Monday, November 28, 2011

Cinta Remaja





Manusia sering mendambakan cinta,

lebih-lebih lagi mereka diusia remaja,
cinta itu satu kenikmatan dunia bagi mereka,
kerana cinta pengubat segala duka,
namun mereka lupa, dunia ini sementara
yang abadi nun disana iaitu Syurga dan Neraka...~

Tak salah mencari cinta manusia,
tapi pastikan cinta pada yang Esa sudah ada bersama,
Tak salah menikmati dunia,
tapi pastikan akhirat ada bersama..~

Cinta dan nikmat dunia biarlah didahului dengan amal ibadat kita pada yang Esa,
tak lupa sama tanggungjawab kita kepada perjuangan Agama...
"Ya Allah tetapkanlah Hati kami di atas AGAMA-Mu dan Ketaatan-Mu"
-AkuIslam.com




Saturday, November 26, 2011

Andai belum sampai jodohmu,mu,mu dan mu:)

credit: pdh


Andai belum sampai jodohmu
Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinan
Bagi memimpin dirimu
Kerana pada wanita itu
Pasti ada kekurangan dan
Lelaki yang benar-benar layak
Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu…

Thursday, November 24, 2011

Kenapa Ramai Orang Menyampah Dengan Blogger?



Ampa semua perasan tak??Kalau orang yang maen blog,orang akan panggil blogger.Tapi napa orang yang maen facebook tak dipanggil facebooker atau yang maen tweeter plak orang tak panggil tweetterler.Napa ah??Napa tak puas hati ah??

Sebenarnya ramai orang yang tak suka dengan certain-certain blogger ni.Kadang-kadang aku pun tak suka dengan certain-certain blogger ni.

Jenis suka forward artikel dari emel  
Ada blogger-blogger yang suka forward benda dari emel.Contoh paling ketara bila dia terima maklumat makanan halal-haram.Tanpa bukti,terus terbit entri.Padahal tak selidik dulu.Betul ke tak.

Aku pun pelik,napa la ramai sangat senang percaya.Kalu betul takpa.Ni ada yang salah.At least,buat la kaji selidik sikit,cari info sikit,tanya pendapat orang laen sikit.Baru buat entri.=)

Kadang-kadang,kita perlu pertikai jugak sesuatu isu samaada betul atau salah.
So,sapa yang tak menyampah kalau blogger suka tulis maklumat palsu.



Sindir dan update kat blog bila tak puas hati
Ada blogger yang suka update entri semata-mata nak maki-hamun,sindir-sindir member.
"Semalam i gadoh-gadoh ngan minah tu u oullls.Die nak rampas bf i taw.Last-last die kalah.Padan muke die."

Camna kalau minah yang kau gaduh tadi baca??Pastu minah tu plak ada blog.Dia plak buat entri maki-hamun.
Blog plak tak di-private-kan.Ramai orang baca.So,apa yang readers akan bagi feedback?

"All the bloggers are rubbish.Takda faedah diorang buat blog"

Dan kalau boleh,jangan sikit-sikit suka masukkan dalam blog.

Tajuk entri 1"hey,tadi i makan ice-cream dengan cuyunk"

selang 5minit,entri 2 plak"Cuyunk ku sporting,maen suap-suap ice-cream"

Tak ke menyampah kalau orang laen baca.


Blogger yang pentingkan publisiti
Ni satu lagi yang paling aku benci.Orang laen pun sama gak kot.Tajuk entri macam gempak,bnyak maklumat.Lepas bukak,macam rubbish.


Contoh tajuk entri " Kerja kosong untuk diisi".Pastu bila buka,pendek gila entri.Pendek okey lagi,tapi rupa-rupanya dia tulis,"Aku tak tahu la macam mana nak cari kerja,sapa yang ada kerja kosong??Aku nak kerja"

Apa yang orang akan rasa?Padahal orang yang nak cari kerja,bagi harapan gila nak baca.Last-last dapat baca yang tu ja.

