Tuesday, February 15, 2011

United Kingdom~woooww!!~

Sapa yang penah p oversea??Angkat kaki!!Haha

Kalo aku,Thailand penah la p..Kira oversea jugak ek??haha..Negara2 oversea laen xpenah p pn..Tapi,aku nk ceqita skit tentang UK neh.Tengok pict yang member aku kirim,memang lawa r..Lawa sangat2..Bila la aku bleh p oversea neh??haha..InsyaAllah hopefully oneday ceq bleh p kot noh..hehe.So,jom check it out pict2 yang member aku snap..Pandai dia snap~Ada unsur-unsur seni taw*wink2*..saya puji neh!!hehe

Unta ek??Biri-biri kot??


Tu diaaaa,keta mat saleh semua kena timbus ngan salji



Fuyoo,bnyak nya salji....Kalo aku la kan,hari2 aku buat ais kacang(ABC) sendiri..Ambek kat luaq umah ja ais..haha

Neh plak struktur building2 kat sana la kot..lawa kan??



Yang ni pemandangan kat universiti dia..Cantik view~Jom p sana!!haha

credit to Norul Faqiehah for all these pictures~i really appreciate it

p/s: pict2 dah kasi,ole2 dari UK bila nak kasi plak  *kidding*haha

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day(Tolong Baca)

Sebut sahaja hari Valentine Day, semua orang tahu Valentine Day adalah "Hari Kekasih".Pakwe makwe akan berebut-rebut untuk memberikan hadiah pada pasangan masing-masing.Tetapi,adakah ampa semua taw sejarah di sebalik hari valentine ni??Mai ceq nak cerita skit!!Sebenarnya,ada banyak versi cerita:Dan yang ni aku dapat daripada internet!!
So,aku nak buat sedikit rumusan atas apa yang aku dapat daripada internet:

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Cuba kita renungkan sejenak okeyhh!!
Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang  kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka".

So,Sudah Terang Lagi Bersuloh!!Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Oleh itu,sama-samalah kita memboikot hari kekasih a.k.a Valentine Day~
"Kalau kita tidak melakukannya,siapa lagi??Dan kalo bukan kita,siapa lagi??"
*Tepuk Dada,Tanya Iman*




p/s: kalo ada yang tersilap dalam penulisan ceq ni,tolong tinggalkan komen.tq