Tuesday, March 27, 2012

Jadi Sahabat Sahaja,Tak Perlu Kapel


Bolehkah merubah perhubungan dari seorang kekasih menjadi sahabat sahaja?
Boleh. Cuba ubah hubungan yang selama ini pasangan kekasih kepada menjadi hubungan persahabatan.

Ketika pilihan ini menjadi satu-satunya pilihan pemutus kerana iman, maka pilih dan beralihlah ke konsep hubungan persahabatan semata-mata. Dan tahukah kita bahawa seorang sahabat akan ikut berasa senang jika melihat sahabatnya senang? Dan sahabat sejati juga tidak akan meninggalkan kita dikala sedang sedih dan dirundung duka. Mereka akan selalu memberi sokongan, bantuan dan bahkan menghulurkan tangan sewaktu kita terjatuh.


Sedangkan kekasih, sebahagian besar hanya akan ada ketika kita dalam keadaan sengsara, terkena musibah atau masalah, mereka lebih memilih untuk mengelakkan diri. Banyak contoh sudah berlaku, kekasih dipenjarakan kerana sesuatu kesalahan seperti dadah, dan kekasihnya tidak mahu menemuinya lagi. Ada juga yang menjadi mangsa simbahan acid, dan kekasihnya terus meninggalkannya.
Konsep sahabat lebih menekankan pada hubungan apa adanya. Mereka menerima kita apa adanya, baik dari sisi positif mahupun dari sisi negatif kita. Mahu gemuk mahu kurus, mahu langsing mahu boncet, semuanya diterima. Kerana kita sahabat.


Mereka akan menegur jika ada salah dan ada khilaf yang terjadi pada diri kita. Mereka tidak akan menjauh, meskipun kita sudah salah terlalu jauh. Mereka tetap ada dan tetap bersama kita. Tetapi bagaimana mereka yang berkasih-kasihan?




Sebahagian besar orang yang bercouple hanya melihat pasangannya dari sudut positifnya sahaja. Mereka memilih kerana kita cantik, kita kacak, kita macho, hebat dan kaya. Tetapi apabila mereka tahu kita malas, diuji Allah dengan berpenyakit, mereka terus mengundurkan diri. Saat mereka melihat kekurangan pada diri kita, mereka cenderung memilih orang lain.


Sahabat jarang membuat kita sedih. Mereka biasanya ada didalam duka dan lara. Sedangkan kekasih lebih banyak membuat kita sedih dari bahagia. Lebih-lebih lagi yang jenis cemburu buta, obses dan terlalu protektif. Mereka tidak mahu membiarkan kita bebas. Selalu ingin menguasai dan dikuasai. Mereka selalu menghalang komunikasi kita dengan manusia lain dengan api cemburu. Tidak boleh itu tidak boleh ini.Mereka tidak sedar membuat kita berlinang air mata kerana sedih sebab mereka.


Sahabat adalah hubungan selamanya. Sahabat adalah sahabat meskipun jarak memisahkan. Sahabat akan menyayangi kita dengan tulus tanpa perasaan asmara yang penuh nafsu. Perhatian mereka juga tidak akan luntur walaupun usia bertambah seiring perjalanan nafsu. Sedangkan sayang seorang kekasih akan lapuk ditelan waktu. Semakin lama semakin hilang rasa sayang kerana rasa bosan. 


Hubungan persahabatan dibina atas perasaan saling menghargai dan bukan dirancang suatu saat akan terputus. Tetapi kekasih sungguh sangat berbeza. Adakalanya orang bercinta kerana diniatkan untuk putus dalam masa tertentu. Kemudian mencari kekasih lain yang lebih cantik dan lebih menarik.
Ada masa putus, ada masa berakhir dan ada masa gagal. Cinta yang diucapkan tidak lagi segar, malah layu kering dan tidak enak lagi didengar. 




Berpisah kerana Allah dan bertemu kerana Allah:)




kredit: AkuIslam

Monday, March 26, 2012

Tiga atau empat:)


Jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (4:59)

Sunday, March 25, 2012

Suku akhir piala FA

Semalam berlangsungnya perlawanan suku akhir piala FA dimana TV1 menyiarkan perlawanan antara Kedah dengan T-Team.Di sebabkan aku takda kat aloq staq,so aku hanya bleh tengok live kat depan tv ja.Secara keseluruhan aku tengok kedua-dua pasukan masih mempamerkan aksi yang kurang memberangsangkan.Position boleh dikatakan seimbang.


