Friday, April 29, 2011

Renungan kita : Bila waktu telah memanggil..





 
Kejarlah harta kemewahan.....

ia akan hilang dan habis dibelanjakan,

Kejarlah pangkat dan jawatan.....

ia akan hilang bila kita diberhentikan,

Kejarlah populariti dan ke'glamour'an...

ia akan hilang bila kita dilupakan,


Sebaliknya kejarlah amal soleh,redha & cinta Ilahi.....

agar menjadi bekalan untuk akhirat sana.

Bangga akan dunia yang sementara??

Tiada yang akan kekal....

Semua akan pergi meninggalkan....

Atau akan ditinggalkan.......

"Hidup ini umpama meniti di atas dahan rapuh,

hanya meniti masa untuk patah dan jatuh "

Bila sampai masanya....


Nasib kita seperti pohon ini...

Akan dipanggil menghadap-Nya...

Tidak akan ada peluang kedua,

untuk kita kembali ke dunia...



Dunia....dipenuhi dengan hiasan.....

Semua....dan segala yang ada akan kembali kepada-Nya...

Bila waktu telah memanggil....

teman sejati hanyalah amal....

Bila waktu telah terhenti......

teman sejati tinggallah sepi.....

"Ya Allah Ya Tuhan kami....
Hidupkan kami dengan iman...
Matikanlah kami dengan iman....
kumpulkan kami dengan iman...
Dan masukkan kami ke jannah-Mu dengan iman..."


p/s : bersediakah kita semua??Tepuk dada,tanya iman.....






Thursday, April 28, 2011

Beza lelaki dan perempuan!!Oh hoo...=)

credit to this

Patot la bau ala bagai..Macam-macam pakai..Lelaki pulak??Kami simple ja..Tu pun kalau pakai doedoront la kan.Ahaha..Patotla pompuan berjam-jam kalau make-up.Walaupun nak pegi pasar malam=)jangan marah..haha




Lagi satu,masa tengok cermin.Laki rileks ja kalo gemok.Siap perasan kurus lagi.Haha....
Kalo perempuan??err..err...No komen=)


btol ka kartun neh???
Tolong jawab kan^_^Aku tak pasti jawapan.hehe

Monday, April 25, 2011

Exam is just around the corner...Nak buat macam mana ni??

Huh,final exam mai lagi..Nak tak nak,aku kena la study.Lagi 3hari start final exam...Ahh,sudah...Buku apa satu tak baca lagi.Malam ni baru nak start.Tu pun kalau aku tak ber-facebook-ing..Japgi ada last presentation lagi untuk sem ni.Harap-harap sempat la aku nak study.



Jalan-jalan kat internet tadi,aku terjumpa pulak satu picture kat bawah ni.Cara kerja,jalan kira,equations,step penyelesaian semua dah betul.haha



Tapi final result bleh caya ka??Haha

nota kaki: usaha,doa dan tawakal.
p/s: good luck untuk semua member-member,blogger-blogger,rakan-rakan,kawan-kawan yang nak ambek exam.Do your best.Picture kat atas jangan caya.hehe

oppss,napa aku update entri neh.Ok sambung study....Zzzzz..

Sunday, April 24, 2011

Aku,dia,kamu,kita...Kalau lah kita betul-betul bersatu=)












Macam mana kalau kita semua bersatu??





nota kaki : bulat ayaq air kerana pembentung,bulat manusia kerana muafakat=)


p/s: 1st time lukis pakai Paint.Sori la,aku tak pandai sangat bab-bab lukis ni.hehe

Saturday, April 23, 2011

Berpeluh kami...Kerana hang la CATIA

Setelah 1sem ambek paper,belajar software ni, finally berjaya jugak siapkan proposal, design, presentation ngan report. Huh,memang banyak keja.Final aku start 29april ni.Last paper 9mei..Pastu apa lagi,blek kampung tanam jagung r..Haha

Entri ni aku nak cita skit tentang design aku ni.Takmau panjang-panjang.Nanti ampa borink pulak.Ye tak??

