Showing posts with label Masak. Show all posts
Showing posts with label Masak. Show all posts

Tuesday, May 3, 2011

Napa gadis-gadis tak tahu masak??eeiiii

Ni gambar intro untuk menarik minat pembaca lelaki=)
Kali ni aku nak bincang topik yang agak kritikal zaman sekarang ni.Perasan atau tak perasan,kebanyakkan pekerja-pekerja atau chef-chef yang famous kebanyakkannya datang dari kaum lelaki.Pergi la kat kedai mana sekalipun,jarang nak jumpa perempuan yang masak.Dalam sepuluh kedai,mungkin jumpa satu kedai kot perempuan masak.Tu pun sebab pekerja lelaki cuti.Hehehe

Ni entri berani mati.Masa ni la aku nak hentam gadis-gadis pun.Hey girls,maaf kalau terasa.Jangan marah-marah,muncung-muncung mulot kat aku.Ni realiti,bukan fantasi...(Eh tapi kalau girl marah,muka lagi cute kan??)*ok,sila lempang aku*

Malas
Tak boleh disangkal lagi,girls ni malas la dalam bab-bab masak ni.Kalau bab nak makan,memang cepat.Tu sebab kebanyakkan golongan obesiti kat Malaysia ni adalah girls.Suka makan daripada masak.Sori to say that.Ini fakta..Haha

Cerewet
Percaya atau tidak,gadis-gadis ni memang la cerewet.Sangat,sangat dan sangat...Bukti??kalau pergi beli-belah, 2-3 jam pun belum tentu beli barang lagi.Pilih sana,pilih sini.Kalau lelaki pergi beli,kejap ja.So,apa kaitan dengan memasak??Ya,girls/gadis juga cerewet dalam letak ingredient.Nak letak gula pun kena tengok buku resepi,nak masukkan garam pun kena tengok buku resepi jugak.Tu sebab chef yang terkenal semua lelaki.Sebab lelaki pandai bajet ingredient.Sori to say again.Ini realiti...

Bajet cun
Kebanyakkan gadis yang tak reti nak masak ialah gadis-gadis yang bajet lawa.Konon-konon harap dapat kahwin dengan anak Dato'.Lepas kahwin ada orang gaji yang tolong masak.Orang gaji pulak datang dari Lombok.Kalau laki kahwin lain,,marah pulak..haha...Hey,come on la...Lelaki lebih suka isteri yang masak.Ini juga realiti=)

Bagi aku,aku tak kisah sangat gadis ni pandai masak ke tak.Lepas kahwin pun bleh blajar lagi.Kan...kan..(back-up balek lepas kutuk).Yup,betul.Aku memang tak kisah.Janji kena rajin blajar la nanti.Para gadis tak nak famous macam chef kat luar sana sebab bagi mereka biar lah terkenal untuk para suami dan anak tercinta ja=)Biarla orang laen tak kenal pun.Janji nanti suami sayang.Ekeke..

So girls,kalau nak cari calon suami,cari la suami yang baik dan tak kisah kalo para gadis pandai masak ke tak.


Macam Fadhirul Ahmad.Zzzz...

Girls cakap laki nampak macho bila masak.Btul??haha