Cerita yang menyentuh hati:
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik
bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Jam
6.30 petang
Ayah balik ke
rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya
Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab,
“Tak tahu.”
Ayah tanya
Angah, “Mana Mak?”Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah
tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh
lagi, “Mana Mak?”Ateh menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa
menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya
Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu
tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak
akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa
tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati
anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di
mana Mak.
Tidak ada
anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba adik
bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
Dulu anak-anak
Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya
“Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan
tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di
padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik.
Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap
ketika.
Sekarang
anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin
anak-anak Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir
anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh
kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi
payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit
dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu
untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di
halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan
daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta
Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil.
Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang
faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti
masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan
menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah
kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak
tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna
merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan
bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci
pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan
kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak
sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima
bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda,
“Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”
Sekurang-kurangnya
itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh
koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi
hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya
anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak
tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak
tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh
koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak
sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya
tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak
sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira
dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan
Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak
akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk
bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak
penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung
seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili
api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat.”
Mak minta
Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab
hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar
salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin
kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa
yang datang jemput Mak.
Mak tahu
anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah ,
“Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri
apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah
sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa
menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada
peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan
terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Beberapa tahun
kemudian
Mak Uda
tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang
jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah
berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan
tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.
Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara.
Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya
apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata
dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak
Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada
sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak
sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat
mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih
sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
“Mana Along?” ,
“Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana
Adik?”. Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan
jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya
sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap
ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang
lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “
Kereta merah
Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik
mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik
kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu,
“Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat
Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”
“Ayah, ayah
….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta
Ateh..
Terketar-ketar
ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah
tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan
“Mana Mak?” masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang
lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah,
apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama
dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan
anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu
memanggil.
Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari
ibu tanpa berjawab?
notakaki: Cerita ni aku terjumpa dekat facebook.Mungkin ada yang dah baca.
2 comments:
T_T
sometimes, saya takut sangat kalau saya jadi anak yg macam tu..
sometimes, saya bersyukur Allah jemput mama saya pulang dulu...
sebab bila mama pergi dulu, saya abadikan dia dalam hati dan jiwa saya..
*sorry komen teremosional*
hati sebak baca cerita macam ni, dengar pulak lagu yang sedih macam ni...
saya sgt syg dkt mak saya :)
Post a Comment