Dalam erti kata lain, seorang pencuri akan kenal pencuri. Orang yang baik akan cenderung kat orang yang baik. Orang-orang yang periang akan berada dalam kelompok orang-orang yang periang. Entri ini sedikit sebanyak ada kesinambungan juga dengan entri silam, iaitu Tidak pernah bertemu, bisakah mengenal?
Perkara ini basic. Ada orang boleh rapat dengan orang-orang tertentu sebab mereka dapat kenal orang-orang yang sama ataupun satu kepala dengan mereka.
Apa yang bestnya dengan kemampuan mengenal ini adalah, anda tak akan kisah apabila orang lain di luar sana tak fahami diri anda, susah nak berinteraksi ataupun selalu mempunyai masalah (have issues) dengan diri anda. Sebab anda tahu tak semua orang macam itu.
Itupun kalau anda jumpa that special someone(s). Bagi orang-orang yang masih tak jumpa orang-orang yang sama 'wavelength' dengan diri mereka, memang hidup akan susah sedikit. Rasa pelik. Serba salah nak hadapi hidup. Apa-apa pun saya doakan kalian dapat menjumpai orang-orang tersebut.
Bagi saya, kalaulah seluruh dunia membenci kamu, tapi ada seorang yang masih tetap percaya kamu, itupun dah memadai. (walaupun sebenarnya cukuplah Allah bagi kita)
Perasaan adanya orang-orang yang mempercayai kita itu best. Ada sense of belonging. Itu yang sampai orang boleh keluarkan kata-kata seperti, "tempat aku kat sini."
Perasaan adanya orang-orang yang mempercayai kita itu best. Ada sense of belonging. Itu yang sampai orang boleh keluarkan kata-kata seperti, "tempat aku kat sini."
Lagi satu perkara yang best adalah, mengenal orang ini membawa keseronokan. Katakanlah anda tahu kewujudan A dan B, dan mereka ini anda dapat rasakan satu kepala dengan anda. Tapi apabila anda cerita pada orang lain, mereka langsung tak kenal, tak nampak potensi yang ada pada A dan B ini. Hanya anda sahaja yang nampak potensi A dan B, sebab kemungkinan besar A dan B pun macam diri anda sendiri jugak, itulah sebabnya anda cenderung pada A dan B. Dan suatu masa nanti, bila terbuktilah A dan B ni potensi mereka terealisasi, anda rasa puas dan seronok sebab pandangan anda tak salah. Ataupun anda kenal dengan orang lain yang nampak potensi A dan B - itupun sebenarnya boleh buat anda rasa puas.
Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Hanya orang-orang yang mempunyai pengetahuan tahu membezakan orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah. Kadang-kadang ada orang sampai pernah cakap,
"Orang-orang yang tahu, akan mampu mengenal orang-orang yang bodoh, tapi orang-orang yang bodoh tak akan dapat mengenal orang-orang yang tahu"
Kata-kata ni bukan nak buat anda riak. Kalau anda rasa anda boleh membezakan orang-orang yang benar ataupun orang-orang yang salah, baguslah kalau macam tu. Tapi dalam masa yang sama pupuk rasa rendah diri. Sebab boleh jadi kita sekarang ni yang bodoh dalam sesetengah perkara, dan kebodohan kita itu memang sangatlah jelas kelihatan di hadapan orang-orang yang mengetahui. Dan kita tak sedar. Faham tak?
Bahawa akan sentiasa ada orang yang lebih mengetahui daripada kita.
Sebab bukan apa. Misalnya, Mungkin ada orang gelabah pergi depan anda cerita pasal macamana seorang lelaki yang mempunyai body tough sebab bodybuilding jadi pasti ramai aweksuka. Ataupun bagi perempuan, kawan anda pergi depan anda cerita pasal make-up itu ini, nak kasi cantik supaya lelaki-lelaki akan pandang anda.
Berdasarkan apa yang anda tahu, orang yg lebih kuat tu adalah orang yang dapat tahan marah dia. Membina kekuatan tubuh badan, fizikal tu bagus tapi bukanlah untuk aweks tapi sebab Allah lebih suka mukmin yang kuat daripada mukmin yang lemah.
