Saturday, July 9, 2011

Entri santai : Make-up Tebal-Tebal Cun?


Kelmarin aku ada buat keja part-time kat hospital.Kena keja dari pagi sampai la ke petang.Masa aku keja tu,aku ada la terserempak dengan sorang awek ni.Kerja kat hospital tu.Staff nurse yang on the way nak p makan kat cafe.Muda lagi.Baru keja lepas abes study kot.Umo dalam 20-an.Cun.Comel.Pipi merah,bibir nipis,putih gebu,muka manis.Huh,cair aku… Well,disebabkan aku dan kawan aku terdiri daripada lelaki yang baik-baik,setia and tak suka gatal-gatal,kami pun buat-buat tak peduli la kat awek nurse tu dan sambung keja kami balek=)

pakcik google bagi

And then 15 minit selepas tu,aku pegi la kat cafe hospital nak beli minuman.Aku buat-buat dahaga nak beli air.(dengan harapan jumpa gurl tu)…Tapi takda rezeki.Dalam cafĂ© tu,aku terjumpa pulak dengan sorang awek ni.Seyesli make-up tebal nak mampus.Aku rasa dia pakai bedak sampai 1inci tebal kot.hehe(aku bukan kutuk,tapi reality.Jangan salahkan aku.haha)Rambut pulak berkarat macam mandi guna air lombong,pakai seluar jeans skinny,baju plak nampak bentuk badan…Opps,aku tak tengok ok.



Hey gurls semua,make-up tebal-tebal cun ek???eeewwww,pehhhlisss laa.Tak lawa langsung.Kan natural beauty lagi lawa.Kan3??(sila angkat tangan tanda setuju)Nak make-up skit-skit tu tak kisah la kan.Jangan la lebih-lebih sangat.Hudoh aiiiihh.haha

And dalam banyak-banyak part yang gurl make-up,aku paling tak suka kalau make-up kat bahagian mata.Bukan ja letak colour ala bagai atas mata, tambah pulak cukur bulu kening.Eeeeeuuuwww…Hudoh abessss…


Come on la..Tak salah kalau make-up ni.Tapi jangan over sangat.Biar elok luaran seiring dengan sifat dalaman=)

p/s : Tak payah la cukor bulu kening,banyak lagi bulu-bulu yang boleh ampa cukur.Bulu ketiak sebagai contoh=)
Ni hanya pendapat aku.kih3

Friday, June 24, 2011

Aku Ingin Mencintai Dengan Sebenar-Benar Cinta


Ya Allah, betapa aku malu atas apa yang telah engkau berikan sebagai manusia, segala khilaf tertuju padaku, sungguh tidak ada apa-apa pada diriku yang kecil ini.

Terlena, sungguh aku sering terlena pada pesona nafsu dunia dan diri. Aku ingin kembali, tertunduk pilu dalam sujud syukur kembali pada cahayaMu..


Ya Rabbi, menghamba padaMu adalah tujuan akhir penantianku, setiap degupan yang berdetak kerana Izin KuasaMu. Setiap langkah yang tak putus beriring dengan Asmamu Ya Rabbi.

Segala keluh kesah hanya tercurah padaMu, tidak akan berkat langkahku tanpa redha Mu Ya Rahman. Cahaya Mu, cahaya dalam sepi hidup menjadi senyum ikhlas yang tak putus pada Rahmat Mu,  melahirkan kembali kepada fitrah yang suci dengan  Selawat yang menggema pada jagat raya Mu.


Dalam sepi, aku sering hilang, tidak mengingati Mu, namun Engkau tetap menjagaku dalam nikmatnya nafas yang ku hembus dalam raga, tak putus-putus Engkau mengingatkanku dan Halusnya Peringatan Mu. Tidak  Engkau terus memberikanku hukuman, walaupun betapa kuasanya diriMu Ya Robbi.

Sujud yang mengalun merdu dalam sepertiga malam membuat terhanyut dalam ribuan titisan air mata taubat.. Sebiji zarrah pun dihitung baik kebaikan dan keburukan.. Berkatilah kami ya Rabbi..

“aku ingin mencintaiMu setulusnya sebenar-benar aku cinta dalam doa, dalam ucapan, dalam setiap langkahku, aku ingin mendekatiMu selamanya sehina bagaimanapun diriku, kuberharap untuk bertemu denganMu ya Rabbi.. .. “




credit to : Paradigma Mukmin

Tuesday, June 14, 2011

No Love No Cry


Tangisan dan air mata selalu sinonim dan seirama. Agak lucu jika menangis tanpa air mata, tangisan dan air mata ibarat sebuah sebab akibat.
mengapa no love no cry?

Cinta selalu sinonim dengan kelembutan hati setiap manusia, takkan pernah dapat menangis seorang manusia yang hatinya sentiasa diliputi dengan amarah, benci, dendam. kelembutan hati akan membawa pada sebuah suasana hati yang penuh empati, mudah tersentuh.


Maka tanyalah pada orang-orang yang sedang mencinta, mengapa mereka begitu mudah menitiskan air mata? Menitikkan air mata untuk sesuatu yang mereka cintai, kerana sedang disakiti oleh yang mereka cintai, atau sekadar bentuk pengharapan yang ditujukan kepada yang mereka cintai. Tidak lain dan tidak bukan adalah ketika telah mencintai, akan ada pautan dan jambatan hati, kepada sesuatu tersebut, sehingga pada suatu tahap telah menjadikan sesuatu tersebut tempat bergantung. 
Semua bermodalkan cinta.

Menangis, boleh jadi menjadi jalan terakhir yang ditempuh, ketika badai kepahitan dan kesusahan yang teramat sedang melanda. Jika tak ada “tempat” untuk menuangkan beban yang menyesakkan dada, menangis dapat jadi alternatif. Menangislah, jika harus menangis.


Jika dengan menangis akan terbuang semua beban yang menerpa hati dan perasaan. Menangislah jika dengan menangis kamu akan bahagia. Menangislah jika dengan menangis akan mampu menikmati betapa manisnya  hidup manusia menempuh cubaan dan ujian Allah.

Menangislah.. Dan sila renungi untuk siapa tangisanmu? Adakah untuk seorang manusia yang takkan pernah kekal abadi rasa cintanya, untuk manusia yang selalu  membuatkan hati  kecewa. Dan renungilah untuk siapa bentuk segala cinta dan tangisanmu?

Jika jawapanmu cinta dan tangisanmu untuk Zat yang kekal abadi yang sentiasa mencurahkan Rahmat dan kasih sayangNya pada manusia, maka amat beruntunglah kamu. Jika tangisan untuk dosa yang telah dilakukan, semoga di ampuni dan Jika tangisan takut akan api neraka, amat beruntunglah kamu.






credit to : Paradigma Mukmin