Sunday, May 1, 2011

Kenapa orang suka dengan kedai mamak??

Aku pun kadang-kadang hairan jugak napa kalo tengok ja kat kedai mamak,boleh dikatakan setiap masa ja ada pelanggan.Aku pun suka gak lepak-lepak kat kedai mamak ni.Ramai orang cakap kedai mamak ni kotor.Arghhhh...apa aku peduli.Haha.Tapi kan,mesti ramai akan tertanya-tanya sebab apa ramai pelanggan kat kedai mamak??Nak kata sedap,tak la sangat.Nak kata guna penarik pelanggan,takda pun.Semua pekerja tak seksi pun.Kebanyakkan macha-macha ja yang kerja situ. Nak kata guna bomoh??Yang tu aku tak taw la kan.Syirik kalau percaya benda-benda ni.


Bagi aku banyak sebab napa kedai mamak menjadi pilihan kalau nak banding dengan kedai Melayu.Aku kata macam ni,bukan bermakna aku nak "down"-kan kedai Melayu,bukan jugak aku nak "up"-kan kedai Mamak.Mamak tak bagi aku satu sen pun bila aku buat entri ni.Tapi ni berdasarkan aku punya pemerhatian ja.Brader-brader,kakak-kakak,makcik-makcik,pakcik-pakcik yang keja kat kedai makan Melayu mahupun owner kedai Melayu,jangan marah aku pulak.Sabar dulu.Bukan semua macam tu,tapi sebilangan kecil ja.

Service/Layanan
Bila aku pergi ja kedai mamak,belum duduk lagi,mapley-mapley yang keja kat situ dah jemput suruh duduk.Ambek order terus.Cepat,pantas,efisien pulak tu.

Macha : Mau minum apa?(sambil senyum)
Aku : Macha,bagi saya  air suam dah r..
Macha : Ayooo(sambil cepuk dahi)..Air suam saja ka??
Aku : Dah tu air apa lagi?
Macha : Minum la air laen juga.Teh tarik ada.Air Pepsi ada,7-up ada..(sambil senyum-senyum comel)
Aku : Macha,sebab macha senyum punya pasal, bagi saya teh tarik satu..
Macha : Baek bos,siap!!

Tengok!!!dah order terus siap.Haha..Yang penting,senyuman.Jangan la masam sangat muka tu.

Ni ja mamak yang paling manis aku sempat carik=)


Kalau kedai Melayu pulak,tunggu setengah jam pun(eh 15 minit dah r,lama sangat tengah jam) belum tentu nak ambek order lagi.Pastu datang pulak,buat muka bosan.Senyum pun malas.Heee,benci aku.Apa kata kalau lontar kan senyuman sikit.Puji la sikit customer.Walaupun customer tak hensem,cakap la "lawa abang hari ni,nak makan pe bang"Tak ke sejuk hati.Yang baru makan kat rumah tadi pun,nak makan balek.Haha

Lagi satu, kalau meja kotor,kita suruh lap kan.Mula la nak jeling tak puas hati.
"Eh brader ni,order milo ais ja,makan tak nak order,meja ada tumpah air skit,suruh lap pulak.Ape kes"


Tv/Televisyen
Kalau pegi kedai mamak,perkara pertama sekali yang nak tengok,tv la kan.Tambah-tambah yang tak mampu langgan Astro.Lepak kedai mamak r sambil tengok bola.Kalau ampa semua perasan,tv-tv kat kedai mamak ni banyak dan skrin tv pun besar.Pastu letak kat penjuru pulak tu.Tak cukup dengan tu,ada layar besar pulak kat luar.Layan bola memang best.

