benda-benda yang buruk jangan diikut.

Contoh : Jangan nyanyi masa masak,nanti dapat laki-laki tua.

jom nyanyi~
Kalo nak ikut kan logik,apa kaitan nyanyi dengan dapat suami yang tua ??
Nyanyi + Masak = Dapat laki-laki tua.Logik??err...Siti Nurhaliza??Yang tu laen kes.Haha

Tetapi napa orang-orang tua cakap macam tu??
Sebenarnya ada maksud yang tersirat yang kita perlu berfikir.Kan orang tua-tua dulu makan susu garam lebih awal dari kita=)

Tentang pantang larang kat atas,mungkin orang tua-tua tak bagi nyanyi masa masak takot nanti terpercik air liur plak kat dalam kuali masa masak!! Tak pasal-pasal tambah lagi masin dalam kari tu!!Haha..

Antara pantang-pantang larang yang laen:

"Eh,jangan bukak payung dalam rumah,nanti ular masuk"-neh mungkin sebab takot tercucuk mata kot masa bukak payung dalam rumah.

"Jangan silang kaki kat atas masa tidur,nanti emak mati"-yang neh plak mungkin sebab takot orang laen terjatuh kot bila berjalan.Kan dulu dalam rumah2 kg guna pelita minyak tanah ja.

Nota kaki : Sebenarnya, apa yang orang tua2 kita cakap dahulu semua nya ada maksud yang tersirat untuk difikirkan oleh anak cucu cicit di masa hadapan^_^..

fikir-fikirkan lah!!!
To be continued....Babak 3

*********
Iklan jap: sesapa yang nak join contest, KLIK SINI

*********

Monday, March 21, 2011

Sebelum kita mengeluh,ingat.......

Sebelum kita mengeluh dengan sesuatu, ingat , ada orang laen lebih teruk dari kita.

Sebelum kita mengeluh dengan makanan yang kita makan,fikirlah tentang seseorang yang tidak punya apa-apa untuk dijamah


Sebelum kita mengeluh dengan tempat kediaman kita yang tidak selesa, fikirlah tentang orang laen yang mempunyai rumah yang berkali ganda kurang selesa daripada kita.
Sebelum kita mengeluh dan tidak berpuas hati tentang kurangnya kasih sayang yang kita dapat, fikirlah ramai lagi anak-anak kecil di luar sana yang hidup merempat malah tidak mendapat kasih sayang.


Sebelum kita mengeluh dengan sesuatu,ingat...
hanya Allah yang memberikan rezeki ke atas hamba-hambaNya.
Bersyukur lah kita dengan nikmat yang diberikan.

Kerana.....
Kalo kita susah,ada orang yang lebih susah daripada kita.

p/s : saling memperingati amalan mulia^_^

************************
iklan jap : sesapa yang nak join contest "adik-beradikku yang cute" bleh klik SINI

Saturday, March 19, 2011

Senarai yang dah join dri 16hb-18hb mac

sesapa yang dh join contest ni sebelum 16hb mac,sila klik kat bawah untuk make sure nama ampa semua yang join dah di senaraikan.tq^_^

senarai nama yang dah join b4 16 march 2011( 12-15 march)klik sini


Sesapa yang belum join contest dan nak join contest,sila klik banner contest ni.

**********************

Ok,ni plak senarai nama yang dah join contest dari 16hb-18hb~

64) deqlis
69) MyAisy
70) aneem

Tolong check ya!!Kalo xda dalam list,tolong bagitaw~Kepada semua yang dah join,tenkiu sangat2 ^_^peace
Sesapa yang nak join contest ni,bleh join lagi sebelum 10 april 2011,12.00 tngah malam.
Nak join??  KLIK SINI!!!


Thursday, March 17, 2011

"Kerana Nila Setitik,Rosak Susu Sebelanga"

Peribahasa ni memang tepat kalo aku nak cakapkan dekat orang-orang yang tak pandai memberi komen ataupun yang tak reti nak faham perasaan orang laen.Jumaat lepas berlaku gempa Bumi yang berukuran 8.9 skala Ritcher di Jepun dan sekali gus menyebabkan berlakunya kejadian tsunami di Jepun.