Awal-awal sem lagi,lecturer dah start suruh buat dah.Design pilih sendiri la nak design apa.Setelah memerah keringat,keluarkan peluh,berfikir 2hari 3malam,makan pun tak lalu.tidur pun tak lena,mandi pun tak basah,lastly member-member aku buat keputusan untuk design wheelchair.Smart wheelchair kot.Sempoi r depa ni.Sesapa nak beli nanti bleh la order kat aku.Haha

Ni picture exploded view.....

Setelah di assembly dan dicantum,finally jadi macam ni.Ehehe
Ni smart wheelchair.Siap ada mp4 kat armrest kiri,lampu suluh kat armrest kanan dan ditambah pulak table untuk makan nasik.Smart x??(Sila angguk tanda setuju).Haha..Dah alang-alang cita design,cita la orang yang mendesign pulak kan??Nak tengok??Nak tengok r tu kan..haha..

Dari kiri : fathi,ehem-ehem,syafiq dan amet..Group member lagi sorang,pict takda.Alan=)Sori alan
nota kaki satu : Produk ni akan dipasarkan tahun depan kat 20 buah negara!!
nota kaki dua : Semua group member aku masih single!!Ha?Betol ka??
nota kaki tiga : Tolong jangan percaya nota kaki satu.Yang nota kaki dua,terpulang nak caya ke tak??Hehe


Thursday, April 21, 2011

Antara realiti dan konspirasi...Antara i follow u,u follow me

Tajuk memang panjang untuk difahami.Apa itu realiti?Apa itu konspirasi?Entri ni di tulis bukan nak bincangkan maksud realiti.Bukan juga nak bincangkan maksud konspirasi.Tapi apa??Aku hanya nak bincang trend berblog masa kini.

Memang aku tak menyangkal,aku pun setahun jagung lagi dalam dunia blog ni.Masih baby!!Nak berjalan pun tak bleh lagi.Apatah lagi berlari-lari ke sana ke mari.Blog ni pun baru berusia 7 bulan 9 hari.Err..err..Betul ka??
Tipu ja.Haha

Aku tengok blog skarang tumbuh bagai cendawan lepas hujan.Ditambah pulak baja sekeliling cendawan tu.Makin subur dibuatnya.Tapi,adakah aku,ampa,kita semua perasan tentang trend i follow u,u follow me??
Err...err..sila abaikan pict nie..

Adakah trend ni sihat??atau tak sihat??
Jom kita bincang sama-sama..

Bagi aku,setiap sesuatu tu mesti ada pro dan kontra.Setiap sesuatu tu mesti ada baik dan buruk,kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Contoh kata-kata i follow u,u follow me kat shoutbox

 "Hai i datang sini,lepas ni follow i taw"

"Gua dah follow lu der,follow gua balek der"

"Follow me back"

"Jom datang blog saya,awak folo dulu,pastu saya janji saya follow balek.Promise bucuk2"

Eh,siap ada bucuk2 lagi.Haha

PRO/KELEBIHAN/KEBAIKAN
Kalau guna cara i follow u ,u follow me sure follower cepat naik.Hari ni follower 3 orang,esok 100 orang.Trafik pun boleh up.
Eh,macam banyak pengalaman ja bro??
Takda lah,aku bagitau apa yang orang laen penah buat ja=)


Selain tu,cara ni jugak senang,paling mudah.Entri tak best pun orang akan follow.Janji ramai follower.Suka tak suka,kena follow jugak.

CONTRA/KEBURUKAN/KEKURANGAN
Ada orang cakap,tak perlu la mengejar follower,tak perlu la guna trend i follow u,u follow me.Tapi kenapa??Mesti ada sebab...Sebabnya cara ni tak beretika.Apa yang lebih penting,tingkat kan mutu entri.

