Saturday, January 22, 2011

Jangan Ditangisi Apa Yang Bukan Milik Kita~


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.
p/s budak kampung: tepuk dada,tanya iman~

10 comments:

Anonymous said...

dunia akhirat seiring. jgn lbihkan dunia shingga tgglkan akhirat, n jgn trlalu taksub dgn akhirat shingga mlupakan terus dunia :)
~akak~

Budak Kampung said...

ok,thanx 4 ur advce akak^_^

hana said...

sy ad advice jgk n..hehe

no matter what,no matter when..
no matter when it doesn't at all make sense..
DO NOT leave ur Love Letter Compilation(kta punya the Ultimate Life Manual,the Quran)..
dan betul..things are easier said than done..
but this is the reality of life..
what's left is 4 u to choose..

May Allah bless..:))

Budak Kampung said...

tenkiu cik hana^_^i'll take ur advce~

Anonymous said...

puitis betoi~

n@jwamz said...

Subhanallah.. nice post la fad:)
Dia Pencipta, Dia tahu apa yg terbaik utk hambaNya..
Redha, perasaan trindah seorg hamba beriman tatkala apa yg dicita-citakannya tak kesampaian..
BerSUJUD pada ALLAH, bersyukur walau sekaya walau sehebat walau semiskin mana pun kita di dunia fana ini..
Setiap nafas milikNya Ya Rabb:)

Budak Kampung said...

anonymous:apa yg puitis??haha
najwa:a'ah...moga2 kita smua dikalangan orang2 yg brsyukur=)aminn

pit said...

mmg menusuk kalbu...
sekiranya ianya milik kita,,
ia tetap akn menjadi milik kita..
dngn cara yg senang atau susah....

Budak Kampung said...

ya btol!!neh pit mana??yang terer buat skill maen futsal tu ka??^_^

pit said...

dak2..
yg pndai yg wat skill n score bnyk gol tu bdk kampug nma dia!!!!