Thursday, November 4, 2010

Renung2kan Okey!!

Suatu hari,Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu bertanya (Teka-Teki):

Imam Ghazali : Apakah yg paling dekat dengan diri kita di dunia ini??
Murid 1 : Orang Tua
Murid 2 :Guru
Murid 3:  Teman
Murid 4 : Kaum kerabat

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati-Surah Ali Imran: 185)

Imam Ghazali :Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini ??
Murid 1 : Negeri China
Murid 2 :Bulan
Murid 3:  Matahari
Murid 4 : Bintang-bintang

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling benar ialah MASA LALU.Bagaimanapun kita,apa pun kenderaan kita,Tetap kita tidak akan kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran agama.

Imam Ghazali :Apa yang paling besar di dunia ini ??

Murid 1 : Gunung Murid 2 :Matahari
Murid 3:  Bumi

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar,tapi yang besar sekali ialah HAWA NAFSU.(Surah Al A'raf:179)Maka kita harus berhati-hati dengan hawa nafsu kita.Jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali :Apa yang paling berat di dunia ??

Murid 1 : Baja Murid 2 : Besi
Murid 3:  Gajah

Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar,tapi yang berat sekali ialah MEMEGANG AMANAH.(Surah Al-Azab : 72) Tumbuh-tumbuhan,binatang,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T. sehingga banyak masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


Imam Ghazali :Apa yang paling ringan di dunia ??
Murid 1 : Kapas Murid 2 : Angin
Murid 3: Debu
Murid 4 : Daun-daun

Imam Ghazali : Semua jawapan kamu itu benar,tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali :Apa yang paling tajam sekali di dunia ??

Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar tetapi yang paling tajam  sekali di dunia adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah,manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


p/s:Sampaikanlah Walaupun Satu Ayat~
credit to Lecturer yg tampal maklumat neh kat luar bilik^_^

Thank You Allah

2 comments: