Monday, April 16, 2012

Menu Peberet:Telur Rebus Air Kencing:)

Virgin eggs~teloq anak teruna:)haha

Pernah makan teloq rebuih?Pernah makan teloq rebuih ayaq kencing??
Dalam bahasa omputehnya disebut "virgin egg".Mai ceq nak ceghita noo...


Actually resepi teloq rebuih ni merupakan satu menu yang amat popular di kalangan penduduk Zheijiang,China yang kononnya mempunyai pelbagai khasiat.Bukan calang-calang ayang kencing yang digunakan.Depa hanya menggunakan ayaq kencing budak lelaki sahaja untuk rebus teloq ayam ni.Kira special la.Ianya dikatakan sudah dihasilkan di pekan Dongyang,China sejak tahun 1800-an lagi.Teloq rebuih ni sudah diiktiraf  sebagai warisan rasmi pekan di situ.


Kebanyakkan ayaq-ayaq kencing ni diperoleh di sekolah-sekolah dimana disediakan bekas-bekas kat dalam tandas atau kaki lima sekolah.Bila nak kencing ja,budak-budak lelaki bleh shuuuuu terus.Haha.Tak perlu nak beratur dalam toilet dah:)

Pliss..Jangan usha aku kencing pliss..
Lepas dikumpulkan semua ayaq kencing,teloq tadi akan direbus dengan ayaq kencing tersebut.Tu lah ramuan nya yang membuat kan telur ni dikatakan 'sedap' dan 'special'.

Lepas campuq dengan ayaq kencing,bleh la rebus:)Tak sabar nak tunggu..
Huh aroma,tak tahan pakcik!!Bila nak masak nie..
And lastly,siap!!!Tadaa...


Warna telur ni mengancam jugak.Kalau sapa nak try,bleh laa.kah3

Dikatakan teloq ni mempunyai bau yang agak 'wangi' dan lebih 'menyelerakan' berbanding teloq rebusan biasa.Sehingga kan ada yang ketagih.Warna pun mengancam tu!!Haha.Betol ka??Tak caya??

Try tanya pakcik ni,apa dia kata:

"Huuuuuaaaaaa,betol-betol ho-liao ooooh....."
see!!aku cakap sedap taknak caya!!Hahaha 

Friday, April 13, 2012

Kisah Sedih: Mana Mak??

Sebelum baca,play lagu ni dulu okey.Thanks:)


Cerita yang menyentuh hati:


Jam 6.30 petang.
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada  di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian,



Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah  basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”Angah  menonton tv.  Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, “Mana Mak?”Ateh  menjawab, “Entah.”Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah  mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah  bertanya, “Mana Mak?”
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik.




Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya “Mana Mak?” apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, “Mana Mak.” Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang  sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya ‘Mana Mak?”
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan “Mana Mak?” semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.



Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, “Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni.”
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, “Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat.”
Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah  sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah  telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
“Mana Along?” , “Mana Angah?”, “Mana Ateh?”, “Mana Alang?”, “Mana Kak Cik?” atau “Mana Adik?”.  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah  itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, “Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , “Mana mak?” “
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah  hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, “Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala  Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal.”
“Ayah, ayah ….bangun.” Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, “Mana Mak?”
Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan “Mana Mak?”  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.
Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

notakaki: Cerita ni aku terjumpa dekat facebook.Mungkin ada yang dah baca.
notakaki lagi:Sama-sama kita ambil pengajaran.


all pictures credit to google

Wednesday, April 11, 2012

Proton Preve : Mampukah Mengubah Persepsi Umum Terhadap Proton?




Sejauh manakah kehebatan model terbaru keluaran proton yang diberi nama Prevé ini?Menurut Proton, perkataan Preve disebut ‘prae-veh‘ , yang bermaksud “proof“ dimana model terbaharu itu dianggap bukti kepada kemampuan Proton untuk mengeluarkan kenderaan berkualiti tinggi setanding dengan pengeluar kereta global yang lain.

Harga permulaan Prevé adalah RM56k untuk versi manual, RM59k untuk versi CVT  dan RM68k CVT + CFE (Charged Fuel Efficiency).

Keseluruhannya, apa yang ditawarkan oleh Proton untuk model Prevé ini adalah sangat menarik. Prevé mempunyai potensi besar untuk berjaya dan disasarkan menembusi pasaran luar negara.

Kalau nak dibandingkan dengan kereta antarabangsa,cuba kita bandingkan dengan Toyota vios dan Honda city.