Tetapi,apa yang orang Malaysia buat??Aku bukan nak cakap,semua orang Malaysia macam ni.Tapi aku nak bagitau sorang dua "rakyat" Malaysia yang dah menimbulkan huru-hara kat 1 Dunia.Macam ni ka yang kita sebut "Budi Bahasa Budaya Kita"??



Ada ke patut siarkan gambar kartun Ultraman larikan diri daripada tsunami??Benda ni bukan boleh buat maen.Hari ni tsunami kena kat Jepun,satu hari nanti macam mana kalo kita pulak dapat bencana macam ni??Orang laen pulak buat-buat lawak pasal kejadian ni!!Apa kita rasa??



video

Aku ingatkan nak ucap takziah,tapi apa yang berlaku??
"Ini pade diri saye adalah 1 pengajaran kepade negare-negare laen untuk ape-ape pun mereka nak buat ataupun sebarang pembangunan yang ingin mereke lakukan seharusnya mengkaji dulu keadaan sekeliling dan err mengaitkan dengan err klimaks change dan green technology err termasuk juge negare kite"

~Maksudnya kalo kita apply green technology,bencana alam tak boleh berlaku la??haha(fikirla sendiri)
Apa yang aku taw, kenyataan isteri PM siap masuk CNN lagi.

********

Entri ni aku tulis bukan nak aibkan sesapa,tetapi nak bagi pengajaran kat orang laen kalo nak buat sesuatu tu,fikirlah dulu.

p/s : sama-sama la kita berdoa semoga dimudahkan urusan rakyat-rakyat Jepun dan bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia kerana kita masih selamat.

Tuesday, March 15, 2011

Hari ke-4 contest^_^

Sesapa yang nak join contest,klik kat banner contest ni!!

Ok,hari ni merupakan hari ke-4 contest.Tarikh tutup contest 10 April 2011.Lambat lagi~Nie merupakan orang-orang yang sudi join aku nyer contest!!Tenkiu sgt3..

 1) Cik BBB
10) Azizul
29) EEDA

38) anim
54) Fieda 
56) ana
                                                   ****************
Ni antara nama-nama yang join contest setakat 15 March 2010.Sesapa yang dh join ,harap check nama kat list ni.Kalo takda,bagitau ya!!Tq sudi join contest ni...hiiiiyaa!!

p/s: Nama-nama yang join akan disenaraikan dari semasa ke semasa.Hadiah tak decide lagi ni.Any idea tentang hadiah apa yang nak dapat??hehe

Saturday, March 12, 2011

Contest Adik-Beradikku Yang Cute

Ok,ni merupakan contest anjuran aku yang pertama.Dan harap-harap ada la orang sudi join.Hehe..Lagi ramai lagi baguz.Ye x??

 ***********************


So,camna nak join contest ni??
Senang ja...tengok syarat2 kat bawah!!


Syarat-syarat yang perlu dipatuhi : 

>>> Mesti follow blog nie!!tapi kalo tak suka follow,tidak diwajibkan.Markah akan ditolak.Haha
>>>Buat satu entry dengan tajuk "Contest Adik-Beradikku Yang Cute"~Dalam entry tu mesti tampalkan sekali banner dan link terus ke entry contest ni.
>>>Letakkan sekali banner contest ni kat sidebar beserta link skali.Bleh x??^_^
>>>Letakkan satu gambar ja yang sesuai dengan contest ni.Yang penting,pict toh mesti lah pict adik-beradik korang.Tak kisah la letak pict adik,abang,atau kakak.Kalo anak bongsu atau takda pict adik-beradik yang sesuai,yang angkat pn boleh.Kalo semua skali pun boleh.haha
>>>Napa pilih pict ni???Tulis huraian secara ringkas dan padat~
>>>Tag kan sekurang-kurangnya 3orang member.Kalo ramai,lagi bagus.Ye x??hehe.Dan pastikan diorang taw.
>>>Dh siap,tinggalkan link kat comment.

Tarikh tamat contest : 10 April 2011 sebelum pukul 12.00 tengah malam.

p/s: 3orang pemenang akan dipilih sendiri oleh tuan blog dan keputusan juri adalah muktamad dan diadili seadil-adilnya serta akan diumumkan seminggu lepas tarikh tutup..Tiada pujuk-rayu diterima.Haha..Hadiah akan diberitahu kemudian berdasarkan sambutan~

So,apa lagi!!Mai la join~kih3
Saya sebagai tuan tanah kedaun dengan rasminya menge-Tag 3orang:
  1. Cik BBB yang comel
  2. Cik GKSB yang sporting
  3. Cik Fitri yang berdedikasi
Selamat mencuba n good luck everyone!!

