Monday, December 24, 2012

Semua Benda Bukan Tugas Kita

How I wish
(mulakan entri gaya manusia paling bajet)

Eheh. *sandar pada dinding*Dah lama tak update.

Rindu aku tak? Ehem. 

Hey-hey-hey


"Aku study punya fokus, tak tido 3 hari tahu sebelum exam,tapi result...Puiih."

"Kasut aku hilang masa di masjid, aku baru beli ja kot"

"Hang tumpahkan makanan aku??aku tak makan lagi kot"

" Kasut futsal Nike Mercurial aku yang baru beli kat Al-Ikhsan baru pakai sekali dah kena rembat.Ape kes!!."

"Takkan makanan yang letak dalam raga moto pun boleh hilang kot.Apa punya pencuri."

Pernah hadapi salah satu situasi di atas?? Bengang dia jangan cakaplah.


Ada perkara, kita rasa kita macam cannot go bila sesuatu yang kita sayang, hilang. Menyesal sangat.Tambah bila ia banyak kenangan, ia mahal, ia susah nak dapat,susah nak cari. Sakit tahu.

Cuma, belajar lah melepaskan. Tak semua benda kita boleh pegang dalam satu masa. Ada benda yang kita sayang, kita kena lepaskan. Sebab bila sayang, kita sanggup berkorban. Bila namanya berkorban, ada masa ia melibatkan kehilangan. Melepaskan, it is not as easy as it seems. Sakit tahu.




Rezeki kita, Allah tentukan ok. Jodoh kita, Allah tetapkan jugak. Mati kita, Allah dah susunkan. Pertemuan kita, Allah aturkan dah. Perpisahan kita? Allah izinkan. Kalau Allah tak izinkan kita berpisah, kita tak akan mampu terpisah walau berjuta ribu trillion dugaan yang datang.

Nak sentuh pasal result exam. Ehem.

Ehem lagi.

(Ehem lagi sekali)

Result hancur? Biarlah. PMR bukan end of the world kot. Banyak lagi peluang lain. SPM ada, STPM ada, STAM ada, belum lagi exams di universiti nanti. Paling obvious, exam akhirat masih ada, exam dalam kubur pun ada. UPSR fail? PMR tak ada A? Tak apa, boleh usaha lagi. Jangan down sangat. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah.

Sumber pict : Sini

Aku pesan ni pada diri aku jugak lah. Tak payah nak down sangat. Usaha, bukannya menyesal meratap result tu macam orang dah tak ada masa depan. Kita menangis air mata darah sekalipun, result tu tak akan berubah. MELAINKAN KITA USAHA LEBIH GEMPAK UNTUK EXAM AKAN DATANG. Benda dah lepas biarlah lepas. Bukan rezeki nak dapat yang paling cun kali ni, mestilah sebab Allah dah susun something yang lebih baik untuk kita. Just kita ja tak sedar atau tak nampak lagi hikmah disebalik semua ni. One day, kita akan tahu juga, insyaAllah.

*tarik nafas*

Bab jodoh pula, makin ramai yang risau separuh gila. Kononnya bila tak couple, tak laku. Kononnya tak ada orang nak masuk meminang, sedangkan umur dah 25, dah tak layak kahwin.Kebanyakkan nya perempuan la ni.kan?

Relaxlah beb. Perjalanan masih jauh. Memanglah semua orang pun nak kahwin, tapi janganlah kerisauan kita pasal jodoh tu melebihi risau kita hidup dalam kemurkaan Allah.

Tapi yang peliknya, budak-budak sekarang yang umur 12 tahun pun dah pandai till jannah dengan boyfriend/girlfriend masing-masing. Come on lah dik, hidup ni masih jauh. Kalau umur 12 dah berjanji nak kahwin sama-sama masa umur 23 tahun ni, ada 11 tahun tempoh untuk couple. Super cool! Sedangkan dalam tempoh SEBELAS tahun tu, macam-macam benda boleh jadi.Abang ni dulu masa umur 12 tahun main guli,gasing lagi taw.Tak fikir semua tu.

*angkat kening*

 Kalau ya pun berjaya bertahan dalam tempoh tersebut, tak mustahil lepas kahwin nanti mula rasa bosan dengan pasangan. Lepas dua tiga tahun, bercerai. Sedangkan sebelas tahun couple tu mampu pula lah kan?

Memanglah tak salah nak cari calon suami/isteri. Tapi kalau duit belanja sekolah pun mak ayah bagi hari-hari, duit topup pun mak ayah support, makan minum pun mak sediakan, solat pun kena paksa baru nak buat, lebih baik fokus pada pembinaan individu muslim dulu. Baitul muslim ni jauh lagi. Kalau dah ready, masak dah reti, solat pun terjaga rapi, dah ada rumah dan duit sendiri, insyaAllah jodoh tu datang nanti ya dik.

*sengih*

Ada benda, bukan tugas kita. Soal rezeki, ajal maut, pertemuan dan perpisahan, soal jodoh. Semuanya bukan tugas kita. Kita tak tahu kita mati bila. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Kita tak expect siapa yang kita akan jumpa in future. Kita tak tahu apa rezeki kita. Semuanya rahsia Dia. Kalau semua pun kita nak handle, payahlah.

Jadi, jom belajar melepaskan. Belajar redha dengan segala ketentuan. Semoga berjaya jadi manusia dalam iman.





Diolah sedikit dari blog budak tomato:)