Monday, December 24, 2012

Semua Benda Bukan Tugas Kita

How I wish
(mulakan entri gaya manusia paling bajet)

Eheh. *sandar pada dinding*Dah lama tak update.

Rindu aku tak? Ehem. 

Hey-hey-hey


"Aku study punya fokus, tak tido 3 hari tahu sebelum exam,tapi result...Puiih."

"Kasut aku hilang masa di masjid, aku baru beli ja kot"

"Hang tumpahkan makanan aku??aku tak makan lagi kot"

" Kasut futsal Nike Mercurial aku yang baru beli kat Al-Ikhsan baru pakai sekali dah kena rembat.Ape kes!!."

"Takkan makanan yang letak dalam raga moto pun boleh hilang kot.Apa punya pencuri."

Pernah hadapi salah satu situasi di atas?? Bengang dia jangan cakaplah.


Ada perkara, kita rasa kita macam cannot go bila sesuatu yang kita sayang, hilang. Menyesal sangat.Tambah bila ia banyak kenangan, ia mahal, ia susah nak dapat,susah nak cari. Sakit tahu.

Cuma, belajar lah melepaskan. Tak semua benda kita boleh pegang dalam satu masa. Ada benda yang kita sayang, kita kena lepaskan. Sebab bila sayang, kita sanggup berkorban. Bila namanya berkorban, ada masa ia melibatkan kehilangan. Melepaskan, it is not as easy as it seems. Sakit tahu.




Rezeki kita, Allah tentukan ok. Jodoh kita, Allah tetapkan jugak. Mati kita, Allah dah susunkan. Pertemuan kita, Allah aturkan dah. Perpisahan kita? Allah izinkan. Kalau Allah tak izinkan kita berpisah, kita tak akan mampu terpisah walau berjuta ribu trillion dugaan yang datang.

Nak sentuh pasal result exam. Ehem.

Ehem lagi.

(Ehem lagi sekali)

Result hancur? Biarlah. PMR bukan end of the world kot. Banyak lagi peluang lain. SPM ada, STPM ada, STAM ada, belum lagi exams di universiti nanti. Paling obvious, exam akhirat masih ada, exam dalam kubur pun ada. UPSR fail? PMR tak ada A? Tak apa, boleh usaha lagi. Jangan down sangat. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah.

Sumber pict : Sini

Aku pesan ni pada diri aku jugak lah. Tak payah nak down sangat. Usaha, bukannya menyesal meratap result tu macam orang dah tak ada masa depan. Kita menangis air mata darah sekalipun, result tu tak akan berubah. MELAINKAN KITA USAHA LEBIH GEMPAK UNTUK EXAM AKAN DATANG. Benda dah lepas biarlah lepas. Bukan rezeki nak dapat yang paling cun kali ni, mestilah sebab Allah dah susun something yang lebih baik untuk kita. Just kita ja tak sedar atau tak nampak lagi hikmah disebalik semua ni. One day, kita akan tahu juga, insyaAllah.

*tarik nafas*

Bab jodoh pula, makin ramai yang risau separuh gila. Kononnya bila tak couple, tak laku. Kononnya tak ada orang nak masuk meminang, sedangkan umur dah 25, dah tak layak kahwin.Kebanyakkan nya perempuan la ni.kan?

Relaxlah beb. Perjalanan masih jauh. Memanglah semua orang pun nak kahwin, tapi janganlah kerisauan kita pasal jodoh tu melebihi risau kita hidup dalam kemurkaan Allah.

Tapi yang peliknya, budak-budak sekarang yang umur 12 tahun pun dah pandai till jannah dengan boyfriend/girlfriend masing-masing. Come on lah dik, hidup ni masih jauh. Kalau umur 12 dah berjanji nak kahwin sama-sama masa umur 23 tahun ni, ada 11 tahun tempoh untuk couple. Super cool! Sedangkan dalam tempoh SEBELAS tahun tu, macam-macam benda boleh jadi.Abang ni dulu masa umur 12 tahun main guli,gasing lagi taw.Tak fikir semua tu.