Lagi,cara ni macam takda matlamat berblog. Sebab dengan mengamalkan 'i follow you, you follow me back' tidak dapat membantu menjadikan kita seorang blogger yang bermatlamat.Walaupun follower ramai,tetapi takda orang yang baca entri,takda guna jugak kan.Follow pastu tak datang-datang buat apa.Kalau suka follow,tak suka tak payah follow.

**********
PENDAPAT AKU
Bagi aku,dalam hal ni,aku bersikap neutral.Tak kisah la orang nak amalkan trend ni ke tak.Yang penting,tingkatkan mutu entri.Kalo orang datang kat shoutbox aku suruh follow dia,aku follow ja.Tak kisah la dia nak follow aku ke tak.Tapi ikhlaskan la follow=)Sapa lagi yang nak support blogger kalau bukan blogger sendiri kan.Dan kalau sesapa tak suka follow blog orang yang paksa suruh follow tu,tak payah follow.Masing-masing ada cara masing-masing.Kan kan??

nota kaki : psssttt..aku awal-awal buat blog pun buat cara camtu jugak.(masa follower kurang dari 100)"jangan gitaw orang ek,haha"

nota kaki lagi : skrang tak buat dah.Just p jenguk2 orang ja.Kalau aku minat blog dia,aku follow.Kebanyakkan yang aku lawat,aku follow.Tapi kalau orang jemput suruh follow,aku follow la jugak dengan tak ikhlas.Haha.Tak baek hancurkan harapan orang^_^

Ampa pulak macam mana??hehe

Tuesday, April 19, 2011

Menjadi Wanita Yang Cantik




Play untuk lebih syahdu




Wanita yang cantik..
“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dipakainya. Bukan pula pada perhiasan yang menghiasi tubuhnya atau pada bentuk tubuh yang mengancam.

Kerana kecantikan wanita itu terpancar dari caranya melihat kehidupan dan berpegang pada prinsip yang sering berlainan dengan prinsip dunia. Saat dia melihat kehidupan, disitulah mata hatinya akan menyusuri erti dari kehidupan dan menjalaninya, sesuai dengan nuraninya.

Kecantikan bukan terletak pada eloknya wajah, tetapi  dari kecantikan jiwanya yang penuh kasih sayang, dan mengambil berat sesama mereka.
.
Apa yang boleh membuat wanita dapat dihargai oleh lelaki apabila harga dirinya tidak dijaga ?
mengapa banyak wanita yang rela menyerahkan dirinya hanya untuk kemewahan ? dan kesenangan dunia
Mereka berdandan bak puteri, menghiasi dirinya dengan perhiasan dan me”mekap” wajahnya dengan keindahan. Nampak indah dilihat, hingga tak seorang pun menyedari, ada sesuatu yang tersembunyi disebalik pesonanya.
Berani menanggalkan harga dirinya hanya untuk dapat menaiki kenderaan mewah, tinggal di apartment mewah, melancong diluar negeri dan sebagainya.
Wanita yang cantik, tidak akan menghalalkan semua cara untuk memenuhi keperluan dan keinginannya…
.
Wanita yang cantik, tidak akan mengganggu suami orang hanya untuk mendapatkan hartanya dengan mengatakan  atas nama  cinta…
Wanita yang cantik, tidak akan menjajakan dirinya dijalanan hanya untuk sebuah alasan “demi membantu keluarga”

Wanita yang cantik, tidak akan melakukan “one nite stand” hanya untuk memuaskan hasratnya hingga melupakan martabatnya sebagai wanita…

Wanita yang cantik, tidak akan meninggalkan prinsip-prinsip yang dapat memagari dirinya dari berbagai macam godaan dunia…

Wanita yang cantik, tidak akan menjadi ibu yang membiarkan anaknya terjerumus dalam dunia kelam…
.
Wanita yang cantik adalah…

Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan

Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.

Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.

Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.

Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya.

Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.

Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.
Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini.”
Wallahu a’lam






Credit to:Paradigma Mukmin

Monday, April 18, 2011

Dan pemenang contest adik-beradikku yang cute ialah................

err....

err....

err...










