Tuesday, June 14, 2011

No Love No Cry


Tangisan dan air mata selalu sinonim dan seirama. Agak lucu jika menangis tanpa air mata, tangisan dan air mata ibarat sebuah sebab akibat.
mengapa no love no cry?

Cinta selalu sinonim dengan kelembutan hati setiap manusia, takkan pernah dapat menangis seorang manusia yang hatinya sentiasa diliputi dengan amarah, benci, dendam. kelembutan hati akan membawa pada sebuah suasana hati yang penuh empati, mudah tersentuh.


Maka tanyalah pada orang-orang yang sedang mencinta, mengapa mereka begitu mudah menitiskan air mata? Menitikkan air mata untuk sesuatu yang mereka cintai, kerana sedang disakiti oleh yang mereka cintai, atau sekadar bentuk pengharapan yang ditujukan kepada yang mereka cintai. Tidak lain dan tidak bukan adalah ketika telah mencintai, akan ada pautan dan jambatan hati, kepada sesuatu tersebut, sehingga pada suatu tahap telah menjadikan sesuatu tersebut tempat bergantung. 
Semua bermodalkan cinta.

Menangis, boleh jadi menjadi jalan terakhir yang ditempuh, ketika badai kepahitan dan kesusahan yang teramat sedang melanda. Jika tak ada “tempat” untuk menuangkan beban yang menyesakkan dada, menangis dapat jadi alternatif. Menangislah, jika harus menangis.


Jika dengan menangis akan terbuang semua beban yang menerpa hati dan perasaan. Menangislah jika dengan menangis kamu akan bahagia. Menangislah jika dengan menangis akan mampu menikmati betapa manisnya  hidup manusia menempuh cubaan dan ujian Allah.

Menangislah.. Dan sila renungi untuk siapa tangisanmu? Adakah untuk seorang manusia yang takkan pernah kekal abadi rasa cintanya, untuk manusia yang selalu  membuatkan hati  kecewa. Dan renungilah untuk siapa bentuk segala cinta dan tangisanmu?

Jika jawapanmu cinta dan tangisanmu untuk Zat yang kekal abadi yang sentiasa mencurahkan Rahmat dan kasih sayangNya pada manusia, maka amat beruntunglah kamu. Jika tangisan untuk dosa yang telah dilakukan, semoga di ampuni dan Jika tangisan takut akan api neraka, amat beruntunglah kamu.






credit to : Paradigma Mukmin

9 comments:

hana said...

setiap titis air mata yang jatuh kerana takutkan Allah dpt menghindarkan kita dari api neraka..:)

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

sy sush nak menangis...mcm mana tuh...keras kepala kot sy nih.. ;p

intan.maisarah said...

alangkah indahnya jika tangisan itu menitis dikala malam yang sunyi
menitis kerana mengenangkan dosa lalu
dan rindukan belaian dari Ilahi

Unknown said...

sangt indah jika lepas kita solat dan meanngis seta meratapi setiap dosa yg pernah kita lakukan tetapi amat malang jika kita benangis untuk duniawi

Bidadari Syurga said...

dulu seringkali manangis untuk manusia yg kejam... skang better menangis untuk allah swt.... lagi indah dri segala2nya

mjviewpic.. said...

mohon share..tq..=)

Bunga said...

bunga senang nangis..


nangis pun jangan keterlaluan..

syafiqa said...

nice.

tapi jika menangis kerana cinta
sumpah ia nya sia sia.

bila blog bercerita said...

nangis....xperlu kata apa2...
ahahhhahah....
airmata sgt mahal hargenye...
usah sia2kan utk mreke yg xpnah nak hargai dri kitew..