Friday, January 28, 2011

Nilai persahabatan boleh dibeli??

Semua pernah dengar kan perumpamaan katak di bawah tempurung??Entry aku kali ni bukan nak cerita pasal katak,ataupun nak cerita pasal tempurung.Entry kali ni aku nak cerita pasal persahabatan.Apa akan terjadi kat manusia kalau kita berada di tempat katak?? Di bawah tempurung pulak tu??Duduk sorang2. Tak da sapa yang nak teman kan~

Jadi la macam katak neh ok.Berfikiran luas.tak duduk bawah tempurung pun.haha


Bagi aku,takda kawan ibarat minum kopi takda gula,minum teh tarik HAKIM tanpa susu ataupun makan kari tak rasa garam.Mesti tak sempurna kan hidup kita.Kita perlukan kawan sebab kawanlah yang akan bantu dan memberi sokongan tika senang mahupun susah.Betol x??Ka salah??haha...TETAPI,manusia mempunyai perangai dan sifat2 yang berbeza kan.Rambut ja sama hitam,hati laen2.

Kucing oren neh suka kucing sebelah walaupun dia hitam .kenapa??

Kawan ketika senang
Kawan spesies neh memang senang nak cari.Kalo waktu senang ja,memang ramai yang dok menempek-nempek kan.Masa ni,engkau la nyawaku,jantungku,dunia dan akhirat la.Cuba masa susah,sorang pun taknak tolong.Kawan jenis ni suka ambek peluang.Mungkin untuk agenda sendiri ataupun kepentingan sendiri.Selalunya kawan jenis neh yang suka makan kawan sendiri~tak bleh harap~

Kawan ketika senang dan susah
Kawan masa kita senang memang senang nak cari.Tetapi,apabila susah,hanya beberapa orang ja yang sudi tolong.Yang neh la betul2 kawan.Kalo nak tengok keikhlasan kawan kita,tengok la masa kita ada problem.Kawan jenis neh memang kita kena hargai.Susah nak jumpa.


Tapi,dalam berkawan,kita kena ingat,kita juga manusia biasa.Kalo gaduh kecik2 tuh biasa la kan.Sedangkan lidah lagi tergigit.Sedangkan isteri pun bergaduh ngan suami.Inikan pula persahabatan.Ye tak??haha..Dalam persahabatan,apa yang penting ialah sifat kemaafan,bertolak-ansur.
Bagi aku,nilai persahabatan tak boleh dibeli dengan wang bejuta-juta ataupun tanah berekar-ekar^_^ 

Bagi aku,
             " Nilai persahabatan takkan terhakis dek KLOROX,takkan luntur dek DYNAMO,
takkan dinyahwarna dek VANISH,
TAPI ia akan sentiasa harum bak DOWNY4X,selembut SOFTLAN dan sekekal BREEZE"

Amacam,ok tak nilai persahabatan bagi aku??hehe

peace bebeh!!euuuww
p/s: berkawan biar beribu,BERCINTA biar satu..haha(takda kena mengena)

Wednesday, January 26, 2011

Pentingkah Awak Cantik??

              Cantik,ayu,menawan,jelita...Semuanya sinonim dengan wanita..Walaupun terdapat maksud yang lebih spesifik kepada perkataan² di atas, tetapi ia terarah kepada satu perkara 'cantik'. dan semestinya ungkapan 'cantik' ini merujuk kepada wanita. Lelaki kalau cantik, namanya mak nyah..keh3.

Sukar sebenarnya untuk aku terangkan secara detail .Tetapi rasanya tidak ada masalah untuk mengenal samada cantik atau tidak.Bagi aku,cantik adalah sesuatu yang subjektif^_^

Mungkin ada yang akan mengatakan cantik itu berbeza dari orang yang berbeza.Mungkin aku cakap cantik,engkau cakap tak cantik.Mungkin engkau cakap dia cantik,tetapi aku fikir dia tak cantik.Oleh itu, untuk mengelakkan ada yang berkata begitu, cantik untuk post aku ini adalah cantik bagi kebanyakan orang melihat mestilah terutamanya lelaki.:)


xda kena mengena...contoh ja k^_^


Ini adalah contoh cantik dari pandangan aku .Cantik x??ayu,manis^_^

Persoalannya..
Adakah 'cantik' itu penting.?