Burok pun ada orang suka?

Kalo aku tanya setiap orang,sapa yang suka burok?Semua orang tak suka kan.Tapi aku heran la,napa ada jugak hamba Allah ni yang suka burok.Aku pun pelik.Haha..
Ni kisah berlaku 2hari lepas,masa tu aku ngan member aku,PIT. K(bukan nama sebenar) pergi naek moto kat Pusat Komersial Seksyen 7,Shah Alam.

Aku ngan member aku nih,singgah r kat restoran nak makan nasik.Kebetulan masa tu tak makan tengah hari lagi.Aku park moto aku depan2 kedai tuh,tinggal helmet atas moto,terus masuk kedai.Pastu aku ajak r member aku tu makan situ.
 Tetiba,ada awek sorang tu lalu.Cantik beb.Tapi yang sorang tu pulak kurang cantik sikit a.k.a burok.Yang aku paling suka tak suka,dia pakai seksi.Kurang dah pahala aku.Haiiiiisss(mengeluh)



                                                      ***********************************
Ok,straight to da point,aku bukan nak cite tentang minah tadi yang muka dan pakaian hudoh tu.Tapi aku nak cite peristiwa lepas abez makan..


                                         ********************************


"Weh,mana helmet aku??takkan ada orang dah rembat kot...Ahhh,sudahh"

Pastu aku keliling r moto aku,sebelah moto aku ada moto orang laen.Sebelah moto orang laen,ada moto orang laen lagi.Cari punya cari,takda pun.

"Kalo camni,aku pulak r curi helmet orang laen"Tetiba hati aku cakap camtu.
Setan pulak menyampuk,"Weh fadhirul,ko curi jala helmet orang laen.Nanti kalo ko tak curi,takkan ko nak naek moto tak pakai helmet kot,Bahaya tu.Ikutla peraturan jalan raya sikit wahai fadhirul"


"Pandai pulak setan ngan peraturan jalan raya"
Cisss..."pegi maen jauh-jauh"
Mujur la iman aku tebal lagi,tak la ikut setan dan takla curi helmet orang laen.Haha

"Ada jugak orang minat helmet aku.Brapa hinggit la sangat kan.Kalo lawa lagi,takpa la jugak"
Pastu aku terus pegi kedai moto dan beli helmet baru.

Ada sesapa yang teringin nak pakai???
Tapi kan,alhamdulillah r sebab pencuri tu rembat aku nyer helmet ja.Kalo moto aku hilang,merana aku.Ada jugak perangai murni dalam hati pencuri ni kan!!
                                         
                                                    **********************
Lepas aku sampai rumah,aku terus la post kat wall aku pasal helmet hilang neh.Yang aku paling musykil,member aku sendiri taw sapa yang curi helmet aku ni.Adakah member aku yang curi??Adakah kawan tikam dari belakang??Klik pict untuk tumbesaran.

 Member aku cakap"Aku taw sapa yang curi...mesti pencuri tu yang curi helmet hang kan..."(jawab dengan konfiden)


Yang tu kalau tak bagitau pun aku taw...Tapi btoi jugak kan jawapan hang!!!Hahaha

Thursday, March 10, 2011

Orang tua-tua dulu-Babak 1

Orang tua-tua kita dulu memang kreatif.Bermula dari makanan,pakaian,seni,budaya,sehinggakan percakapan sendiri.
Pernah terfikir tak kenapa peribahasa,pantun,diwujudkan. Sama ada sedar atau tidak,peribahasa ni macam sesuatu yang ingin disampaikan secara tersirat bukannya secara tersurat,Kalo nak kata sesuatu tu memang beradap.Nak kata sesuatu,tetapi akan bandingkan dengan sesuatu.Supaya tak menyinggung perasaan pihak yang laen.