*angkat kening*

 Kalau ya pun berjaya bertahan dalam tempoh tersebut, tak mustahil lepas kahwin nanti mula rasa bosan dengan pasangan. Lepas dua tiga tahun, bercerai. Sedangkan sebelas tahun couple tu mampu pula lah kan?

Memanglah tak salah nak cari calon suami/isteri. Tapi kalau duit belanja sekolah pun mak ayah bagi hari-hari, duit topup pun mak ayah support, makan minum pun mak sediakan, solat pun kena paksa baru nak buat, lebih baik fokus pada pembinaan individu muslim dulu. Baitul muslim ni jauh lagi. Kalau dah ready, masak dah reti, solat pun terjaga rapi, dah ada rumah dan duit sendiri, insyaAllah jodoh tu datang nanti ya dik.

*sengih*

Ada benda, bukan tugas kita. Soal rezeki, ajal maut, pertemuan dan perpisahan, soal jodoh. Semuanya bukan tugas kita. Kita tak tahu kita mati bila. Kita tak tahu siapa jodoh kita. Kita tak expect siapa yang kita akan jumpa in future. Kita tak tahu apa rezeki kita. Semuanya rahsia Dia. Kalau semua pun kita nak handle, payahlah.

Jadi, jom belajar melepaskan. Belajar redha dengan segala ketentuan. Semoga berjaya jadi manusia dalam iman.





Diolah sedikit dari blog budak tomato:)

Friday, November 23, 2012

Cinta sebelum kahwin.Aku jawab??

sumber pict : here


"adi. ce tulis opinion ang pasal cinta sebelum kahwin or lpas khwin. kait ngan perlu k cinta lame2.ek ek"


                          ***

Aku dapat meseg DM kat twitter ni daripada member aku.Actually,aku tak pandai sangat bab-bab cinta ni.Aku hanya bagi pandangan aku ja.Memandangkan umur pun dah 23 tahun untuk tahun ni,ditambah pulak ramai rakan seperjuangan yang telah dan tidak kurang juga yang akan menamatkan zaman bujang mereka,aku rasa boleh la kot skali-skala aku post pasal cintan-cintun ni.ewaah..

Angin sepoi-sepoi bahasa,aku duduk makan biskut memerhatikan dari luar tingkap, pokok bergoyang keriangan,burung-burung duduk merayap berdua-duaan di ranting pokok sambil berkongsi epal busuk  kemerahan.


*kriiikk-kriiikk*

Bunyi burung betina.Mungkin menandakan seronok makan bersama.Mungkin sudah jatuh cinta dengan burung jantan barangkali.Cinta,cinta dan cinta.


Cinta.Perkataan cinta ni agak abstract .Komplek . Pelik. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta material dan sebagainya.Yang member aku tanya ni opkos la cinta antara lelaki dan perempuan,teruna dan dara atau perumpamaan kumbang dan bunga. Aku tau dah maksud hang!!



"Menurut Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama Islam. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?
Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.
Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!"
******
Dalam nak bercinta,cintalah ke arah nak kahwin.Jangan cinta couple memain:) 
*****
*kriiiikkkk-kriiik*
Burung betina tadi yang kekenyangan terus terbang meninggalkan burung jantan.Oh dunia!!Habis sepah,madu dibuang:)
Akan bersambung...
Cinta selepas kahwin.Aku jawab?Tungguuuuu...



Wednesday, October 17, 2012

SHORT FILM: PASPORT EKSPRES



Filem pendek ni sangat lah ohsem!!




Sememangnya filem macam ni la kita nak.Selalu filem akan berulang-ulang mengenai cerita cintan cintun,hantu pocong,gila harta dan sebagainya.Kadang-kadang filem macam tu tak memberi impak kepada masyarakat malah membosankan mungkin=)

Filem yang bagus akan diingati smpai bila-bila tapi kalau sebaliknya,berkubur seperti pusara usang yang tunggu untuk dilupuskan.Ewahh!!

