![]() |
| Dari hujung rambut sampai hujung kaki,semua pink.Seriuuuus,ini perempuan ok.Sila jangan percaya=) |
*********
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar warna sedunia,telah menemui punca kenapa warna pink dijadikan pilihan perempuan!!!
Pink itu lembut
Tidak diragui dan diakui oleh aku,warna pink memang lembut.Warna ini sering dikaitkan dengan perempuan.Tu sebab bila gurl pakai baju yang kaler pink,ramai ja boy yang usha.Bayangkan kalo aku jadi ais,dah lama cair.Errr??Betul??
Pink itu menawan
Tanyalah pada semua perempuan.sapa yang takda baju pink walaupun sehelai??Kalau takda,dah sah dia takda sifat-sifat keperempuanan.Bagi depa semua,takda baju pink ibarat makan roti tanpa kaya atau makan air kopi tanpa gula.Tengok!!!Betapa pentingnya pink dalam hidup depa.Errr??Betul??
Pink itu kemas
Kebanyakkan perempuan akan cakap mereka suka pakai pink sebab nampak kemas.Tak kisahla kalau pakai tudung atau baju atau apa lagi ek,kebanyakkan nya akan memilih pink atau merah jambu sebagai pilihan pertama.Berdasarkan kajian,sel saraf-saraf mata akan memberikan isyarat atau impuls ke bahagian neuron otak untuk mentafsirkan supaya memilih pink,dan otak akan bertindak balas memilih warna pink.Isyarat ni hanya ada pada perempuan.Err??Betul??
Nota kaki : Kepada balak-balak/boyafrend yang nak bagi hadiah kat awek-awek/gurlyfrend di luar sana,paklong ni nak suggest kan,elok la ampa pilih hadiah yang kaler pink.
Nota kaki lagi : Tolong jangan percaya kajian kat atas.Aku tipu ja~takdanya pakar-pakar warna nak buat kajian=)