Kedai Melayu pulak??Ada tv...Tapi cipot(kecik) jala.Janji boleh tengok bola.Tapi ada yang lagi sedih,

Aku : Akak,boleh tukar channel laen tak??
Akak : Nak channel pe dik?
Aku : Tukar channel 812 Astro jap boleh??Ada Barcelona lawan Real Madrid sekarang ni.
Akak : Maaf dik,kedai ni mana ada Astro.Tak pernah pasang pun.
Aku : Aduh,rugi.Baek aku pegi kedai mamak kat sana.(cakap slow2 sambil muncung mulot)

Operasi
Kebanyakkan kedai-kedai mamak ni operasi 24 jam.Lepas pukul 12,tak kisah la kalo ramai orang pergi makan kat kedai mamak.Tambah-tambah student la kan.Pukul 1 pagi tu awal lagi.Malam masih muda der.... Masa ni,kebanyakkan kedai-kedai Melayu dah tutup.Sebab apa tutup??Alasan lepas pukul 12 malam,customer tak ramai.Rugi kos kalau bukak.Untung kemana,modal kemana.

Strategik
Kedai-kedai mamak kebanyakkan terletak kat hujung-hujung,corner-corner lot.Tempat pun luas,selesa.Nak parking pun senang.



Wi-fi
Kedai mamak ada wi-fi.Bagi student yang tak mampu beli broadband,streamix ala bagai,kedai mamak r tempat sesuai nak ber-online.Bagi yang taik hidung masin sangat,modal 30 sen ja(air kosong satu),duduk sampai 2jam.Nasib baek tak kena maki dengan mamak.Haha

Kedai Melayu??Susah nak cari yang ada wi-fi.Kalo standard bistro,ada la kot.Mana mampu der..Tengok nama kedai yang kat depan ada bistro pun,tak berani nak masuk.Milo ais dah rm4.50..Bleh sara setengah hari tu.Haha

Antara lain-lain sebab,teh tarik dan roti canai.
(pssst,jangan imagine macam mana mamak buat roti canai.Mintak-mintak jangan la ada bulu-bulu tangan mamak yang terjatuh dalam roti canai ataupun kuah.haha)


p/s : bukan semua kedai mamak yang 100% bagus dan bukan jugak semua kedai Melayu 100% tak bagus.



14 comments:

farahroslan said...

sangat setuju !!

tokwan muda said...

heeeheee xminat masakan mamak sbb selalu je cerah perut kalau makan kari die...heehee

shafmechy said...

jom..hakim...haha

javanese DOVE ! said...

realiti,hakikat.

peniaga melayu jgn marah ok..
baca,fikir dan terima dgn hati terbuka,
apa lgi...lakukan perubahan drastik!
jgn dok statik je..

misz fae said...

setuju!
mamak cepat dan pantas! hehe;P

Cyrus said...

Setuju! tapi, ada jugak kedai melayu buat breakfast macam kedai mamak, kat gombak. Sedap gila sampai rasa nak nanges. Sanggup panjat pagar time rehat kot bagi mendapatkan roticanainyaaa~

ikan said...

ternyata memang layan kalu boleyh pekena kdai mamak nie .. latest nie ak bwu jea taste roti naan arab .. menu bwu kata nyea .. tapi ternyata layan koet .. siyesh sedap .. haha

MR. MIND said...

topik yg menarik!!

Amzar Syazani said...

Setuju sangat2 !

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sgt2 setuju...servis cgt cepat.murah.dan bersih la ..ni bkn kedai mamak zaman dulu tau.cuba check kedai melayu..cawan berkarat..kerusi berlumut..eiii..ada anda jmp itu di kedai mamak?

klu lapar sgt..LM akan cr kedai mamak.kejap jek leh kenyang.haha.

cik mun said...

kedai mamak best..

Cik Bidadari said...

best... wifi n servis cepat gila... air laju gila sampai... ooops....

bila blog bercerita said...

mamak gak terbaek......!!!
pe brg baii lyn hotel2 mewah....
mamak sudaaa~~

^pasu bunga^ said...

memang betul..tersangatlah beteul.. bukan taknak sokong bangsa sendiri.. tapi..nak wat camne..ni kenyataan~~