Pada zaman sekarang, 'cantik' adalah antara perkara yang penting bagi seorang wanita.Semua nak cantik.Dari hujung rambut,sampaila kehujung kuku.

Pentingnya kecantikan wanita itu sama seperti pentingnya duit bagi seorang lelaki ataupun pentingnya bola sepak untuk lelaki.

Itu memang tidak dapat disangkal lagi. Kerana memang ada bukti dan huraian yang mengatakan perempuan cantik akan dapat banyak kelebihan berbanding perempuan yang 'kurang cantik'.Lihatlah sekeliling anda, perempuan cantik begitu senang untuk mendapat perhatian berbanding perempuan yang kurang cantik.

Kalau aku sudah buat penyataan seperti di atas, kenapa aku bangkitkan pula isu, Penting ke Cantik.?

Selepas anda baca ini, anda akan faham kenapa aku buat entri ini.
-berita sumber hmetro ~

Kejutan  Hari Jadi





         “Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain  dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.


                   Tetapi itulah hakikat yang berlaku dalam zaman serba moden ini. Cantik atau tidak bukanlah jaminan berperangai baik bukan??

Pada pandangan aku, cantik itu memang penting.Sungguh aku tidak tipu,bohong dan dusta kerana aku juga pertama kali akan melihat kepada kecantikan.
Dan aku rasa begitu juga dengan kebanyakan lelaki lain di luar sana.

Memang sudah lumrah lelaki akan melihat kepada kecantikan seseorang wanita.
Mungkin hanya sedikit lelaki melihat perempuan dari sudut lain.

Tetapi.
~Tidak ada gunanya cantik jika perangai tak cantik~

p/s:Cantik itu datangnya dari hati dan keimanan serta ketakwaan kita.Tak berguna kalo cantik luaran,tapi dalaman hampeh~fikir2 kan*_^

Equation aku:

Muka cantik + Perangai Tak cantik = takda makna
Muka tak cantik + Perangai tak cantik = hodoh sangat2
Muka tak cantik + perangai cantik = cantik2
Muka cantik + Perangai cantik = cantik sgt9x

Monday, January 24, 2011

because she/he is a MUSLIM~





is it FAIR ENOUGH??
dont ask others,ask yourself~

Saturday, January 22, 2011

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Milik Kita~


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
p/s budak kampung: tepuk dada,tanya iman~

Friday, January 7, 2011

Dah bersara dah=(

Hari ni,genap 22tahun pakcik neh berkhidmat.Sedih la aku.Mesti ampa pun sedih gak kan.Pakcik yang aku maksudkan ni ialah Engku Ibrahim Engku Ngah.Dari dulu lagi,b4 raya mesti aku terpacak depan tv tnggu pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Engku Ibrahim.Nostalgic kot.Haha
Sapa yang xkenal,sila angkat kaki!!Semua tak angkat kan.Sebab dah kenal.
Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu,Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja-Raja dan bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula menjawat jawatan itu pada 1 Januari 1989(Uish,aku pun xda lg toh).Beliau menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang merupakan seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1989 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Lepaz neh sapa pulak eh yang nak ganti Tan Sri??Hehe..
Moga dipanjangkan Umor Dan Dimurahkan rezeki.Aminn..Dan terima kasih di atas jasa Tan Sri yang bagi pengumuman selama ni.Hehe

Tuesday, January 4, 2011

Tahun Baru,Sem Baru,Azam Pn Baru~..~



Dah 4 haqi  dh tahun baqu kan,sem baqu pn dh start.So,apa azam ampa.Kat entry neh ceq nak ceqita apa azam ceq untuk sem ni noh.

Yang pertama : Ceq nak bagi dapat 4flat.
Uish,dengaq azam neh,teketaq-ketaq lutut,pening-pening kepala,kecut perot ceq.Bukan apa,nmpak macam mustahil ja nak capai.Tapi apa2  pn,kena azam dulu la kan.Lepaz toh baqu bleh usaha untuk capaikan azam neh.
Omputeh kata"nothing impossible"..uish,pandai plak ceq kecek klate cakap omputeh.haha

Azam nombot dua plak: Ceq nak bagi sampai tempat ni on-time
Tempat mana yang hang nak sampai on-time ni??Habaq mai sikit kat ceq...haha
Yang ni kot^_^
Haa,tempat ni la yang ceq nak bagi sampai on-time tiap2 haqi.My hating loving faculty.Bukan apa,ceq tak maw lewat dah sampai kuliah/tuto untuk sem nie.Harap2 berjaya noh~

