Thursday, February 10, 2011

Kisah Cinta Aku Dulu2 **jangan baca**


Aku telah mengembara ke hujung dunia,mencari CINTA aku..
Tapi,
Kali pertama aku bertemu dia,hati aku terus terpaut,
Itulah kebenarannya,
Demi Allah aku tidak tahu mengapa.

Aku telah menolak dia,sekuat-kuatnya,
Tetapi dia telah mencabar aku dengan kejujuran dia,
Dia tahu yang dia tidak bertepuk sebelah tangan,
Dan dia telah berjanji aku bukanlah seekor rama-rama perhiasan di kamar biliknya,


Hanya dengan sebuah renungan,
Aku telah jatuh tersungkur ke penjuru mata dia..
 Aku tidak dapat membohongi perasaan aku bahawa aku menyayangi dia..
Dan di saat aku mencintai dia, aku telah jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam..
Lemas dan hampir tenggelam di dalam lautan kasih sayang seribu impian..*selalu senyum sorang2*

Tapi akhirnya, bila dia telah memiliki CINTA aku,
 Dia mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu aku selam..*tawla aku tak pandai berenang*
Di sana, awak jugalah yang menyalakan api dan membakar aku dalam diam..

Aku sedih sangat, bila dia kata aku tak tahu apa yang sebenarnya dia cari..
Tapi jauh di sudut hati ini aku rasa dia masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu CINTA..
Dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga dia belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang..
Jadi, selama ini siapa aku di hati dia?


Siapa yang memujuk aku untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar aku bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?
Siapa yang memberitahu aku agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?
DIA!!!

Melangkah pergi meninggalkan dia, telah mengambil seluruh kekuatan yang aku ada..
Jangan anggap aku tinggalkan dia kerana aku bencikan dia..
Jangan..Jangan

Sebelum aku menghilangkan diri dari dunia dia,
 Aku ingin menyatakan sesuatu yang tak pernah dia tahu,
Kalaulah dia bertanya pada aku, sedalam mana aku cintakan dia, inilah jawapan aku..


“Kalau suatu hari dia kehilangan suara, aku akan memberikan suara aku agar dia dapat bersuara semula.
Meskipun waktu itu aku akan bisu selamanya dan kalau suatu hari dia kehilangan hati, aku akan memberikan hati aku agar dia dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu aku tiada lagi di dunia ini…"
Semuanya untuk dia…

Seseorang telah berkata,
“If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.."

Kerana aku mencintai dialah aku melangkah pergi, demi kebahagiaan dia,
 Aku doakan supaya suatu hari nanti dia akan temui apa yang dia cari,
Supaya suatu hari nanti dia akan memahami apa erti CINTA yang sebenar,
Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
  Aku tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan aku tidak akan pernah mempersoalkannya,
Aku juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali dia,
Aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan aku..


Aku juga percaya,
Andai benar kita punya jodoh, dia akan kembali pada aku.
Itu bukan harapan aku tapi aku ingin belajar untuk redha pada ketentuan Allah..
Dan kalau pun dia takkan pernah kembali pada aku,
  Aku percaya, mungkin itu yang terbaik..

 Kerana CINTA itu tak semestinya memiliki...
Kerana CINTA itu ikhlas & penuh kasih syg...




Dan sesungguhnya..Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya~ =)

p/s:belajar rajin2,jangan malaz2..Kita kawan lagi kan3??peace~ snyum skit!!

Tahniah Harimau Malaya


Tahniah,tahniah,tahniah..Uish banyak nya tahniah~Walaupun perlawanan persahabatan ja,tapi aku nak ucap tahniah jugak sebab menang 2-0 dengan Hong Kong malam ni.2-0 bebb..!!2-0

And yang paling best,friendly match nie gua dapat tengok live kot kat std. shh alm.Mujur esok takda kuliah.haha




Berbaloi jugak la aku beli tiket dua puloh hinggit ni^_^

Tu diaa...punya semangat=)
           p/s:Buat pasukan Malaysia,selamat maju jaya.Try to achieve KBS target.Road To London 2012 plak...peace~Malaysia Boleh!!

Wednesday, February 9, 2011

Aku kecik2 dulu~

Kalo masa boleh pusing,mesti semua orang nak kembalikan masa tu.Macam aku jugak,masa kecik-kecik dulu la yang paling best.Macam-macam yang aku buat.Kalo tiba musim menuai padi,masa ni la yang paling best dalam hidup.Taw napa??Sebab masa ni la yang boleh buat macam-macam benda pun.hehehe

My aeroplane~haha
Umah aku dekat ngan sawah ja.So,kalo time menuai,aku selalu la tunggu tepi-tepi sawah tu.Bukan apa,sebabnya aku nak naek mesin padi ja.Huh best ouuh.Bagi aku masa tu rasa macam naek kapal terbang r..Seyes best!!Haha..Yang brader driver mesin padi toh pun nasib r sporting.Aku dok tepi sawah lambai-lambai tangan,terus dia ajak naek.Gila beb,dah dapat peluang apa lagi,naek r..Pastu aku kena r marah ngan parents aku.Yang brader toh tak kena marah plak.haha

Ni la cara tangkap ikan dalam sawah
Masa nak bajak sawah pulak,keja tangkap ikan la aku.Masa tu skolah rendah lagi kot.Bawak serkap dengan beg plastik ja.Tengah hari pun dah tak kira dah.Member aku ajak ja,terus aku nak ikut.Kadang-kadang tipu parents gak.Cakap nak pegi mengaji ,last2 pegi tangkap ikan.Ish3...haha*sori mak,abah-tak sengaja-tipu sunat kan*haha


             Yang paling best kalo bila dapat mandi sungai.Slalunya mandi sungai bila lepaz tangkap ikan kat sawah la.Masa tu kan semua dah kotor,Huh,apa lagi terjun sungai r...Yang paling aku tak dapat lupa time member aku lepaz mandi.Tetiba ja aku nampak pacat kat badan dia.Trus aku suruh member aku check seluruh badan aku. Dah la masa tu aku mandi pakai sluar pendek ja.Underwear tak pakai plak.Haha..Seyes gila bodoh.Dh tak pakai pun suruh check.Haha..Kalo aku jumpa member aku skrang,pastu cite benda neh,memang gelak teguling-guling r dia.haha
pokok nipah
Ikan karin
Kadang-kadang tu,selalu jugak aku masa kecik2 especially time skolah rendah "melepak" kat hutan nipah.Bukan apa beb,semata-mata nak cari ikan pelaga ja.Dulu2 aku panggil ikan ni ikan karin.Sapa yang dapat paling lawa,kira dia menang r..Juri plak kawan aku yang jadi.Kalo nak menang selalu,bagi r apa2 kat dia.Bagi gula2 yang sebijik sekupang pun bila time pilih ikan yang paling lawa,dia akan pilih ikan aku r walaupun ikan aku tak lawa.Kira aku ni selalu menang r senang cita.haha

Tu dia aiiihh,,Aku kecik2 dulu pun dah pandai duduk bawah pokok tunggu gewe.haha
Kalo ingat2 balek,memang best r masa kecik2 dulu.Banyak memori yang tak bleh lupa.Kan2??Setiap orang ada memori sendiri n ni la memori aku^_^Cepat masa berlalu.Rasa macam baru semalam ja aku masuk tadika.huhu