Tempat ketiga jatuh kepada :

...
..
.








Tahniah!!



Tempat kedua pulak jatuh kepada....

...
..
.
Tahniah!!


Dan pemenang untuk tempat pertama untuk contest ni jatuh kepada ........

.....

....

...

..

.
.
.
.
.




Tahniah-tahniah!!!

Kepada pemenang,tolong add fb aku okeyh...
fadhirul_89adi@yahoo.com
Sila bagi nama,alamat dan no telefon kat inbox fb..tenkiu
Kalau dalam masa 2mnggu xda apa-apa berita,pemenang laen akan diumum.Kejam tak aku??Hehe

p/s : Kepada semua peserta,tenkiu sebab join.Ampa semua memang sporting lah.
Kalah menang adat permainan kan.Yang penting,kita dapat berkenalan sesama kita=)
"Maaf kalo terlanjur bahasa,terkutuk tak sengaja,terhantuk kepala,atau termencarut sini sana selama contest ni berlangsung"mcm ucapan raya la pulak.hehe

Aku ucap tq sekali lg sebab join.Nanti ada contest lagi,sila join lagi ok.Tq semua=)Aku sayang ampa semua^_^peace

Sunday, April 17, 2011

Sebab Lelaki Lambat Kahwin..Spesial untuk perempuan=)

Kepada perempuan-perempuan kat luar sana,ceq nak bagitau skit napa lelaki lambat kahwin.Jangan marah kat laki-laki plak noh.haha

Masih mentah atau muda
Ni  alasan yang slalu akan diberi oleh golongan kami sebagai lelaki ni.Kalo lelaki tak kahwin umur 29-30tahun tu standard r kan.Lambat skit nak matang.Orang cakap lelaki makin tua,makin saham naik.haha.Perempuan pulak??..err..err...no komen=)


Pemilihan Calon Isteri
Ramai lelaki tak mau kahwin awal sebab takot tersalah pilih isteri.Mana la taw dapat bini jenis yang terlampau bersosial ka apa ka masa dulu-dulu.

Berseronok atau enjoy masa muda
Orang kata,masa sebelum kahwin ni la nak enjoy pun.Dan lepas kahwin,tak bleh enjoy dah.Nak kuar sana tak bleh,sini tak bleh.Kena pulak dapat bini queen control.Haha
 
 Ilmu tak penuh di dada
Alasan laen,ilmu dunia dan akhirat tak cukup.Bukan senang oii nak jaga anak dara orang.Dosa pahala terletak kat suami.Pandai suami jaga,elok la bini.Ye tak??

Tapi aku rasa,semua alasan-alasan kat atas ni cuma nak bagi sedap hati gf/tunang ja.Sapa yang tak mau kahwin awal derrr...Haha.Aku rasa majoriti yang tak kahwin sebab takdak duet.Ye tak??hehe

Alasan konkrit dan yang sebetulnya : Takda duet ...~Full stop~ Bukti??


   
Nak kahwin kena siap kurang-kurang 10-20 ribu.Macam mana nak kahwin kalau duet takda kan.Hehe
 Semua harga barang naek skarang.Gula,petrol,susu,pampers bayi etc semua naek..Hujan ja yang turun pun.Kan..kan..
Majoritinya ramai tak kahwin lagi sebab takdak duit!! Hahaha.Betol tak??

Nota kaki : jodoh bukan kita yang tentukan.

Nota kaki lagi : Mulai skarang,aku dah start menabung.Sehari 2kupang.Seminggu rm1.40..Bila tahun nak cukup 10ribu neh??Bila masa nak bleh kahwin ni??

Lagi nota kaki : Napa aku buat entri pasal kahwin ni?Blajaq pun tak abeh lagi.Haha..ok,sambung baca buku balek=)Sila fokus..

Friday, April 15, 2011

Entri santai : Teknik memasak yang mudah untuk si dara dan si teruna..