Banyak peluang-peluang yang terhidang gagal disempurnakan.Takda luck mungkin.Sepakan Safi terkena palang dan nyaris-nyaris nak gol!!ouuuuh,rugi. 


Semangat macam ni la yang kita mau.

Apa-apa pun harapnya Kedah bangkit untuk membenam T-Team kat Ganu hari selasa ni.Pulon Kedah Pulon.We always support you!!!Biaq jasa jadi kenangan.Kedah pantang kalah:)oiiiih2

video
Layan dulu lagu ni!!haha


Lain-lain keputusan :

Sime Darby 3-2 Johor FC 
Terengganu 1 - 0 Lions Xii
KL SPA 0 - 3 Kelantan

Pict kredit to :Hijaukuning.com



Saturday, March 24, 2012

Memilih atau Dipilih:)



Kita hidup memiliki dua pilihan iaitu MEMILIH atau DIPILIH ...

jika kita memilih,,
pilihlah yang terbaik untuk kita ...

dan,

jika kita dipilih,
maka jadilah yang terbaik untuk semua orang ...
dan jangan pernah melihat seseorang dari fizikalnya,,
kerana suatu masa nanti,,
fizikal itu pasti akan berubah seiring berjalannya waktu....

namun,,
lihatlah seseorang itu dari hati dan sifatnya,,
kerana hati dan sifat yang baik pasti akan dikenang selama-lamanya
J

Monday, March 19, 2012

Kelong Bagan Lalang

Bot nak pi kelong

Aku bertolak dengan member ke kelong dalam pukui 3 setengah.Daqi shah alam ke Bagan Lalang lebih kurang 1jam lebeh kot.Sebelum pi kelong,member aku,Maa ada kol tuan punya kelong,Cik Nazri untuk book hari sabtu.Alhamdulillah ada kosong.So,3-4 hari sebelum pi kelong,kami ber-lima buat la persiapan apa yang patot.Alatan pancing,umpan dan MAKANAN yang penting.HAHA




Sampai sana lebih kurang pukoi 5 lebih..Lepas tu dalam pukui 7 lebey baqu bertolak naek bot pi kelong.Naek bot lebih kurang 15 minit,sampai dah kelong.Ombak masa tu tak berapa besaq sangat.Angin mendayu-dayu.Burung terbang atas-atas kelong.(Tolong imagine sendiri)Haha


Geng pancing

Kat sana,kami dapat 1bilik untuk 5Orang.Atas kelong tu dah ada dekat 20 orang lebih.Macam pertandingan plak kalau tengok:)Kami bermalam atas tu dan esoknya dalam lebih kurang pukul 11 lebeh tekong bot datang mai ambek:)
Besarrrrrrr punyeeerrr.Besar punyer

No words to describe:)

Monday, March 12, 2012

Aku Dan Tutti Frutti



Aku tak pernah langsung menjejakkan kaki ke Tutti Frutti

Apatah lagi merasanya

Juga tak pernah mengupdate status di fb,twitter 
mahupun mengupload picture suap-menyuap bersama gurlyfriend di myspace mahupun di blog.

Yang aku tahu hanyalah sarapan bersama "peq-nga"(kedahan said) atau dalam bahasa omputehnya disebut "pan-cake"


Adakah aku ketinggalan zaman?


Saturday, March 10, 2012

Memori Sekolah Rendah




Suka main lawan pemadam, main kad, main kejar-kejar. Hidup asalkan happy ja dulu.

Suka main jentik tudung air


Cikgu suruh letak "Satu jari di bibir." supaya kita senyap, padahal boleh ja cakap sebab bukan tutup mulut pun.Siapa buat bising, kena tulis nama.


Kalau ada crush, nanti mesti kawan-kawan usik dengan letak nama kita & crush kita dalam heart shape.



Suka beli jajan yang jual dekat luar sekolah



Suka sangat cakap "Taknak kawan~~" bila merajuk.