Sunday, October 14, 2012

Aku,kamu,kita adalah petani:)



Bangun pagi dengan penuh semangat dan harapan baru.Sang mentari mula memancarkan dirinya,bersembunyi di sebalik kepulan awan-awan,angin-angin pagi bertiup lembut,daun-daun pokok yang kekuningan mula meluruhkan diri dengan penuh kesopanan dan penuh budaya ketimuran,kelihatan burung-burung berkicau dan berterbangan di angkasa dengan masing-masing berusaha untuk mencari rezeki yang halal untuk dijamah oleh seisi keluarga,ditambah pula dengan bauan bunga ros yang ditanam di tepi rumah.Ok,cukup sekadar intro.Eheh.

Lantas aku bukakkan tv dan ada seorang ustazah berbicara di tv.Kulitnya halus,bermata bulat,mukanya manis dan cantik budi pekerti.

Ada satu petikan yang menyentuh hati aku.Aku mengambil tisu dan lapkan air mata bujang yang mengalir dari mataku.Ya,air mata bujang.Satu petikan yang sangat bermakna.Menyentuh jiwa.Meratah minda. Menenggelamkan suasana.Ewah!

Ada satu petikan yang menyentuh hati aku,katanya,ibu-bapa akan tengok hasil tuaian mereka apabila dah tua nanti,kalau baik hasil siram bajanya,hasilnya boleh dinikmati,jangan sampai bukan kita saja yang tak boleh merasanya,bahkan menyusahkan orang lain lagi.Lebih kurang macam tu la yang aku dengar.



Got what she mean?

Anak-anak ni ibaratkan macam tanaman.Ibu bapa akan tuai hasilnya apabila anak meningkat dewasa.Kalau mendapat didikan yang elok,elok lah jadinya.Kalau anak tu pandai bawa diri, tak menyusahkan orang,maka untunglah ibu-bapa.

Perubahan tu juga bukan terletak pada peristiwa dan didikan,tetapi terletak pada kita sendiri:)

Kita semua petani.Kita akan menentukan sendiri tanaman kita di dunia untuk dituai di akhirat nanti.Sama ada dapat hasil,ataupun tidak.Jom kita sama-sama bertani:)

Monday, September 17, 2012

Duit Syiling,Pekerja Kontrak dan Bos



TINGG!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen.
Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.


TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.


Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.


Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.

Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

P/s :Kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita

Friday, August 17, 2012

Iklan Raya Paling Touching :'(

Salah satu iklan hari raya yang paling touching pernah aku tonton, dihasilkan oleh BERNAS  yang mengisahkan persahabatan dua kanak – kanak istimewa dan juga anak yatim.
Iklan raya tahun-tahun sebelum ni yang aku rasa touching ialah iklan raya PETRONAS yang Iklan Burung Murai tu:) 




Inilah erti CINTA yang sebenar.Demi cinta dan kasih sayang yang tulus, keazaman mereka menempuh perjalanan sangat memberi kesan sebak di hati:)
Nota kaki : Dalam kita bergembira,kita kena ingat jugak orang lain yang tak bernasib baik.So bersyukur la kita dengan apa yang kita ada.
Selamat Hari Raya Aidilfitri:)


Sunday, August 12, 2012

Pekerja Yang Berjaya Di Malaysia : Pekerja Bangla

Kebetulan hujung minggu,aku keluar dengan member-member pergi ke Sogo dan Jalan TAR memandangkan lagi seminggu nak raya dengan harapan dapat membeli baju raya yang mungkin murah-murah.Ada satu isu yang aku perhatikan makin tiada kawalan.Seolah-olah bagai cendawan tumbuh lepas hujan.Ahaks!! 

