Saturday, March 26, 2011
Menjala Dengan Sabar
Kedua-dua lelaki itu begitu bersungguh-sungguh menebar jala masing-masing ke dalam sungai. Salah seorang daripadanya menebar dengan menyebut nama Allah manakala yang seorang lagi menebar dengan menyebut nama berhala. Mereka bertanding untuk membuktikan agama siapa yang benar dan memberi rezeki kepada penganutnya. Siapa paling banyak dapat ikan, dia menang.
Jala yang ditebar oleh si kafir selalu menghasilkan ikan yang banyak. Makin lama ikan yang dikumpul olehnya makin banyak. Hatinya begitu girang. Dan bertambah girang apabila dia mendapati bakul si Muslim masih kosong walaupun telah berpuluh-puluh kali jalanya diangkat.
Si Muslim masih menjala dengan sabar dan tekun. Dalam hatinya tidak sedikit pun terdetik sangka buruk terhadap Allah. “Mungkin ada rezeki yang lebih baik daripada ini untukku!” detik hatinya.
Mulutnya masih mengukir senyum.
Akhirnya salah satu daripada jaringannya itu terasa berat.
Setelah diangkat didapatinya ada seekor ikan. Di wajahnya terbayang sedikit kegembiraan. Mungkin yang seekor. Ini pengubat usahanya untuk hari itu. Membawa balik ikan walaupun seekor lebih baik daripada pulang dengan tangan.., kosong. Hatinya tetap bersyukur walaupun cuma direzekikan dengan seekor ikan sahaja.
Malang, ikan yang seekor itu pun terlepas kembali ke dalam sungai. Namun hatinya masih bersabar.
“Mungkin ada hikmahnya!” pujuk hatinya.
Sementara si kafir itu pula ketawa berdekah-dekah melihat malangnya nasib si Muslim itu. Dengan ketawa yang berdekah-dekah itulah si kafir pulang dengan jinjingan bakul yang sarat dengan ikan. Manakala si Muslim pulang dengan tangan kosong dan badan yang penat tetapi hatinya bertawakal kepada Allah.
Melihat kejadian yang pelik itu, malaikat yang menjaga si Muslim terus mengadap Allah untuk mendapat kepastian tentang nasib si Muslim itu. Lalu Allah menunjukkan Syurga yang dikhususkan untuk si Muslim itu kerana kesabarannya. Dan ditunjukkan Neraka untuk si kafir itu.
Malaikat berkata, “Tidak sia-sialah usaha dan kesabaran si Muslim itu walaupun mendapat sedikit kesulitan di dunia, tetapi malanglah nasib si kafir itu walaupun dia bernasib baik di dunia.”
p/s budak kampung : adakah kita cukup bersabar??tepuk dada,tanya iman^_^
Dipetik dari: Paradigma MUKMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
saya juga sedang melaluinya... bersabar dengan harapan mereka yg tak nampak akan nampak DIA mcmana yang saya nampak... great awak... entry nie best.. walaupun saya pernah baca... saya still suka baca byk kali
insyaAllah,bersabar la bnyak2^_^
sabar separuh drpd iman.. :)
ia..btol3^_^
weeee....kitew yg pnyaba niyh pon leyh jdik ilg saba taw law line tenet gler slow..haahahah...
hahaha..kalo cmtu,kna tmbah lg la sabar anda itu..kih3.
sy seorang yang sgt tak sabar.ahahaha
yaka??wah,pengakuan ikhlas^_*
Good point given there. So no matter what difficulties your facing with, never doubt on ur faith :)
yup,totally agree=)
Post a Comment