Percakapan dulu:
"Hamba rasa perangai Tuanku tak ubah seperti kacang lupakan kulit.Dulu,Tuanku susah,Tuanku selalu bertanya khabar dan menjenguk keluarga Tuanku di kampung.Tetapi,bila Tuanku hidup senang lenang di singgahsana kayangan,kenapa perangai Tuanku tak ubah seperti kacang??Insaf dan balik lah ke pangkuan jalan,wahai tuanku!!"

                                          ****************************

Daripada sini,terhasillah peribahasa seperti kacang lupakan kulit.Kreatif kan??



Okeyh,ni baru bab bahasa.Kita tengok bab laen pulak nanti.


 p/s:Bahasa menunjukkan bangsa.

To be continued....

Cinta Bus Stop

Di Stesen Bas dalam kampus
Misi: Daud nak dapatkan si gadis bertudung ni sebagai awek dia.Dia dah lama ada hati kat gadis ni.Tapi malu-malu kucing.So,Daud pun merancang sesuatu.Di dalam kampus ada 1bustop yang awek ni selalu tunggu..
Hari isnin tuh,habis ja kelas,Daud terus pegi tunggu bas kat bus stop tu dengan harapan awek tu pun ada jugak..Tapi,masa Daud pegi,awek tu dah tunggu bas kat situ dah.So,umpan dipasang macam dirancang.

(Daud duduk kat bus stop dan tiba2 dia lepazkan buku kuliah)duuuuppp!!!

Ct : errrr..awak,buku awak jatuh tu.
Daud: Huh,tenkiu.Saya tak perasan pulak(ambek buku sambil buat gaya macho)
Ct:(Tersenyum gedik)
Daud:Selalu ke tunggu bas sini?
Ct: Taklah selalu sangat.Sehari dalam 5-6 kali ja.(buat lawak sambil muka serius)
Daud: Pandai lah awak buat lawak(umpan dipasang kemas.sambil ketawa2 macho)
Ct:(Tersenyum dan buat muka comel)
Daud : Awak budak fakulti mana?
Ct: Saya amek medic kat sini.Napa?
Daud: Takda la.Tanya ja.Uissh,pandainya awak neh.Dah la comel,pandai pulak tu(umpan makin dipasang,pancing lagi,pancing)
Ct: Eh mana ada pandai la.Biase jerr(senyum nampak gigi skit,dan terus buat muka comel)
Daud: Awak tinggal mana?
Ct: Seksyen 8.
Daud: Owhh...


(5minit kemudian)-Bas pun datang dengan terhegeh-hegeh.

Ct : Eh....Tu bas la datang.Bas tu nak ke seksyen 7 ke seksyen 8 ek?
Daud : A'ah,memang tu bas pun.Ada nampak macam aeroplane ke??(kali neh Daud pulak buat lawak)
Ct :(tak senyum)...terus pandang ke muka Daud.(Sambil tunjukkan mata besar)
Daud :(dalam hati"garang jugak minah ni,tak berani la aku nak tackle")
Ct : Apa?(macam taw2 ja apa yang Daud kata dalam hati)
Daud : Tak de papela..Hurm,bas ni nak ke seksyen 7.Lalu rumah saya la.Saya naek dulu ya.Jangan marah!!Saya rasa awak naek teksi jala.haha(sambil buat muka macam doremon kat Ct)
Ct : Eeeeiii,jahat!!(sambil jelan lidah,bajet comel)

Ct : Eh kejap,bas ni lalu seksyen 8 jugak la.Lalu kat rumah saya jugak tu.Hehehe(gelak-gelak sambil lompat kaki sebelah)
Daud : Hehe.Taw.Saja ja maen kan awak tadi(dalam hati"ada chance nak dapat number fon ni").

Atas bas
Daud biarkan Ct naek bus dulu,dia ekori belakang.Kebetulan,ada 2 seat ja yang tinggal.

Ct : (Duduk sebelah tingkap)Napa awak tak duduk??
Daud : Malu la duduk sebelah awak.
Ct : eeeii,gatal(sambil buat muka comel lg)Duduk jala.
Daud : Ok!!Huh,geram betol!!(sambil mengeluh)
Ct : Napa?(muka confius)
Daud : Sekarang neh banyak gila kes-kes kecurian la,ragut la,rasuah la.Huh,dunia2..(sambil geleng kepala)Beli paper hari-hari,kes ni ja yang slalu dengar.Tu belum masuk gejala maksiat,pecah rumah,bunuh lagi.
Ct: A'ah,saya pun slalu baca jugak.

