Tuesday, May 31, 2011

Ketika Harus Melepaskan Cinta.........=(


Hidup ini selalu berputar, tak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tak selamanya kita diatas dengan segala kesenangan. ALLAH Maha Adil .. Hanya Dia yang Tahu mana yang terbaik untuk hamba NYa ..
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”
Sahabatku,  ada perih disudut hati, ketika engkau cerita tentang segala yg kau alami .. Setelah sekian lama kau bertahan Setelah sekian lama kau memendam luka Setelah sekian lama kau rendam nestapa rupanya Allah izinkan juga engkau tempuhi jalan itu Aku percaya, itu suatu “keputusan terakhir” yang terbaik untukmu …


Sahabatku, Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan …. Tetapi ada saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya. …..

~ Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.

~ Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita merasa dia itu kacak, cantik, teristimewa dibandingkan dengan yang lain.

~ Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi.

~ Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, sentiasa terbayang di benak kita.

~ Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.


.
Ingatlah..
Melepaskan bukanlah berakhirnya melainkan awal dari suatu kehidupan baru…

~ Kita harus melepaskan seseorang kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.

~ Kita harus melepaskan seseorang kerana kita menyedari yang kacak,yang cantik, yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.

~ Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.

~ Kita harus melepaskan seseorang ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.

~ Kita harus melepaskan seseorang kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi  yang dapat dipertahankan”.

~ Kegagalan tidak bererti kita tidak mencapai apa-apa, namun kita telah memahami sesuatu! Segala sesuatu ada waktunya, ada saat mempertahankan, ada saat melepaskan…!

.
Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum
mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan
kurniaNYA dan belajar daripadanya …



Saturday, May 28, 2011

Nur Ya Kasih.........=)


Pagi-pagi, hujung minggu, masa aku lepas bangun pagi,awal pagi,tetiba bunyi meseg kat fon aku.

Ayam goreeeeng”,bunyi meseg dari fon 3310 aku..



Puuup,aku capai fon aku.Huh,meseg dari member aku rupanya.Ingat kan ada urgent apa.

Fad,hang free tak rini??”
Aku tak balas lagi.Basuh muka,mandi semua ala bagai,baru aku reply.

Awat weh??Napa??Hang nak ajak aku p mana??”,aku balas.
Tak sampai 30 saat,member aku balas meseg.

Jom teman aku petang ni,kita p tengok wayang mau??”

Ada wayang cite apa bro??Movie best ka??Awat tak ajak awek hang ja??”,aku reply.

Awek??Takyah cakap la awek.Aku meluat dah nak couple.Jom la teman aku,tengok cite Nur Kasih”

Adoii,ni mesti kes lepas clash ni.Hahaha.Weh,aku ingat hang nak ajak aku tengok cite Pirates of Carribean.Hang pun layan Nur Kasih jugak??haha”

Yala,biar muka nampak brutal,janji hati ada taman”

Ok-ok,member punya pasai,aku teman hang la”

Petang tu aku pun p la tengok Nur Kasih.Ada beberapa perkara yang best tentang cite ni.Aku nak cite skit ja tentang filem ni: 
 
Tema
Of course tema cite ni berdasarkan cinta dan pengorbanan.Tu yang buat lebih syahdu tu.Haha..Kalau aku bagi rating,aku bagi 7/10

Latar
Latar tempat dalam cite ni pun best jugak.Kesinambungan daripada drama Nur Kasih yang mostly penggambaran kat sawah padi.Best ja mata memandang.Hijau…..Cite ni pun buat kat Jordan kalau tak silap.Cantik view dia.



Jalan Cerita/Plot
Bagi aku,jalan cerita filem ni pun agak best la.Takla borink sangat.Lagipun sebelum ni,aku ada layan gak kot drama Nur Kasih.hehehe..First time awal-awal tengok dulu,macam tak best.Pastu tengok satu episode,terus nak tengok next episode.Siap download setiap episode lagi kot.Haha

Watak
Finally,apa yang best tentang cite ni,ialah watak yang ditonjolkan.Setiap watak menjiwai watak masing-masing dengan baik.Adam,Aidil dan tambah-tambah Nur.Huh cair aku dibuatnyaaaa..hehehe..Tapi Nur dah kahwen dengan Adam kan??errr…err…apa aku kisah.haha..





