Monday, September 19, 2011

Kisah Rumput Dan Orang Yang Disayangi


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang ustazah yang sedang mengajar. Ketika itu, ustazah tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan ustazah tersebut berbunyi begini:

Pelajar: ustazah, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

ustazah: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

ustazah: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang ustazah suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka ustazah pun bertanya kepada pelajar tersebut.

ustazah: Mana rumput yang ustazah suruh petik?


Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah ustazah cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

ustazah: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.



Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas=)


 credit to :capal yang hina

Saturday, September 17, 2011

Ada dara,lu kolot.Betol??

Assalamualaikum semua...
Hujung-hujung minggu ni aku nak cerita sikit tentang gadis-gadis zaman sekarang.Bukan semua.Mungkin segelintir kecil.

video

Pertama sekali,sila abaikan kata-kata kasar kat atas.
Ada dara,lu kolot.Takda dara tak kolot la??Macam tu??Astagfirallahalazim.Sapa yang cakap ni??Perempuan bangga takda dara??Kalo ada yang berfikiran macam tu,sila buang jauh-jauh.


Ni la tanda-tanda akhir zaman.Bila keseronokan dunia melebihi akhirat.
*Eh cakap macam ustaz pulak mamat nie*
*Ok aku ngaku aku bukan ustaz dan aku jugak tak cukup baek.Tapi apa salah kalo kita share ilmu yang bermanfaat sama-sama untuk kebaikan*

Rasulallah SAW sendiri memartabatkan wanita di tahap yang tinggi tapi napa kita sendiri yang nak jatuhkannya??
Tepuk dada,tanya iman=)

To all girls out there,please read this wisely :

pict credit to : monologues of a sinner

sincere for all beloved girls out there=) ehem..


Friday, September 16, 2011

Bila Dia Menjauh, Bila Dia Mengelak

Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,


Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…


Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.

Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.

 credit to : Paradigma Mukmin

Sunday, September 11, 2011

I'm back....Yiiihaa...kuek2..=)


Assalamualaikum semua...
Dah lama aku tak update blog nie.Cuti sem yang panjang ritu,aku kerja part time.Banyak yang nak share.Tapi masa cuti tak sempat nak update.

Terima kasih kepada yang sudi singgah blog aku semasa cuti sem.Yang tinggalkan jejak,yang follow ikhlas mahupun tak ikhlas ^_^,yang comment,yang kebetulan singgah,tetiba singgah,yang naekkan buffered earning aku.Terima kasih banyak-banyak.Nanti aku belanja ampa semua ek??Demo semue nok makey gapo??Kawe blanje deh!!hehe...Maaf tak sempat nak singgah balek,nak blogwalking balek kat blog ampa semua.



Esok dah start sem baru nie,misi baru,target baru pulak=)

p/s : Sem ni aku akan usaha update banyak2 yaw..