Takut sangat kalau tak bawa buku teks. Penatlah nak bawak beg berat-berat setiap hari dulu.

p/s: kecik-kecik dlu aku mesti imagine huh best nya bila besaq nanti...
Bila dah besaq,aku imagine kan best kalau bleh jadi kecik balek macam dulu-dulu:)

Wednesday, March 7, 2012

It Takes One To Know One


Dalam erti kata lain, seorang pencuri akan kenal pencuri. Orang yang baik akan cenderung kat orang yang baik. Orang-orang yang periang akan berada dalam kelompok orang-orang yang periang. Entri ini sedikit sebanyak ada kesinambungan juga dengan entri silam, iaitu Tidak pernah bertemu, bisakah mengenal?
Perkara ini basic. Ada orang boleh rapat dengan orang-orang tertentu sebab mereka dapat kenal orang-orang yang sama ataupun satu kepala dengan mereka.

Apa yang bestnya dengan kemampuan mengenal ini adalah, anda tak akan kisah apabila orang lain di luar sana tak fahami diri anda, susah nak berinteraksi ataupun selalu mempunyai masalah (have issues) dengan diri anda. Sebab anda tahu tak semua orang macam itu.
Itupun kalau anda jumpa that special someone(s). Bagi orang-orang yang masih tak jumpa orang-orang yang sama 'wavelength' dengan diri mereka, memang hidup akan susah sedikit. Rasa pelik. Serba salah nak hadapi hidup. Apa-apa pun saya doakan kalian dapat menjumpai orang-orang tersebut.
Bagi saya, kalaulah seluruh dunia membenci kamu, tapi ada seorang yang masih tetap percaya kamu, itupun dah memadai. (walaupun sebenarnya cukuplah Allah bagi kita)
Perasaan adanya orang-orang yang mempercayai kita itu best. Ada sense of belonging. Itu yang sampai orang boleh keluarkan kata-kata seperti, "tempat aku kat sini."
Lagi satu perkara yang best adalah, mengenal orang ini membawa keseronokan. Katakanlah anda tahu kewujudan A dan B, dan mereka ini anda dapat rasakan satu kepala dengan anda. Tapi apabila anda cerita pada orang lain, mereka langsung tak kenal, tak nampak potensi yang ada pada A dan B ini. Hanya anda sahaja yang nampak potensi A dan B, sebab kemungkinan besar A dan B pun macam diri anda sendiri jugak, itulah sebabnya anda cenderung pada  A dan B. Dan suatu masa nanti, bila terbuktilah A dan B ni potensi mereka terealisasi, anda rasa puas dan seronok sebab pandangan anda tak salah. Ataupun anda kenal dengan orang lain yang nampak potensi A dan B - itupun sebenarnya boleh buat anda rasa puas.


Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Hanya orang-orang yang mempunyai pengetahuan tahu membezakan orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah. Kadang-kadang ada orang sampai pernah cakap,
"Orang-orang yang tahu, akan mampu mengenal orang-orang yang bodoh, tapi orang-orang yang bodoh tak akan dapat mengenal orang-orang yang tahu"
Kata-kata ni bukan nak buat anda riak. Kalau anda rasa anda boleh membezakan orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah, baguslah kalau macam tu. Tapi dalam masa yang sama pupuk rasa rendah diri. Sebab boleh jadi kita sekarang ni yang bodoh dalam sesetengah perkara, dan kebodohan kita itu memang sangatlah jelas kelihatan di hadapan orang-orang yang mengetahui. Dan kita tak sedar. Faham tak?
Bahawa akan sentiasa ada orang yang lebih mengetahui daripada kita.
Sebab bukan apa. Misalnya, Mungkin ada orang gelabah pergi depan anda cerita pasal macamana seorang lelaki yang mempunyai body tough sebab bodybuilding jadi pasti ramai aweksuka. Ataupun bagi perempuan, kawan anda pergi depan anda cerita pasal make-up itu ini, nak kasi cantik supaya lelaki-lelaki akan pandang anda.

