Saturday, April 2, 2011

Cinta,Jiwang,Sedih-->Tolong jangan baca kalo takda tisu<-- =)


Sebelum baca,tolong play muzik ni untuk lebih syahdu^_^

**********
Aku telah mengembara,mengembara dan terus mengembara...
untuk mencari CINTA,
akhirnya aku berjumpa,
mengenali dia yang semanis itu membuat aku terpaku,termalu
dia begitu manis,dia begitu ayu,solehah
kali pertama bertemu dia,hati aku terus terpaut,
itulah kebenarannya.

hari bertemu hari,
bulan bertemu bulan,
tahun bertemu tahun,
masa berjalan begitu cepat

Tapi akhirnya, bila dia telah memiliki CINTA aku,
 Dia mencampakkannya jauh ke dasar gunung berapi yang tidak mampu aku gapai,

Jadi, selama ini siapa aku di hati dia?

Siapa yang memujuk aku untuk membuka pintu hati?
Siapa yang mengajar aku bahawa CINTA itu memerlukan pengorbanan?


Melangkah pergi meninggalkan dia, telah mengambil seluruh kekuatan yang aku ada..
Jangan anggap aku tinggalkan dia kerana aku bencikan dia..

Seseorang telah berkata,
“If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, than that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place.."

Kerana aku mencintai dialah aku melangkah pergi, demi kebahagiaan dia,
 Aku doakan supaya suatu hari nanti dia akan temui apa yang dia cari,
Supaya suatu hari nanti dia akan memahami apa erti CINTA yang sebenar,
Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
  Aku tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan aku tidak akan pernah mempersoalkannya,
Aku juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali dia,
Aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan aku..




 
"sungguh. tidak ada lagi cinta buatmu. saat ini. 
maka,
tinggalkan aku. aku tidak mampu memberi sesuatu yang tidak ada pada aku.
aku mohon kau pergi jauh. 
kerana aku benci cinta. saat ini. 
terlalu.
yang paling dalam di sudut hati. membenci.
kau jangan berpaling. terus pergi jauh.
& kerana sesungguhnya ALLAH mengetahui perkara yang tidak kamu ketahui."

Kerana CINTA itu tak semestinya memiliki...
Kerana CINTA itu ikhlas & penuh kasih syg...

18 comments:

Aiman Ariffin said...

I can understand how u feel because I'm going thru the same thing. Its gonna be a rough road after this, just pull all yourself together and wait for the storm fade away and everything will be okay. The only answer for you right now is TIME.

Kamil Kahar said...

this is the white side of your feeling...just let her go...

but in another dark side...u feel u want to get revenge...

membiarkannya atau membalas dendam padanya...adalah 2 perbuatan yg membawa kpd penyelesaian yg berbeza...

Budak Kampung said...

aiman: hehe..but this was an old story bout me,just refresh it again^_^tetiba mood jiwang muncul.ahaha

kamil:ehe..yup,good answer.nway,this is life..rite??
experience sure do the best teacher.Bila tua nnti,mesti gelak golek2 tringat crita dlu2.haha

farah wahedda said...

Aduhh jiwangnyee..suke2 ^_^

ATikah Mustapa said...

jika kita inginkan kebahagiaannya, biarlah dia bahagia dengan pilihannya.

jika kita inginkan kebebasannya, bebaskan dia untuk memilih pilihannya.

jika kita kehilangannya, ingatlah...ALLAH akan sentiasa memberikan yang baru kepada kita..yang lebih baik...yang lebih sempurna..insyaallah..

Bidadari Syurga said...

huuurmmmm... kenangan yg menyakitkan ke?

Budak Kampung said...

farah wahedda : haha.jiwang la sgt

atikah mustapa: yup,memang betol..

cik bidadari: ehe,xla..nak kata menyakitkan,xjugak..ada gak manis^_^

PiJiEpY! said...

yup..my ex..he told me..to find the real LOVE..hope dia bahagia skrang..sgt menyedihkan ok bila ditinggalkan,my first love....argghhh...
ok...done with my comment..hahaha..:)

point sebenarya xmo sedih..

Budak Kampung said...

pijiepy! : ahaha..chill sudaah.tu experience ja tuh kan..bla dh brkluarga nnti,cuba ingat balek.sure sweet..hehe

Annisa said...

chill ^_^ cinta dengan Allah, baru dapat jumpa kemanisan cinta tu ^_^"

Budak Kampung said...

khairunnisa :yup,totally agree~peace.haha

adrenalina said...

bersabarlah dan yakinlah..ALLAH sayang hamba2NYA.setiap yg terjadi ada hikmahnya...

neslO_ais said...

uihh..sabar deh..smile selalu :D

Budak Kampung said...

adrenalina : yup,somethng happen 4 a reason^_^

neslo_ais: haha,yup,smile sopmo=)

^pasu bunga^ said...

^_^ cinta itu menyakitkan
**pasangan tak call seharian dah risau bagai nak rak**

lebih sakit bila ditinggalkan >_<
**rasa macam nak terkeluar organ dalaman bila putus cinta**

tapi..kalau tak pernah kecewa kita takkan pernah belajar..

(",) errr...masih wujud lagi ke cinta sejati zaman skang ni?

Budak Kampung said...

huh,nk trkeluar organ dlman??wah btol2 sakit tu..haha
cinta sjati??ntah~^_^

Mutiara Bernilai said...

*tersenyum*

ms tengok2 muvee KCB, air mata mngalir ms ayatul husna bc puisi tu..

insyaAllah, cinta sejati akan dtg mencari kamu.. :)

Anonymous said...

bkn ke dh ada entry ni before??kn2??
jwpn plg waras :
enche fadhilur msuk memory lane..huihui..
kisah nye skrg ni..jdk kawan ke??