Kebanjiran pekerja asing atau PATI makin melimpah ruah kat Malaysia ni.Daripada sektor pembinaan sampai la ke pemasaran barang-barang.Kedai-kedai kain dan tudung-tudung kat area Sogo pun banyak di monopoli oleh pekerja-pekerja asing bangla-bangla ni.Mungkin si gadis-gadis lebih terpesona dan cair dengan ke-macho-an mereka dan terus nak beli tudung-tudung kat situ walaupun terpaksa pinjam duet dari member.Business strategy mungkin!!haha
amboiiii depa, posing sioot :)


Takda masalah semua tu.Cuma apa yang jadi masalah bila kita masuk satu kedai tu dengan harapan ada gadis-gadis yang nak layan kita shopping.Sekali yang ada mamat-mamat bangla la.Hah dahla aku nak beli tudung kat adik-adik aku.Mamat-mamat bangla apa taw.Tanya kain polkadot pun dah tak taw.haha.Yang taw sebut,"Beli,Bayar,Cash,atau Credit Card" Hampeh!!

nota kaki : maaf post gambar kat atas.Dah buat gadis-gadis cair.LOL.Kuch-Kuch Ho Ta Hei =)
*sila abaikan tajuk kat atas*

Saturday, July 21, 2012

Taman layang-layang

Lokasi : Taman layang-layang,Kepong
Tarikh : 15 Julai 2012
Masa  : 5.00 petang

 Hujung minggu lepas,kawan aku ajak kuaq jalan-jalan.Dek kerana aku pun tengah borink,ditambah pulak letih buat praktikal,memang sesuai la hujung minggu tu aku keluaq untuk tenang kan skit jiwa yang lara,gundah gulana ditambah dengan tak bleh balek kampung lepas final exam.Sob-sob-sob.Sebab nya kena sambung terus praktikal 3 bulan.Bleh ayat macam tu??haha.

Sebenaqnya tak planning pun nak mai sini.Member aku tu just ajak kuaq lepak-lepak ja.Memandangkan dia pun cuti keja.So ni jala gambaq-gambaq yang aku sempat snap.Kamera pun tak bawak.Harap guna kamera fon ja.









Tempat ni agak luas jugak.Ada tasek buatan kalau tak silap kat blakang tu.Ramai ja orang yang joging.Kebanyakkan nya family yg mai bawak anak-anak pi santai sambil makan-makan bawah pokok.Tak ketinggalan,ada jugak segeilintir boyafrend-boyafrend bersama gerlifrend-gerlifrend masing-masing.Buat apa pun tak taw.Mencemarkan pemandangan.Ish-ish-ish.

       Kat sini jugak ada gerai-gerai yang bukak untuk pengunjung lepak-lepak,minum-minum.So,kalau nak tenangkan fikiran lepas penat keja,blajaq,bleh la try mai sini.Kalau dari shah alam lebih kurang 50 minit macam tu.

Sunday, July 15, 2012

Mencintai seseorang itu adalah hak kita:)




Mencintai seseorang itu adalah hak kita, namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. 


Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan dia untuk kita miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. 


Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita.

Untuk mereka yang merasa kehilangan....Sesungguhnya JODOH itu rahsia Allah...^_^



nota kaki : saya belum tentu akan menikahi orang yang saya cintai tapi saya akan mencintai orang yang saya nikahi=)

Saturday, May 26, 2012

A Cup Of tea


A group of students, highly established in their careers, got together to visit their old teacher. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life.


Offering his guests tea, the teacher went to the kitchen and returned with a large pot of tea and an assortment of cups – porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite – telling them to help themselves to the tea.

When all the students had a cup of tea in hand, the professor said: ‘If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress.

Be assured that the cup itself adds no quality to the tea. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was tea, not the cup, but you consciously went for the best cups… And then you began eyeing each other’s cups too.


Now consider this: Life is the tea; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of Life we live.

Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the tea Allah has provided us.’ Allah brews the tea, not the cups. Enjoy your tea.




Friday, May 25, 2012

Kamu Cantik Sekali, Tapi..





Saudari, kamu cantik sekali

Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang rupa atau 
pun bentuk tubuh kita. Namun Dia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Saudari, kamu cantik sekali           
 
Tapi cantik luaran tak akan pernah abadi. Saat ini kita boleh berbangga dengan 
kemolekan wajah ataupun bentuk tubuh. Namun beberapa waktu nanti, saat wajah telah keriput,
rambut pun kusut dan berubah warna putih, tubuh tak lagi tegap, membongkok dimakan usia,
tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan. Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahad,
tentu tiada manusia yang mahu mendekat.