Ataupun tajuk"Cara nak guna Photoshop".Orang yang nak belajar,memang semangat nak baca.Last-last blogger tu pulak yang tanya "Macam mana ek nak guna photoshop?"

Siapa yang suka baca blog yang bagi harapan semata-mata??Tapi output macam sampah.Bertambah sakit hati la reader.Nak kejar traffic semata-mata.shame on you!!

Entri blog yang superb lucah
Yang ni paling banyak aku jumpa.Banyak entri-entri yang ditulis hanya nak menarik perhatian orang.Ramai orang benci blog macam ni.Err...ya kot.Tak pasti=)Tapi seriously aku hairan,napa orang suka sangat buat entri pasal ni?Dah takda idea?

Dan  antara punca utama napa ramai orang tak suka blogger ialah sebab berlainan pendapat.Mungkin.Contoh yang paling ketara bila baca blog yang berunsurkan politik.Parti ni cakap dia betul,parti nu cakap parti ni salah.Masing-masing bagi pendapat through blog.Bila penyokong parti A baca blog penyokong parti B,sure masing-masing have their own different & opinion.

Orang tu marah orang ni,orang ni marah orang tu.So,bila nak habis???

Moral of the story,jangan biarkan orang laen bencikan blogger=)woooha!!

Tuesday, November 22, 2011

Kisah Dakwah Si Anak Kecil:)


Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia...



Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.

“Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”

“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”

“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”

Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.

“Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”

“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.




Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.

Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan.

Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.

Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an.

Mukanya suram dan sedih.

“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.

Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.

Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah
perempuan separuh umur itu.

“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher.

Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.

“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”.

“Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.

“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.

Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”

Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR!

Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.

"(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di Dunia dan di Akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah). Dan ia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa ia masih kecil dalam buaian, dan semasa ia dewasa, dan ia adalah daripada orang-orang yang soleh." [Aal 'Imraan 3: 45-46]


credit :jumpa kat fb

Sunday, November 20, 2011

Lets pictures say everything:)

Location : Taman Pertanian,Bukit Cahaya Sri Alam,Shah Alam.
Date : 20112011
Time : 8.00 am















Bye:)

Friday, November 18, 2011

Ibu:)

Saturday, November 12, 2011

1..2..3..Senyum=)


Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa,
mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata.

Sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa,marah,sedih,merana,gembira,sayang dan  rindu.
Namun,mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah,biarpun hadirnya hanya seketika dan meninggalkan luka,bersyukurlah dgn kehadirannya kerana dengannya kita belajar erti kasih sayang=)

nota kaki : senyum,tak perlu kata apa-apa=)

Wednesday, November 2, 2011

Bagiku,Cinta Tak Perlukan Sebab:)


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri bersiar – siar di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
♥Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
♥Suami : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai kamu sayang..
♥Isteri : Abang tidak dapat menjelaskan sebabnya? Bagaimana abang boleh kata abang sayang dan cinta saya sedangkan abang tidak dapat menjelaskannya.
♥Suami : Betul! Abang tidak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan kamu!
♥Isteri : Abang tidak  dapat beri bukti! Tidak! Saya ingin abang jelaskan kepada saya sebabnya. Kawan- kawan saya yang lain yang mempunyai suami, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun sayang abang tak dapat menjelaskan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata “Baiklah! abang mencintai kamu sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan memberi perhatian kepada abang selalu. Abang juga suka senyuman manis dan setiap tapak sayang melangkah, di situlah cinta abang bersama kamu”
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penjelasan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya.

Isi surat tersebut :
“Sayangku..
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang dapatkan engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan perhatian mu aku mencintai mu… sekarang dapatkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang dapatkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak dapat  mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak.
Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati

Sayang … aku sayang kamu …
kamu yang  menumbuhkan cintaku..
kamu  yang memberikan kebahagiaan untuk ku..
kamu  yang memberikan senyum untuk ku..
kamu yang ditakdirkan bersama ku,,,
Sayang .. bangunlah dari tidur panjangmu,
Aku sangat merindukanmu…
credit to : AkuIslam