Saturday, December 24, 2011

Say Hi To Twitter:)

Semester dah nak sampai hujong dan esok aku dah start study week baq ang.Maknanya lepaih study week aku dah start final exam.Dan lepaih final exam, aku dah start cuti sem baq ang.

Sapa yang pernah guna twitter?Habaq mai kat ceq!Aku baqu buat twitter baq ang.Sebelum ni aku dah nak buat twitter tapi takdan nak buat bag ang.Maklumla busy dengan assignment,report,test bla bla bla baq ang.

Baqu kemarin dulu aku sign up Twitter. La ni aku tak beqapa nak qeti guna lagi twitter ni.Nak twitt-twitt oqang laen pun taktaw lagi.Tak paham aku nak guna lagu mana taktaw.Ampa ada twitter dak??Pandai twitt-twitt dak?Sapa-sapa hat taw,mai ajaq ceq mai.Haram apa satu aku taktaw.

yeayyy,aku dah ada buqong.Ampa ada??


Jom kita qapatkan ukhuwah melalui buqong biqu ni!!Twitt-twitt:)

nota kaki : malam ni aku balek aloq staq.Tuleh pun dalam loghat kedah la.Sapa tak paham?Mai aku ajaq ampa semua mai.Toksah dok melangut saja noh kalao tak paham...Tweet-tweet =)haha.

..

Friday, December 9, 2011

Mencari Calon Isteri Yang Tiada Facebook




     
     Tadi bila aku tengah ber-facebook,aku terbaca link yang member aku like kat status dia.Link tu dari Dr.CintaPunyeBlog. First time aku sampai blog ni.Dan best dia punya entri.Latest entry dia,Mencari Calon Suami Yang Tiada Facebook.

So,bila lepas baca dia punya entri,aku pun buat la entri aku.Mencari Calon Isteri Yang Tiada Facebook.Bunyi macam kelakar.Well,memang mustahil kalau nak cari calon isteri yang takda facebook.Tapi,memang senang nak jumpa girl yang ada banyak akaun facebook.Glamour katakan.Ciss...Tambah-tambah yang letak FULL kat belakang nama.Wah,memang gempak laa..Haha

Contoh : akaun 1 :Nur Pe'ah(4996 friends)

             akaun 2 : Nur Pe'ah 2(4998 friends)

             akaun 3 : Nur Pe'ah FULL (4999 friends)
Padahal,sorang member kat facebook pun tak kenal.

Kalau melayari facebook,macam-macam ragam orang kita boleh tengok.Ada yang update status mengeluh, merungut ,mengata ,mengutuk.Ada pulak yang suka cerita kan aktiviti dia setiap minit.Makan kat mana,minum dengan sapa,hari ni nak buat apa.

Bagi aku,tak salah kalau ada facebook,kalau nak update status, kalau pandai guna.Kebanyakkan lelaki tak suka girl yang :



Tunjuk Gambar-Gambar Yang Tak Sepatutnya
Kebanyakan girl yang perasan diri cute atau cantik,selalunya akan meng-upload macam-macam jenis picture kat depa punya facebook.Kalau tutup aurat tak kisah,ni ada yang dedah sana,dedah sini.Bukan dia ja berdosa,kami kaum lelaki pun turut sama berdosa bila tengok.Dua-dua kesian kan.Dapat dosa.

google



Update benda-benda yang takda faedah
Ni memang selalu kita jumpa kat facebook.Kadang-kadang benda yang di-update kan macam takda makna.Kalau nak trace girl tu jenis yang macam mana,elok la kita check dia punya status.Kadang-kadang status maki pun ada.Huh,perempuan-perempuan..Apa nak jadi neh....Ish3..Tapi bukan semua

Contoh : Caye lapar la,ada sesapa nak teman makan tak??Lapar cangatt-cangat!!

Nampak sangat gediknye kan.Haha



"Mencari calon isteri yang tiada facebook? Memang susah. Means ada ke manusia lagi yang tak de facebook? Macam tu lah perumpaannya kita nak jumpa muslimin/muslimat yang benar-benar menjadikan Islam sebagai cara hidup mereka, meletakkan Allah di tempat paling teratas dalam hati-hati mereka."-via Dr.CintaPunyeBlog

"Sedar tak sedar semua benda yang kita buat kat dunia ni nanti Allah tanya dekat sana. Yes, dunia ni persinggahan saje. Saya ulang, persinggahan. Persinggahan means tak kekal sebab kehidupan kita sebenarnya di negeri akhirat kelak. Dekat sana nanti Allah akan tayangkan semua perbuatan kita kat dunia, (moga Allah mengampunkan dosa-dosa yang kita sedar ataupun tak sedar) dan kita sendiri akan dapat tengok balik apeje yang kita dah buat. Ape je yang kita dah buat untuk Islam? Untuk Allah?"-via Dr.CintaPunyeBlog gak.