Saudari, kamu cantik sekali


Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan? Sesungguhnya
kecantikan patut disyukuri dengan cara yang baik. Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan
cara mempamerkan gambar atau   membandingkan rupa, sedangkan hakikatnya wajah itu 
bukan milik kita.



Tidakkah engkau rimas bila banyak mata lelaki yang memandang berhari-hari? Tidakkah 
engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa kebenaran engkau sendiri yang menayang 
gambar. Ataukah rasa malu itu telah punah musnah? Betapa sayangnya jika demikian 
sedangkan ia sebahagian dari keimanan.



Saudari, kamu cantik sekali

Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang? Adakah ia akan menambah pahala 
dari-Nya? Adakah darjatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji? Tiada yang menjamin 
wahai ukhti. Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tiada harga di 
hadapan-Nya, kerana kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.

Saudari, kamu cantik sekali

Kecantikan itu harta berharga bukan barang murah yang boleh dinikmati dengan mudah. 
Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa. Dimana harganya
dan kehormatan sebagai hamba Tuhan jika setiap orang, baik dia seorang kafir, musyrik 
atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?

Saudari, kamu cantik sekali

Alangkah indah jika kecantikan luaran  itu dipadu dengan kecantikan hatimu. Apalah erti 
cantik rupawan bila tak memiliki keimanan. Apalah guna tubuh molek memikat bila tiada rasa 
malu yang lekat. Cantikkan dirimu dengan cahayaNya. Cahaya yang bersinar dari hati 
benderang penuh keimanan. Hati yang taat sentiasa patuh pada syariat. Hati yang 
taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya. Hati yang sederhana, 
yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.

Maka tampillah cantik di hadapan Penciptamu kerana itu lebih bererti daripada menampilkan 
kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu. Tampillah cantik di hadapan suamimu, 
kerana itu adalah sebahagian dari jihadmu. Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi 
keredhaan Ilahi.

Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, kerana itu lebih abadi.


Sunday, May 13, 2012

Cerita Burung Kecil dan Nabi Ibrahim


Ingat Lagi Cerita Burung Kecil dan Nabi Ibrahim?

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"


Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, kelak di hadapan Allah aktu tidak akan dipertanggung-jawapkan kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!"

P/S: at least kita bersama mereka yang menjunjung perintah Allah SWT....

Wednesday, May 9, 2012

Teladan Perubahan


Kejayaan mengubah manusia bergantung kepada faktor pengubah itu sendiri.Justeru,pemimpin atau sesiapa sahaja yang hendak mengubah sikap bangsanya mestilah mempunyai teladan perubahan .Berubahlah untuk merubah orang lain.!

Rasulullah s.a.w berjaya mengubah manusia kerana baginda terlebih dahulu menjadi qudwah hasanah-contoh yang baik pada seruan ,pendidikan dan pimpinannya.Hanya orang yang berjaya mengubah sikapnya dahulu ,barulah dia akan berjaya mengubah sikap orang lain.

Manusia lebih mempercayai mata daripada telinga.
Maksudnya,cakap kita yang didengar manusia akan menjadi hambar sekiranya sikap kita yang dipandang terlalu tercemar.


