Friday, November 23, 2012

Cinta sebelum kahwin.Aku jawab??

sumber pict : here


"adi. ce tulis opinion ang pasal cinta sebelum kahwin or lpas khwin. kait ngan perlu k cinta lame2.ek ek"


                          ***

Aku dapat meseg DM kat twitter ni daripada member aku.Actually,aku tak pandai sangat bab-bab cinta ni.Aku hanya bagi pandangan aku ja.Memandangkan umur pun dah 23 tahun untuk tahun ni,ditambah pulak ramai rakan seperjuangan yang telah dan tidak kurang juga yang akan menamatkan zaman bujang mereka,aku rasa boleh la kot skali-skala aku post pasal cintan-cintun ni.ewaah..

Angin sepoi-sepoi bahasa,aku duduk makan biskut memerhatikan dari luar tingkap, pokok bergoyang keriangan,burung-burung duduk merayap berdua-duaan di ranting pokok sambil berkongsi epal busuk  kemerahan.


*kriiikk-kriiikk*

Bunyi burung betina.Mungkin menandakan seronok makan bersama.Mungkin sudah jatuh cinta dengan burung jantan barangkali.Cinta,cinta dan cinta.


Cinta.Perkataan cinta ni agak abstract .Komplek . Pelik. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta material dan sebagainya.Yang member aku tanya ni opkos la cinta antara lelaki dan perempuan,teruna dan dara atau perumpamaan kumbang dan bunga. Aku tau dah maksud hang!!



"Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama Islam. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?
Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.
Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!"
******
Dalam nak bercinta,cintalah ke arah nak kahwin.Jangan cinta couple memain:) 
*****
*kriiiikkkk-kriiik*
Burung betina tadi yang kekenyangan terus terbang meninggalkan burung jantan.Oh dunia!!Habis sepah,madu dibuang:)
Akan bersambung...
Cinta selepas kahwin.Aku jawab?Tungguuuuu...



5 comments:

Pinopinokiyo said...

habis madu sepah dibuang la encik adi..haha

Fara Ada said...

aa terbalik sikit kt situ hehe xpe2 agp je typo...nt betulkn...haha thanks follow sy..follow u back.. :)

Budak Kampung said...

nak tengok pembaca alert atau tak:)eheh

misz aisya said...

tp, bukan sng utk kita betul2 jage diri bile dah dilamun cinta. sbb tu tgok skunk ni, bila kaple je harus salam cium tgn, peluk2 manja, cuit hidung dagu. bkn senang nk jage..

wlaupon niat utk brkahwin, tp sedikit trcemar.

aku xreject pon cinta sblum kahwin. tp aku lebih hrpkan peluang brcinta slps kahwin. :)

Zinedine Zaiddin said...

Ha, bila nak jawab ni?

Hahah

From: Bila Karipap Boleh Bercakap