Azam yang ketiga plak??? :
Moga duet ceq cukup sampai hujung sem.tak mau boroih2 dah.Tak mau nyusahkan parents ceq dah^_^

Azam yang laen???Moga ceq dapat gewe yang baek2,solehah,cute miuut,pandai jaga hati n caring.Haha.Takda lah.Gurau ja pon."lagho semua toh"haha


"Kita Hanya Merancang,Allah Yang Tentukan"
~Usaha,Doa Dan Tawakal~Gluck utk azam nombot satu ambo.haha

Monday, January 3, 2011

Kehidupan kita^_^

Ketika tadika,aku selalu inginkan basikal.Dalam hati,alangkah indah kalo dapat naik basikal.Lepaz tu,abahku terus membeli basikal untuk aku.Terima kasih abah=).Hari berganti hari,tahun berganti tahun,zaman berganti zaman,aku dah besar.Masa form 5 dulu,alangkah indah kalo ada motosikal.Last2 dapat jugak beli motosikal.Sekarang,dalam hati cakap,mesti best kalo ada kereta.Hidup ni tak penah cukup.Kenapa tak bleh belajar bersyukur??
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

I cried everyday for a new pair of SHOES Til I saw a man with NO FEET
Ur aim the sky
Ur goal the star....Kekadang apa yang kita nak,tak dapat.Dan kekadang apa yang kita ada,takda pada orang laen.
 So,kita sebagai manusia,haruslah bersyukur atas apa yang kita ada.Alhamdulillah~

Sunday, January 2, 2011

BBQ Silaturrahim...oyeahhh!!

senyum semua..1 2 3 klik!!

Ketika jam ditangan menunjukkan tepat pukul 8 pagi malam,hujung cuti sem bbq ini dimulakan.Tujuan diadakan ialah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara kazen2,saudara-mara:


Huh,malam2 dengan suasana yang dingin,angin pulak bertiup sepoi2 bahasa,memang best la buat bbq neh.Aku duduk tepi bara api ja.Best!!!Panas!!Menu malam toh semua bakar.Sate,sotong,kerang,ayam,sosej,terung benggala,dan ikan kot..Buah2an pn ada.Tapi yang toh tak bakar la.Haha

Oih tak sempat masak dah makan!!tak aci r neh..haha
Mula-mula nak membakar,problem dah timbul.Tempat untuk bakar pulak takda.Kenapa??Sebab bila pegi ambek sate yang belum bakar,makcik sate tu cakap tempat nak bakar tak boleh bagi.Makcik nak pegi meniaga kat pasar malam..Pulakk.Adoii.*makcik neh pun satu,napa tak beli banyak2 tempat bakar toh.Aku terus sound direct kat dia time toh.Tapi sound dalam hati jala.haha.."konon2 malam toh nak bakar sendiri la,baru ada feel,beli yg dh siap bakar tak best".So,we decide to make our own tempat bakar.Bleh k??For sure la bleh....^_^
Sebelah kiri tu resepi aku^_^

Ada batang besi,bata-bata n jaring besi.Dh siap!!Yeaahhh...
So,pembakaran grand bbq bermula.Ceh,grand la sangat.haha

Kerang lambat skit nak masak.Tapi bila masak,cepat ja abeh```

Tapi aku tak sempat snap pict banyak sebab kalo aku ambek banyak2,for sure la aku tak sempat makan.Haha.takdalah.Makanan lebih banyak adala.Sampai kembung perut aku.Berat aku yg +- 60kg dah jadi +-80kg kot.haha
K,len kali jumpa lagi

Pict kazen2 gurl tak sempat nak letak...haha

Target n mission: accomplished.Hubungan bertambah rapat..hahaha

maaf sgt2 yerr~

Maaf,maaf,maaf,
Selama ini aku tak jenguk engkau,
aku tak endahkan engkau,
Aku buat bodo ja dengan engkau,
Sori ye sayang,sori sgt2...hehe

Sori,sori,sori,
Slama ini aku buat engkau kesepian, 
merana,ketakutan,kerisauan,
lepaz neh aku akan slalu update engkau ya,


to : my blog....haha