Saudari, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau
pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan
kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput,
rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia,
tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad,
tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya
kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan
cara mempamerkan gambar atau membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu
bukan milik kita.

Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah
engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang
gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian
sedangkan ia sebahagian dari keimanan.

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala
dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin
wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di
hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah.
Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya
dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik
atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?
Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya
dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik
atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?
Saudari, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan luaran itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti
cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa
malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati
benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang
taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana,
yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan
kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu,
kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi
keredhaan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.
credit to :http://akuislam.com
No comments:
Post a Comment