Ni pulak paparan meter yang ada dalam Proton Prevé:
Aku rasa banyak perkara positif yang akan berlaku dengan adanya model baru seperti “preve” yang akan melonjakkan nama dan juga imej proton dimata global. Kereta nie nampak bagus sebab pakai turbocharged tetapi lagi bagus kalau horse power di ‘up’ kan sedikit lagi :)

Tindakan mengeluarkan model kereta baru yang mempunyai kelainan dari segi design dan juga performance adalah sesuatu yang amat dinantikan selama ini. Namun belum dapat dipastikan lagi tahap kualiti.



p/s:rakyat malaysia skrg sudah pandai memilih kereta yg value for money in term of second hand value, quality, maintenance cost, kurang masalah etc.Sekiranya tiada rungutan nanti,mungkin model ni akan jadi era kecemerlangan proton.Sama-sama kita nanti.


Ramai orang cakap model ni mirip-mirip Kia Forte.As in for design, nothing is original. We all get inspired to create our own. Tapi aku tengok takda la mirip sangat dengan Forte.Hehe

Kalau search The Free Dictionary, Preve ni bermaksud ‘to prove’. Hopefully Proton will prove to us that they can provide quality products. Or at least make up for their past mistakes:)


Saturday, April 7, 2012

Awang kalot tak tahwan hala:)

Mai baca dulu.Kalo ampa tak paham bahasa utaqa,tanya aku:)
Picture from google

Kot dalam kampong aku ada soghang ni kami dok pangge dia Awang kalot.Keh yang buleh oqang kampong gelaq dia lagu tu dia manjang kelam kabut,nak pi pekena ayaq kat kedai kopi sampai pakai baju beghalih pon dia tak peghasan dah.Haqi senayan minggu lepaih pagi-pagi buta lagi dia teqebit pada qumah stat mutu Honda 5kupang dia hat jeneh lama pesyen boh gea 1 kot blakang tu nak pi meqacun kat bendang dia ,nuu kat-kat lohoq baqu dia balek.Bendang dia loih gak la 20 qelong ada kot,dok qalit-qalit meqacun panggong kepala naek ke langit tengok-tengok matahari tepacak dah ataih kepala.
.
.
.

Kawan pun kalot la stat mutu pedeghaih menyembong kot dalam kampong nak balek sebab lapaq nasik,dah la cucoq keria hat bini dia buat pagi tadi pun takdan nak menyoghok.Dia punya la deghaih nek moto tang kona pun takmau ceng gea dah..Sama-sama dia kona ka tuudiaaih ulaq sawa punya la besaq nga-nga mulot loih nak mampuih dok tunggu nak telan dia.Dah kawan pun deghaih takdan nak tekan brek dah,dia masok dalam peghut ulaq tu dengan mutu-mutu skali.Tiga haqi dah oqang kampong dok caqi dia,lepaih tu ada la oqang jumpa ulaq sawa hat telan Awang kalot tu dia pun heqan la awat yang peghut ulaq tu besaq sangat nak kata telan kambin takkan la sampai besaq tu.


Dia pun pangge la oqang kampong pakat-pakat pi belah peghut ulaq tu,depa punya la tekejut tengok-tengok Awang kalot dengan mata dok kelipoq-kelipoq baguih punya dok ataih mutu,yang syoq tu mutu dok hidup tak mampuih lagi.Awang kalot ni pun tak loghat kat sapa daah,dia pun gelut tekan gea 1 menyerit pedeghaih balek ghumah makan nasik tiga haqi dah dok dalam peghut ulaq tak makan nasik.
.
.
.


Cegheta ni gheka-gheka nak seghonok-seghonok ja noh..Takdak sangkot dengan sapa-sapa pun.Hat nama Awang tu jangan dok pi beghasa pulak.Kalao betoi pun kebetulan la kot.Takkan la ada ulaq buleh telan mutu.


p/s:kalo ampa oghang kedah,tobat buleh baca.Haha

Tuesday, April 3, 2012

Kadang-kadang bila Allah ambil kembali=)


Kadang-kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia dari kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang MENGURNIAKAN rasa sayang itu
Masihkah kita sayang pada yang MENGANUGERAHKAN rasa sayang itu.
dan masihkah kita percaya pada aturan DIA.
untuk sedarkan kita.
Bahawa ada DIA yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.

dan
Kadang-kadang,
Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal,
Itu bukan untuk menghukumi kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa bila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang mahu
kita lakukan.