Tuesday, October 11, 2011

Cintan cintun jiwang karat=)




Entri ni sesuai untuk kengkawan yang sudah atau sedang putus cinta..
Peewitt,dont worry,be happy...

Kadang-kadang memang kita akan rasa menyesal ataupun kecewa,tetapi ingat....

♥kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah  ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

p/s: aku pernah jatuh cinta dan putus cinta sekali.Pengalaman mengajar kita ke hadapan=)hehehe...masih muda der...chill bebeh^_^

nota kaki: gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya...hehe

nota kaki lagi:orang cakap cinta lepas kahwin lagi best.lagi manis.kih3

Sunday, October 9, 2011

Jom praktik=)

Saturday, October 1, 2011

Daripada gagal kita belajar=)

 Seseorang pernah berkata,"Gagal bercinta sekali,bukan bermakna gagal selamanya"

Aku pulak berkata,"Kalau ada jodoh,tak kemana punya"..yuuhuu=)



**********

Dah,tinggalkan topik cinta.Hari ni aku nak tulis entri pasal gagal pulak.Biar semangat sikit.Kalau takda semangat,macam mana nak bercinta ye tak?

"Hey,come on lah.Apasal ada gak sangkut-sangkut ngan cinta ni"

"Ok,no more after this."

*********
Hurm...Ok lah jom bincang GAGAL plak...=(..Boring ja bunyi entri.Kan,kan??

Gagal??Apakah itu??Ramai orang akan berasa takut apabila gagal ataupun terbuat silap.Gagal ataupun kesalahan yang dilakukan akan dipandang negatif.
Tapi adakah kita tahu bahawa bukan semua kesalahan ataupun kegagalan yang kita dapat,merupakan negatif 100%??Sehebat atau setinggi mana pun level kita,kita tak akan lepas dari melakukan kesalahan ataupun kesilapan sama ada sedar atau tidak."Nobody perfect ok"

Kita seharusnya menjadikan kegagalan ataupun kesilapan itu sebagai batu loncatan ataupun memandangnya sebagai sesuatu di luar kebiasaan.Ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.




"Bro,aku frust gila b*b* la...Aku couple dengan dia tu dah 3tahun bro.Tetiba dia ajak break.Aku taw dia tu baik sangat-sangat dengan aku.Dialah calon future wife aku."

"Rileks lah"

"Eh,selambe nye ko jawab.Aku putus cinta,bleh ko suruh aku rileks.Nak jugak aku pelempang kang"

"Mungkin tu bukan jodoh yang terbaek untuk ko.Mungkin ko dah banyak buat maksiat.Allah nak suruh ko insaf.Tingkatkan amal ibadat...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui’ QS. Al Baqarah : 216 "  "

"Ok,sekarang aku dah faham(terkedu)"



Ada jugak yang orang akan cakap..
"Dahtu kalo kena gagal dulu,baek takyah study.Biar aku gagal dulu,baru aku study"

Bukan semua benda yang kita perlu gagal dulu.Kadang-kadang sesuatu benda kita boleh ambil ikhtibar dari kegagalan orang lain.Kita boleh ambil iktibar mengapa menyebabkan dia gagal dan sekaligus kita berusaha untuk mengelakkan kegagalan tersebut.
"Aku dah berusaha bersungguh-sungguh dah subjek calculus tu.Tapi napa aku dapat A ja??Member aku dapat A++ lagik"
"Kalau yang dah tak gagal tu,tak reti-reti nak bersyukur??=)"

Akhir sekali : 

Marilah kita mengambil hikmah dari kegagalan/kesilapan kita.Belajar lah dari kesilapan.Jangan terlalu fikirkan negative.Tetapi berfikirlah secara positive.Kegagalan bukan bermakna pengakhiran sesuatu,tetapi merupakan permulaan untuk menjadikan kita insan yang lebih baik di masa akan datang dalam semua bidang.

Seseorang pernah berkata"experience is a good teacher"

nota kaki: aku pernah jatuh moto masa mula-mula belajar dulu-dulu.Dan sekarang aku lebih cekap bawak moto macam valentino rossi...err...,sapa nak try race ngan aku??haha..

itu aku.Weewiiit.



race dalam computer game jala^_^