Dari kecik sampai besaq,aku memang minat masak.Dari kecik sampai besaq,aku slalu cuba resepi-resepi baru.
Tapi cuma try buat megi jala.Haha..Tapi kan,dah besaq-besaq ni,teringin pulak nak cuba resipi yang susah-susah.Sweet sour ka,nasi briani gam ka,nasi kabu klate ka.Mana la taw lepas blajaq,kahwin,ada anak,tiba-tiba bini merajuk takmau masak.Bleh la aku masak sendiri.Ye tak??haha

Ni aku nak kongsi sikit tentang ilmu memasak untuk orang bujang ni.Aku bukan chef pun.Tapi setakat nak masak almond london,kek coklat,kueh samprit tu,bleh la..hehe..Ok2,jom tengok video ni.Sesuai untuk si dara dan si teruna yang baru nak berjinak-jinak nak masak.Aku??tak payah tengok la kot.Dah expert.Hahaha

video

nota kaki : juga sesuai untuk student yang duduk ostel,rumah sewa,ataupun dalam kolej.

p/s : Nak lagi tips memasak dari aku??kih3

Wednesday, April 13, 2011

Adverlets atau Nuffnang??Sapa lagi hebat??


Kalau sapa-sapa yang pernah masuk blog aku,mesti akan perasan  tentang pertukaran iklan kat blog aku.Sebelum ni aku guna nuffnang.Baru hari ni aku tukar kepada adverlets.Tapi kenapa??

Sebenarnya aku pun tak pasti apa kelebihan dan kekurangan kedua-dua iklan ni.Just nak try ja weh=)Lagipun orang cakap tak salah kalau nak cuba kan.Duet nuffnang aku pun ada brapa puloh ntah sebelum ni.Rasa rugi plak tetiba tukar iklan.Hehe

Apa-apa pun,niat aku buat blog bukan nak cari duet pun.Saja suka-suka ja.Tapi kalu ada rezeki,apa salah kan.=)

Aku ada gak godek-godek kat blog orang laen dan depa semua cakap adverlets senang masuk payment.Apa-apa pun,aku tak percaya sangat cakap orang-orang laen.So,aku buat la experiment kat diri aku.
Kalau betul,nanti aku gitaw ampa semua noh.Tunggu la sebulan lagi.Kalau earning masyuuuk,betul la tu.Kalo dah berbulan-bulan tak naek,baek tukar nuffnang balek kan.Pilihan di tangan kita kan.Apa engkau kisah.Haha

Tapi,Miss Nuffnang nak bagi duet kat aku lagi tak kalo nanti aku tukar balek kat Miss nuffnang.Aku dah merajuk lari kat Miss Adverlets dah ni.Kalau Miss Adverlets sayang aku lebih,buat apa nak p kat Nuffnang balek kan.hehehe

p/s :Bye2 Miss Nuffnang,welcome miss adverlets

Kalau sesapa pernah guna nuffnang and adverlets,tolong cite skit kat aku..pleazzz^_^

ralat : aku tukar balek kepada nuffnang selepas 2 hari guna adverlets..Sori adverlets sebab aku dapat bnyak kritikan tentang adverlets kat facebook.hehe

Monday, April 11, 2011

Contest ditutup dengan rasminya..kuek-kuek,babye^_^



Bagi yang dah join sebelum tarikh ni,sila lihat entry yang terdahulu untuk check nama=)

Yang join dari 12-15 march...Klik   -->SINI<-- (1-59)

Yang join dari 16-18march...Klik   -->SiNI<--(60-91)

Yang join dari 19-23march...Klik  -->SINI<--(92-141)

Yang join dari 24march-1April...Klik...--->SINI<---(142-193)


 Ok,ni plak nama-nama yang dah join dari 2april hingga 10april..