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



So,bagi aku,berdasarkan dia punya facebook,kita boleh trace macam mana dia punya perangai.Jeng...Jeng...Jeng

To girls out there,
be careful yeaaaah....=)


err girl,sapa yang takda facebook??Jom kita berkenalan=)lol~

p/s : jgn percaya tajuk aku kat atas.hehe
Sekian

   

Wednesday, December 7, 2011

Politik Kita



Z : Encik D,kenapa saya perlu undi parti encik?

D : Jangan undi parti E,parti E teruk,makan rasuah,jahat.

Z: Encik E,kenapa saya perlu undi parti encik?

E: Jangan undi parti D,parti D tak bela nasib rakyat.


Cari keburukan orang lain lagi seronok dari menceritakan kebaikan diri atau orang laen.
Yang ni tuduh yang tu,yang tu pulak tuduh yang ni.Bila kita nak ubah?
Mana-mana pun sama ja.

Damn..
..

Monday, November 28, 2011

Cinta Remaja





Manusia sering mendambakan cinta,

lebih-lebih lagi mereka diusia remaja,
cinta itu satu kenikmatan dunia bagi mereka,
kerana cinta pengubat segala duka,
namun mereka lupa, dunia ini sementara
yang abadi nun disana iaitu Syurga dan Neraka...~

Tak salah mencari cinta manusia,
tapi pastikan cinta pada yang Esa sudah ada bersama,
Tak salah menikmati dunia,
tapi pastikan akhirat ada bersama..~

Cinta dan nikmat dunia biarlah didahului dengan amal ibadat kita pada yang Esa,
tak lupa sama tanggungjawab kita kepada perjuangan Agama...
"Ya Allah tetapkanlah Hati kami di atas AGAMA-Mu dan Ketaatan-Mu"
-AkuIslam.com




Saturday, November 26, 2011

Andai belum sampai jodohmu,mu,mu dan mu:)

credit: pdh


Andai belum sampai jodohmu
Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinan
Bagi memimpin dirimu
Kerana pada wanita itu
Pasti ada kekurangan dan
Lelaki yang benar-benar layak
Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…

Thursday, November 24, 2011

Kenapa Ramai Orang Menyampah Dengan Blogger?



Ampa semua perasan tak??Kalau orang yang maen blog,orang akan panggil blogger.Tapi napa orang yang maen facebook tak dipanggil facebooker atau yang maen tweeter plak orang tak panggil tweetterler.Napa ah??Napa tak puas hati ah??

Sebenarnya ramai orang yang tak suka dengan certain-certain blogger ni.Kadang-kadang aku pun tak suka dengan certain-certain blogger ni.

Jenis suka forward artikel dari emel  
Ada blogger-blogger yang suka forward benda dari emel.Contoh paling ketara bila dia terima maklumat makanan halal-haram.Tanpa bukti,terus terbit entri.Padahal tak selidik dulu.Betul ke tak.

Aku pun pelik,napa la ramai sangat senang percaya.Kalu betul takpa.Ni ada yang salah.At least,buat la kaji selidik sikit,cari info sikit,tanya pendapat orang laen sikit.Baru buat entri.=)

Kadang-kadang,kita perlu pertikai jugak sesuatu isu samaada betul atau salah.
So,sapa yang tak menyampah kalau blogger suka tulis maklumat palsu.



Sindir dan update kat blog bila tak puas hati
Ada blogger yang suka update entri semata-mata nak maki-hamun,sindir-sindir member.
"Semalam i gadoh-gadoh ngan minah tu u oullls.Die nak rampas bf i taw.Last-last die kalah.Padan muke die."

Camna kalau minah yang kau gaduh tadi baca??Pastu minah tu plak ada blog.Dia plak buat entri maki-hamun.
Blog plak tak di-private-kan.Ramai orang baca.So,apa yang readers akan bagi feedback?

"All the bloggers are rubbish.Takda faedah diorang buat blog"

Dan kalau boleh,jangan sikit-sikit suka masukkan dalam blog.

Tajuk entri 1"hey,tadi i makan ice-cream dengan cuyunk"

selang 5minit,entri 2 plak"Cuyunk ku sporting,maen suap-suap ice-cream"

Tak ke menyampah kalau orang laen baca.


Blogger yang pentingkan publisiti
Ni satu lagi yang paling aku benci.Orang laen pun sama gak kot.Tajuk entri macam gempak,bnyak maklumat.Lepas bukak,macam rubbish.


Contoh tajuk entri " Kerja kosong untuk diisi".Pastu bila buka,pendek gila entri.Pendek okey lagi,tapi rupa-rupanya dia tulis,"Aku tak tahu la macam mana nak cari kerja,sapa yang ada kerja kosong??Aku nak kerja"

Apa yang orang akan rasa?Padahal orang yang nak cari kerja,bagi harapan gila nak baca.Last-last dapat baca yang tu ja.