Kredit to : akuislam.com

Friday, May 4, 2012

Of TV, differences and saff-making




When I was a child, I had this obsession of watching TV. I bet most of my time at home especially during holidays, was spent befriending that black box named Panasonic. Not too classy of a name though. I remember her being far from having the perfect figure. If she joins a beauty pageant, she’d be the laughing stock of those slim and slender flat screen TVs of today. Her voice husky at times, and her image gets blurry when we move the fish bone aerial on top. Talk about sensitivity.
I enjoyed watching TV so much simply for one reason – I love watching people. The TV opened a vast opportunity for a curious, mischievous-at-times kid like me to actually see the hidden parts of the world and meet people of different colour, race, religion, tribe, you name it.
Looking and knowing those differences always fascinated me to understand people more. I watched almost everything not to mention Teletubbies just to know how white kids play. I watched Kung Fu movies and got the perception that all Chinese knows Kung Fu which, when I got my first Chinese friend I know it’s not true.  I became a fan of all Japanese superhero programs – Ultraman, Flashman, Mask Man, Masked Rider – but got lucky not to believe that monsters really like to visit Japan and make a scene. I watched Malay dramas and saw a pattern – love is like salt to gulai it has to be the main agenda – even my favourite drama, “Cinta Si Penggali Kubur”  is about love.  And yes, I watched Bollywood movies and got stunned by the speed the dancers change their outfits and how more and more dancers come out of nowhere like Naruto performing his cloning technique. Wow, that’s a mouthful.
People will always be different. Go and travel around the world and I bet you’ll never find someone exactly like you. Even your best friend, whom you claim knows you inside-out is not your replica. Even your mother, whom you stayed in her womb and fed from her breasts isn’t exactly like you. Even your life partner, whom you say is your half, is just your half. People are different because they are created to be different. As a deen worker, being different makes da’wah an adventure..an exciting one, really.
O mankind! we have created You from a male and a female, and made You into nations and tribes, that You may know one another. Verily, the Most honourable of You with Allah is that (believer) who has At-Taqwa . Verily, Allah is All-Knowing, All-Aware.
(Al-Hujurat : 13)
People sometimes see differences as a reason to feel more superior to others. History has shown that not little blood has been smeared and not few babies have lost their fathers because of disputes and conflicts caused by differences. The apartheid in South Africa, slavery in America, tribal conflicts in Africa, Sunni-Shiah disputes in Iraq, Catholic-Protestant clash in Northern Ireland, 16th September riot in Malaya are but some of the recorded history of human clashes caused by untolerated and misunderstood differences.

Young kids and stigma
I remember an interesting experience I encountered a few years back regarding differences and stigma. My friends and I were assigned to run a project to identify social patterns in the society, using kids as samples. So we went to a nearby kindergarten and decided to do some interviews with the kids. We had fun games with them, ran here and there and occasionally asked questions with everything recorded. After getting them comfortable with my presence, camera rolling, I began to ask questions, probing social patterns that can be seen. At this point, getting excited with a camera in front of them, the kids gathered around me like bees sucking honey.
Me : Adik-adik, best tak pergi sekolah?
Kids : Best!!!
Me : Cikgu kat sini baik tak?
Kids : Baik!!!
Me : Hm, dekat sekolah belajar apa ya?
Kids : Belajar lukis, warna, Matematik, ABC, Bahasa Melayu …..
A kid at the back : Bahasa India! (Everyone laughed their heart out)

All the kids burst into laughter!  And I was puzzled, really.
What exactly caused the kids, these pure 5,6 year old kids to laugh at the mention of the word ‘India’? Does it sound funny? Or does it mean funny? I don’t think so, seriously. These kids weren’t even exposed wide enough to gain contact and to have friends from a different race or religion. Then what exactly came into their minds when the word is said? This, I still don’t have the answer. But one thing I noticed, obviously a stigma has been implanted. A stigma that says, it’s OK to laugh at the word India. I know this might sound racially sensitive, but it’s a fact. A cruel one, indeed. A stigma has been implanted to think it’s fine to make fun of people who are different from you. Young kids were taught, maybe unconsciously, not to tolerate differences. And I pray, that this will reverse.

Why not make differences a unifying factor?
Imam Hassan al-Banna once said, “We don’t invite to unite minds. We invite to perfect the saff.”
The Imam knows too well, and recognizes the differences among men. Thus he invites people not to see only from one’s limited perspective.  He invites people to retain their identities, keep their different hats, and speak their own voice but be in a perfect saff. In a perfect saff people submit to the One Greater Being who created them and wanted them to be different.  In a perfect saff people stay different but stand shoulder to shoulder and foot to foot facing one direction. In a perfect saff different languages merge into one. In a perfect saff one leader is more than enough. In a perfect saff different size and colour do not matter a pinch.  In a perfect saff hearts become one.
Understand, respect and tolerate. Come, let’s perfect our saff.

credit to : LangitIlahi