Make-up atau berhias, adalah sepatutnya untuk suami, bukan untuk balak-balak di luar sana. Ok mungkin asal-asalnya anda bolehlah buat muka selenga dengar perbualan tersebut, sebab anda tahu mereka ni orang-orang yang tak faham, keadaan sekeliling yang menjadikan mereka jahil. Tapi bila anda pula jadi 'target' mereka sebab tak sama prinsip dengan mereka, ianya akan membuat anda rasa tidak selesa. Kadang-kadang anda juga mungkin boleh terfikir seperti ini
'Eh bongok dan bodohnya lah korang ni. Obvious kot aku lain daripada korang, disebabkan beberapa perkara yang aku tahu dan pegang. Nanti aku cerita sebab-sebab tu mahu putus kawan pulak nanti, silap haribulan aku cakap kat korang hanya sebab nak tunjuk aku lebih hebat dan faham agama'
Kalau jadi macam tu,cepat-cepatlah beristighfar. Always keep your head cool.
Ada peringkat-peringkat dia nak nasihat orang ni.
Ada peringkat-peringkat dia nak nasihat orang ni.
Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan. Allah itu adil dan Dia sukakan keadilan. The list goes on..
Tahu tak sebenarnya macam mana cara kita pandang orang lain, macam itulah yang sebenarnya menggambarkan diri kita. Apabila kita memandang orang lain dengan penuh hasad dengki, hal yang demikian secara tak langsung menggambarkan betapa busuknya hati kita. Kalau kita pandang orang lain dengan kasih sayang, dengan sangkaan-sangkaan yang baik, mudah-mudahan kita digolongkan dalam orang-orang yang baik. Mungkin kalau sekarang kita masih jahat, tapi dengan melatih diri kita untuk bersangka baik dan seumpamanya, kita mengharapkan Allah - Tuhan yang Maha Halus dan Maha Teliti dalam setiap perkara yang Dia perbuat, Sebaik-baik Pendidik, akan berkenan menghiasi diri kita dengan sifat-sifat terpuji dan memudahkan kita mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Kenapa kita selalu nampak kesalahan orang lain jauh lebih banyak daripada kita nampak kebaikan seseorang? Nabi pun masih menyuapkan makanan kepada nenek tua buta yang selalu sahaja mencela Nabi di hadapan baginda sendiri.
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik dan apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
"Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat."
(Fussilat : 34-35)
(Fussilat : 34-35)
Jadi antara tanda-tanda orang-orang yang sabar adalah, mereka mampu menolak kejahatan dengan cara yang baik, dan berdasarkan firman Tuhan, merekalah orang-orang yang mendapat bahagian besar dari kehidupan dunia dan akhirat.
Tuhan mengajar kita untuk bersikap optimistik dan percaya kepada kebesaran-Nya, percaya kepada kuasa yang ada pada-Nya dan percayakan kehendak-kehendak-Nya yang tak sepatutnya dipungkiri atau dinafikan oleh sesiapapun. Tuhan menyuruh kita membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah. Memberikan hukuman sebagaimana yang diperintahkan, tanpa menambahnya dengan cercaan-cercaan dan hinaan-hinaan yang tak sepatutnya. Dalam agama ini, hukuman adalah peringatan, sebagai suatu bentuk pendidikan, bukannya ruang untuk mencaci dan memaki.
Dari Abu Hurairah r.a. lagi, katanya: "Nabi s.a.w. didatangi oleh sahabat-sahabatnya dengan membawa seorang lelaki yang telah minum arak. Kemudian beliau bersabda: "Pukullah ia -sebagai hadnya-." Abu Hurairah berkata: "Di antara kita ada yang memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukulnya dengan terompah -sandal- nya, bahkan ada yang memukulnya dengan pakaiannya. Setelah orang itu pergi, lalu sebagian orang banyak itu ada yang berkata: "Semoga engkau dihinakan oleh Allah." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan berkata demikian itu, janganlah engkau semua memberikan pertolongan kepada syaitan -dengan menghinanya, sehingga ia menjadi ingin minum arak lagi." (Riwayat Bukhari)
1 comment:
ske sgt perkongsian ni =)
sye ske je kenal ramai2 org heee =D
dari situ kte belajar kenal hati budi orang.. dalam berteman mhupun apa jua biarla ianya krn Allah..
bersangka baik dalam segalanya...
nmun masih ambk sikap berhati2 dalam apa2..yakin dgn kuasa Allah...
salu ingtkan diri ini
'' kita memandang diri dgn sepasang mata, namun org sekeliling memandang kite dgn berpasang2 mata utk menilai.. ambk mana yg d tegur utk perbaiki diri ke arah yg lebih baik.. bagi yg menjatuhkn kita hnya diam kan diri dan srahkn pd Allah agar mereka dberi petunjuk.. Insya-Allah.. hidup bahagia dan drahmati-Nya...
Post a Comment