Ataupun tajuk"Cara nak guna Photoshop".Orang yang nak belajar,memang semangat nak baca.Last-last blogger tu pulak yang tanya "Macam mana ek nak guna photoshop?"

Siapa yang suka baca blog yang bagi harapan semata-mata??Tapi output macam sampah.Bertambah sakit hati la reader.Nak kejar traffic semata-mata.shame on you!!

Entri blog yang superb lucah
Yang ni paling banyak aku jumpa.Banyak entri-entri yang ditulis hanya nak menarik perhatian orang.Ramai orang benci blog macam ni.Err...ya kot.Tak pasti=)Tapi seriously aku hairan,napa orang suka sangat buat entri pasal ni?Dah takda idea?

Dan  antara punca utama napa ramai orang tak suka blogger ialah sebab berlainan pendapat.Mungkin.Contoh yang paling ketara bila baca blog yang berunsurkan politik.Parti ni cakap dia betul,parti nu cakap parti ni salah.Masing-masing bagi pendapat through blog.Bila penyokong parti A baca blog penyokong parti B,sure masing-masing have their own different & opinion.

Orang tu marah orang ni,orang ni marah orang tu.So,bila nak habis???

Moral of the story,jangan biarkan orang laen bencikan blogger=)woooha!!

Tuesday, November 22, 2011

Kisah Dakwah Si Anak Kecil:)


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia...



Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.




Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.

Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.

Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.

Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!

Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.

"(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh." [Aal 'Imraan 3: 45-46]


credit :jumpa kat fb

Sunday, November 20, 2011

Lets pictures say everything:)

Location : Taman Pertanian,Bukit Cahaya Sri Alam,Shah Alam.
Date : 20112011
Time : 8.00 am















Bye:)

Friday, November 18, 2011

Ibu:)

Saturday, November 12, 2011

1..2..3..Senyum=)


Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa,
mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata.

Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa,marah,sedih,merana,gembira,sayang dan  rindu.
Namun,mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah,biarpun hadirnya hanya seketika dan meninggalkan luka,bersyukurlah dgn kehadirannya kerana dengannya kita belajar erti kasih sayang=)

nota kaki : senyum,tak perlu kata apa-apa=)

Wednesday, November 2, 2011

Bagiku,Cinta Tak Perlukan Sebab:)


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
♥Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang..
♥Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.
♥Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu!
♥Isteri : Abang tidak  dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya.

Isi surat tersebut :
“Sayangku..
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat  mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati

Sayang … aku sayang kamu …
kamu yang  menumbuhkan cintaku..
kamu  yang memberikan kebahagiaan untuk ku..
kamu  yang memberikan senyum untuk ku..
kamu yang ditakdirkan bersama ku,,,
Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu,
Aku sangat merindukanmu…
credit to : AkuIslam 

Monday, October 31, 2011

Sejuk Mata Tengok:)

pict dari : Doodle Dakwah

nota kaki : sungguh,
                 seindah hiasan adalah wanita solehah:)

Tuesday, October 25, 2011

Nota untuk future wife=)ehem....~•♥•~




~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi pendamping buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemangkin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana..
Aku hanya mengharapkan seorang isteri yang solehah dalam rumah tanggaku
Yang boleh selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya jika aku tersesat
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, amiin ~♥~
 

nota kaki : entri ni aku ambik kat blog member aku.Aku ubah sikit.
nota kaki lagi : bulan 12 neh sorang member kg aku dah nak kawen.aku??lambat lagiii.hehe
lagi nota kaki: aku ada suka kat sorang tu.Tapi dia tak taw.Harap2 dia tak baca blog aku=)kih3

Thursday, October 20, 2011

Bila lelaki peluk lelaki

Picture nie aku ambek dari Doodle Dakwah :




Kepelikan yang sering berlaku dalam masyarakat Islam kita.Kalau perempuan peluk ngan lelaki yang bukan mahram,pegang-pegang tangan tak pelik pulak.Haii,dunia-dunia..

Semoga kita semua terlindung dari segala perkara-perkara yang mungkar.Amin:)

p/s : peringatan untuk semua dan diri sendiri jugak.

Mungkin entri lama yang aku buat dulu ada sangkut-paut kot : Boleh saya pegang awak tak??

Tuesday, October 11, 2011

Cintan cintun jiwang karat=)




Entri ni sesuai untuk kengkawan yang sudah atau sedang putus cinta..
Peewitt,dont worry,be happy...

Kadang-kadang memang kita akan rasa menyesal ataupun kecewa,tetapi ingat....

♥kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah  ♥

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

p/s: aku pernah jatuh cinta dan putus cinta sekali.Pengalaman mengajar kita ke hadapan=)hehehe...masih muda der...chill bebeh^_^

nota kaki: gagal sekali bukan bermaksud gagal selamanya...hehe

nota kaki lagi:orang cakap cinta lepas kahwin lagi best.lagi manis.kih3