194)FingerType=) 195)yatie chomeyl  196)emva 197)~Miszy Applecious~  198)syifa lovera

199)Tyratyra   200)Niz Piiya   201)pucheh   202)Shla    203)farahin   204)~dyahaha~

205)ieda   206)Luna   207)mizz nia ay sruq   208) diladayu  209)deena awanis    210)Mrs.Eady

211)Eta   212)Nad @ MamaZakwan  213)ctok^_^chan   214)NMO2  215)su Estilo   216)liena

217)eintanliana  218)H.A.A  219)DIDOT  220)GadiS kG sEPAra Bandar  221) frame + lenses

222) MaEra kZZ  223)Cik Tomyam  224) eyejar 225)nadzli adzlan  226) Nur Zahirah Bt Abd Razak

227) athirah ahmad    228) a t i y a  229)Cik Lyn   230)AmyZa'aba  231) MamaRaisya a.k.a Lisa

232)ezza alias 233)Arab   234 )Budak coklat


**Dengan ini,tuan tanah kedaun mengisytiharkan contest ini ditutup dengan rasminya**
(sambil pukul gendang)

nota kaki : tq kepada semua yang sudi men-join-kan diri.

nota kaki lagi : keputusan aku akan post pada 17 atau 18 april neh!!

lagi nota kaki : gluck untuk semua=)

Sunday, April 10, 2011

Bahasa,rojak atau bahasa rojak???

Sapa yang taktaw bahasa rojak tu apa??taktaw??Hang biaq betoi taktaw??Serius??Ok,jom tengok kartun neh....





nota kaki : Btol jugak,lebih baik makan rojak dari guna bahasa rojak.haha
nota kaki lagi :Tapi kan,kalo tak cuba speaking,bila nak pandai kan.Lecturer pun kekadang broken jugak,ini kan pulak student..keh3.

Lepas ni aku nak try buat entri bahasa omputeh plak bleh??Mesti broken terok i punya entry...eeuuuw .Aku tak pandai bahasa mat selleyh ni.Haha..tak pernah dapat A der masa exam...kah3

****
Iklan jap:Contest akan tutup tengah malam ni,pukul 12.Sesapa nak join,boleh lagi ni.Hehe..
***

Saturday, April 9, 2011

Durian,budak kecik,pakcik tua dan stapler.....



Drama :Durian,budak kecik,pakcik tua dan stapler
Lokasi : Kedai roti
Watak  : pakcik tua & budak kecik
Arahan: Budak kampung

Hari pertama pembukaan kedai roti
Pakcik tua : Sila masuk,hari ni kedai saya ada buat sale roti.Jemputla rasa.(promote kedai baru sambil panggil orang ramai suruh masuk)

**orang pun lalu lalang masuk nak try roti kat kedai baru**

.....Tetiba ada sorang budak kecik datang.Budak ni memang minat durian.

Budak kecik  : Hurm....pakcik,saya nak beli durian.Ada tak??(sambil sengeh-sengeh)
Pakcik tua     : Adik,kat sini takda jual durian.Pakcik jual roti ja.(garu kepala)
Budak kecik  : (Diam kejap,angguk2 kepala tanda faham dan terus blah..)

Hari kedua
......Hari ni pakcik tua terus promote kedai roti dia
Budak kecik datang lagi kat kedai tu.Macam biasa...Masa yang sama dan soalan yang sama..

Pakcik tua    : Mari-mari try roti!!
Budak kecik : Hurm...pakcik,saya nak beli durian.Ada tak??(sambil buat muka cute)
Pakcik tua     : Kan pakcik cakap kat adik semalam,kat sini pakcik tak jual durian.Pakcik jual roti ja.(sambil geleng-geleng kepala)
Budak kecik : (Diam kejap,angguk2 kepala tanda faham dan terus blah..)

Hari ketiga
Pakcik tua tu dah tengok budak kecik tu nak datang kedai dia dari jauh.Masa ni pakcik tu mood tak ok.Kedai roti tak brapa laku.