Berdasarkan apa yang anda tahu, orang yg lebih kuat tu adalah orang yang dapat tahan marah dia. Membina kekuatan tubuh badan, fizikal tu bagus tapi bukanlah untuk aweks tapi sebab Allah lebih suka mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah.
Make-up atau berhias, adalah sepatutnya untuk suami, bukan untuk balak-balak di luar sana. Ok mungkin asal-asalnya anda bolehlah buat muka selenga dengar perbualan tersebut, sebab anda tahu mereka ni orang-orang yang tak faham, keadaan sekeliling yang menjadikan mereka jahil. Tapi bila anda pula jadi 'target' mereka sebab tak sama prinsip dengan mereka, ianya akan membuat anda rasa tidak selesa. Kadang-kadang anda juga mungkin boleh terfikir seperti ini
'Eh bongok dan bodohnya lah korang ni. Obvious kot aku lain daripada korang, disebabkan beberapa perkara yang aku tahu dan pegang. Nanti aku cerita sebab-sebab tu mahu putus kawan pulak nanti, silap haribulan aku cakap kat korang hanya sebab nak tunjuk aku lebih hebat dan faham agama'
Kalau jadi macam tu,cepat-cepatlah beristighfar. Always keep your head cool.
Ada peringkat-peringkat dia nak nasihat orang ni.

Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan. Allah itu adil dan Dia sukakan keadilan. The list goes on..
Tahu tak sebenarnya macam mana cara kita pandang orang lain, macam itulah yang sebenarnya menggambarkan diri kita. Apabila kita memandang orang lain dengan penuh hasad dengki, hal yang demikian secara tak langsung menggambarkan betapa busuknya hati kita. Kalau kita pandang orang lain dengan kasih sayang, dengan sangkaan-sangkaan yang baik, mudah-mudahan kita digolongkan dalam orang-orang yang baik. Mungkin kalau sekarang kita masih jahat, tapi dengan melatih diri kita untuk bersangka baik dan seumpamanya, kita mengharapkan Allah - Tuhan yang Maha Halus dan Maha Teliti dalam setiap perkara yang Dia perbuat, Sebaik-baik Pendidik, akan berkenan menghiasi diri kita dengan sifat-sifat terpuji dan memudahkan kita mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Kenapa kita selalu nampak kesalahan orang lain jauh lebih banyak daripada kita nampak kebaikan seseorang? Nabi pun masih menyuapkan makanan kepada nenek tua buta yang selalu sahaja mencela Nabi di hadapan baginda sendiri.
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik dan apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."
(Fussilat : 34-35)
Jadi antara tanda-tanda orang-orang yang sabar adalah, mereka mampu menolak kejahatan dengan cara yang baik, dan berdasarkan firman Tuhan, merekalah orang-orang yang mendapat bahagian besar dari kehidupan dunia dan akhirat.

Tuhan mengajar kita untuk bersikap optimistik dan percaya kepada kebesaran-Nya, percaya kepada kuasa yang ada pada-Nya dan percayakan kehendak-kehendak-Nya yang tak sepatutnya dipungkiri atau dinafikan oleh sesiapapun. Tuhan menyuruh kita membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah. Memberikan hukuman sebagaimana yang diperintahkan, tanpa menambahnya dengan cercaan-cercaan dan hinaan-hinaan yang tak sepatutnya. Dalam agama ini, hukuman adalah peringatan, sebagai suatu bentuk pendidikan, bukannya ruang untuk mencaci dan memaki.

Dari Abu Hurairah r.a. lagi, katanya: "Nabi s.a.w. didatangi oleh sahabat-sahabatnya dengan membawa seorang lelaki yang telah minum arak. Kemudian beliau bersabda: "Pukullah ia -sebagai hadnya-." Abu Hurairah berkata: "Di antara kita ada yang memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukulnya dengan terompah -sandal- nya, bahkan ada yang memukulnya dengan pakaiannya. Setelah orang itu pergi, lalu sebagian orang banyak itu ada yang berkata: "Semoga engkau dihinakan oleh Allah." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan berkata demikian itu, janganlah engkau semua memberikan pertolongan kepada syaitan -dengan menghinanya, sehingga ia menjadi ingin minum arak lagi." (Riwayat Bukhari)