(Dalam hati Daud"Minah ni mesti dah cair kat aku neh".Jejaka up-to-date katakan)

Ct : Dari tadi kita sembang!!Nama awak sape?
Daud : Panggil Da jala.Nama awak sapa?
Ct : Da??Nama penuh??(sambil mendesak)
Daud : tak payah taw la.Panggil Da sudah.
Ct : Eeiii,kedekut!!Ok..(sambil buat-buat merajuk)
Daud : Ok2.Nama penuh,Daud Bin Lebai Bongok.
Ct : Betol??(sambil tutup mulut n ketawa)
Daud : Napa tak betul pulak??Yang awak ni tutup mulut apehal?
Ct: tak de pape!(sambil buat muka jahat)

Daud : Eh awak,saya kena turun bas depan tu la.
Ct: Napa?
Daud : Depan tu kan ada masjid.Sekarang kan dah masuk waktu solat.Sembahyang berjemaah lebih afdal.
(Dalam hati,mesti awek ni suka kat laki yang warak macam aku ni)

Ct : Wah,baguznya awak.
Daud: Lagipun lepaz sembahyang boleh dengar ceramah sekali.Kan lelaki kena jadi ketua keluarga nanti.Nanti boleh la nasihat-nasihat isteri.
(Ciss!!Daud main kotor.Dia guna taktik agama pulak)

Dipendekkan cerita,bas sampai la depan masjid.

Daud : Thank taw sudi borak.Btw,tadi tak gitau pun nama awak sapa!!
Ct : Owh... Panggil Ct ja.
Daud : Ok!!Eh sebelum terlupa,neh emel saya.Add la kat Facebook kalo sudi!!Kita bleh kenal dengan lebih rapat lagi.(sambil bagi secebis kertas)
Ct : Ok.(Sambil senyum2 malu)
(Dalam hati Daud"huh,sure awek ni dah suka kat aku")

Turun ja dari bas,Daud terus kol member dia suruh datang amek kat masjid.(Tak guna punya Daud!!)

Rumah Daud
Selepas solat magrib, Daud terus bukak laptop.Dengan harapan,cik Ct yang tadi dah add kat Facebook.

Eh,Ct dah add aku la.Yiiiiiiiihaaaaaa!!!Tapi......



                                                                       *********************


                                                               ****************************
 "Aku nak approve ke tak?"
"Neh mungkin abang dia kot".Berkata Daud diam-diam dalam diri hanya untuk penyedap hati.

Perlahan-lahan,tangan Daud menggerakkan Mouse yang dari tadi dipegangnya sambil terkedu-kedu.

Dan Klikk!!



Reject request~

Hahaha,padan muka Daud~

Friday, March 4, 2011

Korean Guy Vs Jejaka Melayu

Aku ada terbaca kat satu majalah,tp lupa tajuk majalah tu.Dalam satu survey yang dijalankan baru-baru ni,kebanyakkan gadis-gadis  Melayu pada hari ini impikan calon suami yang  ala-ala korean,china ataupun Jepun.Fuyooo...(sambil geleng-gelengkan kepala)
Tetapi,apakah yang membuatkan mereka tertarik sangat dengan mamat-mamat korea neh!!Neh mesti terikut-ikut dengan cite korea neh.Ish3!!!


                                                        **********************
Tapi,mengapakah???
Adakah kerana keromantikan nya??

Ataupun sukakan band mereka??


Ataupun kecomelan mereka??kah3...(Eh...eh..neh pict lelaki ke awww??)haha


                                                      ********************
Tapi,ampa ingat lelaki-lelaki Melayu tak macho ke ha??Tak tampan ke haa??Nie aku nak marah nie!!Kalo ampa suka lelaki korea sekalipun,belum tentu depa suka kat ampa kan!!~So,berpijak lah di Bumi yang nyata..

                                                      *******************
Napa tetiba aku marah weh??haha

p/s : entri neh hanya sekadar suka-suka semata-mata.takda kena mengena dengan sesiapa^_^peace..
 Lepas neh,kena terbitkan entri yang berilmiah pulak~