Pakcik tua      : Hah sudaaah.Budak ni lagi.(Sambil maki-maki dalam hati)
Budak kecik  :(Datang dekat-dekat pakcik tu dan tanya)Hurm...pakcik,saya nak beli durian.Ada tak?
Pakcik tua      : Weh budak,brapa kali aku nak cakap.Aku tak jual durian la.Roti ada la.Kalau datang tanya soalan yang sama lagi esok,aku STAPLER mulut hang taw.
Budak kecik   :(Muka macam nak nangis,dan terus balek)

Hari keempat
Budak tu datang lagi...Pakcik tua ada jugak kat depan kedai.

Pakcik tua      : Budak ni lagi datang(kata dalam hati)
Budak kecik   : Pakcik ada STAPLER tak?
Pakcik tua      : Takda.Kenapa??
Budak kecik   : Hurm...Pakcik,saya nak beli durian.Ada tak??(sambil senyum)



nota kaki : pandai pulak dia tny stapler dulu.haha
Kalo ampa jadi pakcik ni,apa yang akan ampa buat kat budak kecik ni???=)

Thursday, April 7, 2011

Jom layan video neh..Untuk renungan kita..

 Eh,perasan tak,kita selalu berasa tak cukup dengan apa yang kita ada.Kalau muka dah cantik,nak lagi cantik.Kalau badan dah kurus,nak lagi kurus.Pernahkah kita bersyukur??

********

Kalau takda tangan,apa yang kita akan rasa??Kalau takda kaki,apa pulak yang akan kita rasa?Lagi satu,kita pernah menyesal tak kalo kita gagal??Adakah kalau gagal sekali,kita give-up terus??-Eh,banyak la pulak aku tanya=)Sori terserius dalam entri ni.Tapi memang aku nak kita ambil serius dalam hal ni.Apa-apa pun,jom tengok video ni dulu.


video

nota kaki : bersyukurlah dengan apa yang kita ada
nota kaki lagi: gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

Monday, April 4, 2011

Entri santai : Kenapa perempuan suka warna pink??woooot2~

                  Aku baru ja lepas abes test calculus.So,aku nak buat la entri ni.Just relaks2,xmau berat-berat.Entri ringan-ringan ja.Sebelum test tadi,aku masuk la dalam library a.k.a perpustakaan.Hah??Biaq betoi aku study dalam perpustakaan.Yup,sila percaya!!Base on my observation,aku dapati ramai gurl-gurl yang suka pakai baju pink.Tapi ada 1001 persoalan yang bermain kat benak fikiran aku!!Mengapakah perempuan sukakan pink ??euuuw~
Dari hujung rambut sampai hujung kaki,semua pink.Seriuuuus,ini perempuan ok.Sila jangan percaya=)

*********
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar warna sedunia,telah menemui punca kenapa warna pink dijadikan pilihan perempuan!!!

Pink itu lembut
Tidak diragui dan diakui oleh aku,warna pink memang lembut.Warna ini sering dikaitkan dengan perempuan.Tu sebab bila gurl pakai baju yang kaler pink,ramai ja boy  yang usha.Bayangkan kalo aku jadi ais,dah lama cair.Errr??Betul??

Pink itu menawan
Tanyalah pada semua perempuan.sapa yang takda baju pink walaupun sehelai??Kalau takda,dah sah dia takda sifat-sifat keperempuanan.Bagi depa semua,takda baju pink ibarat makan roti tanpa kaya atau makan air kopi tanpa gula.Tengok!!!Betapa pentingnya pink dalam hidup depa.Errr??Betul??

Pink itu kemas
Kebanyakkan perempuan akan cakap mereka suka pakai pink sebab nampak kemas.Tak kisahla kalau pakai tudung atau baju atau apa lagi ek,kebanyakkan nya akan memilih pink atau merah jambu sebagai pilihan pertama.Berdasarkan kajian,sel saraf-saraf mata akan memberikan isyarat atau impuls ke bahagian neuron otak untuk mentafsirkan supaya memilih pink,dan otak akan bertindak balas memilih warna pink.Isyarat ni hanya ada pada perempuan.Err??Betul??

