Monday, August 8, 2011

Aku & Dia Dah Putus...=(


Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai lelaki belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”
“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta perempuan.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta perempuan.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”
“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa perempuan yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”
“perempuan?cinta?”
“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”
“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”
“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)


p/s :  Semoga bermanfaat :)
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….


credit to : paradigma mukmin

10 comments:

Miss Red said...

yup..jodoh 2 kan satu pencarian yang panjang....jodoh juga rahsia Allah..so sama2 la kiter berdoa agar dipertemukan dengn jodoh pilihan Allah yang tlh diciptakan untuk dari awal lagi..:) peace

:: Mrs.Eady :: said...

ketentuan ilahi walaupun kiter dah jenuh merancang nyer :)

Fathin Fazila Razali said...

alhandulillah.. thnks for the entri... sm mcm zyla.. tba2 putus.. tapi zyla redha, zyla terima sbb sekaang zyla tahu kenapa kami dipisahkan...sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbai utk kita

nurul said...

-)

Mawar berduri said...

mungkin kita rs itu yg terbaik utk kita,tp sbnrnya x .. allah maha Bijaksana dlm mengatur perancangn hamba2Nya,jln menuju ke syurga x seindah mawar mewangi melainkan ditaburi dgn onak dn duri.. moga cinta allah mnjadi pilihan terakhir ^_~

NiKI Raza said...

thats y i xske love.. haha!

Bidadari Syurga said...

satu aja untuk adik.... allah swt merencanakan sesuatu yang indah untuk adik...

nikraihanah said...

first time baca blog neh...entri yg sngt bagus...

Wanita2u said...

Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.

http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

intan.maisarah said...

huraian , cerita yang menarik untuk dikongsi :)
terima kasih