Nota kaki : Kepada balak-balak/boyafrend yang nak bagi hadiah kat awek-awek/gurlyfrend di luar sana,paklong ni nak suggest kan,elok la ampa pilih hadiah yang kaler pink.
Nota kaki lagi : Tolong jangan percaya kajian kat atas.Aku tipu ja~takdanya pakar-pakar warna nak buat kajian=)

Saturday, April 2, 2011

Cinta,Jiwang,Sedih-->Tolong jangan baca kalo takda tisu<-- =)


Sebelum baca,tolong play muzik ni untuk lebih syahdu^_^
video

**********
Aku telah mengembara,mengembara dan terus mengembara...
untuk mencari CINTA,
akhirnya aku berjumpa,
mengenali dia yang semanis itu membuat aku terpaku,termalu
dia begitu manis,dia begitu ayu,solehah
kali pertama bertemu dia,hati aku terus terpaut,
itulah kebenarannya.

hari bertemu hari,
bulan bertemu bulan,
tahun bertemu tahun,
masa berjalan begitu cepat

Tapi akhirnya, bila dia telah memiliki CINTA aku,
 Dia mencampakkannya jauh ke dasar gunung berapi yang tidak mampu aku gapai,

Jadi, selama ini siapa aku di hati dia?

Siapa yang memujuk aku untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar aku bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?


Melangkah pergi meninggalkan dia, telah mengambil seluruh kekuatan yang aku ada..
Jangan anggap aku tinggalkan dia kerana aku bencikan dia..

Seseorang telah berkata,
“If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.."

Kerana aku mencintai dialah aku melangkah pergi, demi kebahagiaan dia,
 Aku doakan supaya suatu hari nanti dia akan temui apa yang dia cari,
Supaya suatu hari nanti dia akan memahami apa erti CINTA yang sebenar,
Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
  Aku tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan aku tidak akan pernah mempersoalkannya,
Aku juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali dia,
Aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan aku..




 
"sungguh. tidak ada lagi cinta buatmu. saat ini. 
maka,
tinggalkan aku. aku tidak mampu memberi sesuatu yang tidak ada pada aku.
aku mohon kau pergi jauh. 
kerana aku benci cinta. saat ini. 
terlalu.
yang paling dalam di sudut hati. membenci.
kau jangan berpaling. terus pergi jauh.
& kerana sesungguhnya ALLAH mengetahui perkara yang tidak kamu ketahui."

Kerana CINTA itu tak semestinya memiliki...
Kerana CINTA itu ikhlas & penuh kasih syg...

Friday, April 1, 2011

Nama yang join contest dari 24march-1april


142) Najwa Sofwani  143) Zakiah Ghani 144)safina effy 145)Ceria Gurlz 146)Sal Saari

147) aimanhanani mohd noh 148)athira aziz 149) Kimi Yun 150) Aimifiqa 151)juelee

152)Faten Alina bt Rozman 153) gaung 154) issKHOO 155)Ms. Ann 156)ana anne 157)ytekecik

158)Cik Dya 159) MamaRifqy 160) Aina Balqis 161)umira 162) nadiah 163) Lee Leng 164)Farra Ros

165) Chizahchii 166)Nabb 167)cikminn 168) hazanis 169) anisssss 170)Zakuan Ahmad 171)ra-gegirl

172) anisyafrina 173)anitadiana 174)PijiEpY! 175)Aiman Ariffin 176)lilies.john 177)Niesa-Lovecrew

178)sUe_adDA 179)d.e.e.n.a YAYA 180) nur kasih 181)^^nu[dd]yra^^ 182)bloggergirl

183)PENYU@GEMOK 184)iyien 185)cendalila 186) Nida 187) anitadiana 188)eppylife

189)cikanna 190)~emi~ 191)dyanina 192)"Che Ain" 193)mypagemystories

ok,tolong check nama^_^takda bgtaw ya!!tq sudi join..
sesapa yang nk join,bleh join lg...ada 9hari lagi b4 contest tutup^_________^

kalo nak join,klik SINI atau SINI atau SINI