Nak cari macam Nur la lepas ni…Zzzz=)

p/s: Sila abaikan pendapat atau komen aku tentang filem ni.Aku bukan penilai yang bertauliah.Nak lebih pasti,pegi wayang tengok sendiri.hehehe
ohh nur….haha

Monday, May 16, 2011

Guru is Cikgu,Cikgu is Guru~


"Bleh janji sesuatu tak kat cikgu??"

"Ya,apa cikgu??"

"Bila besar nanti jadi orang yang berguna taw,jangan nakal-nakal !!"

contoh cikgu : pakcik google yang bagi

Pada setiap tahun,16 haribulan Mei,selalunya pelajar-pelajar sekolah akan sambut hari guru.Banyak student-student tak kira la sekolah rendah atau sekolah menengah akan memberikan hadiah kepada cikgu masing-masing.



Perasan atau tak perasan,masa sekolah rendah darjah satu atau darjah dua,cikgu mesti akan bertanyakan murid-murid tentang cita-cita.Masa tu kebanyakan akan jawab bila besar nanti nak jadi polis la,tentera la,doktor la, ataupun cikgu.Kalau tak silap, aku jawab nak jadi doktor kot.Nak keja cucuk-cucuk,rawat orang tua sakit,check jantung.Tu yang aku jawab kot.Hehe...Tapi tu cita-cita ja.Cita-cita yang tinggal cita-cita.Cita-cita yang tak kesampaian.Uhuksss.*opps,jangan nangis-nangis.Hudoh aiiiih..haha




Bagi aku , cikgu adalah tetap akan dipanggil cikgu.Sekali dia jadi cikgu, selamanya akan dipanggil cikgu.Walaupun sudah bersara sekalipun.Ilmu yang cikgu ajar, akan melekat kepada kita.Ilmu-ilmu yang diajar takkan mati bersama mereka.Tiada apa yang diharapkan oleh seorang guru melainkan dihormati oleh murid-muridnya serta mendengar berita kecemerlangan peperiksaan oleh murid-murid mereka. Tu yang seorang cikgu nak .Gaji??errr,tu laen cite...=)




Kita perlu menghormati cikgu sebab mereka lah yang membimbing kita.Walaupun cikgu tu hanya mengajar sepatah perkataan atau sehuruf abjad kepada kita,dia tetap guru kita.Dari kita tak mengenal angka,sehingga kita pandai mengira.Dari kita buta huruf,sehingga kita pandai membaca.


Terima kasih cikgu-cikgu.


Tuesday, May 10, 2011

Lelaki memilih??Nak girl macam mana??

Pagi tadi aku bukak la facebook,tetiba ada meseg kat inbox dari sorang yang aku tak kenal.Rasa-rasanya perempuan kot.Euuuuww=)Kat meseg tu dia tanya satu soalan ja.Nak suruh aku jawab la kot.

Soalan dia bunyi lebih kurang macam ni "Hey,budak kampung,kalau ko la kan,ko pilih jenis-jenis/ciri-ciri gurl macam mana ek??Napa boy memilih sangat ???Geram,geram,geram,geram.......

                                                                  *****************


Olrait bebeh.Aku akan cuba jawab.Huh,dia tanya aku macam tu,macam la aku doktor cinta plak kan.Kah3..Lawak2..Tapi takpala,untuk tak menghampakan orang yang tanya tu,aku akan jawab.Based on that question,aku rasa dia neh baru putus cinta la kot and based on that question jugak,aku taw dia mesti ada blog sebab dia panggil aku budak kampung.Padahal nama kat facebook aku laen.Pandai pulak ek dia cari facebook aku..Hehe...Kalo putus cinta,rileks2..Chill2.Kumbang bukan seekor der..bunga pun bukan sekuntum der...



Ok,lets start.Dia tanya"Napa boy memilih sangat??..geram,geram,geram...."

Yup,memang aku tak menyangkal lagi,boy memang memilih.Cerewet skit ja.Takkan nak memilih pun tak bleh.Haha..Dahtu takkan nak maen hentam ambek ja??Kena la ada tapis2. Ingat senang ke nak pilih yang betul-betul sesuai.I mean sesuai dengan kehendak kita.Solehah,cantik,comey,cute..Ekeke..

Ni pun tak cukup syarat lagi neh..haha

Jenis-jenis gurl idaman???Oyeahh,ni soalan maut ni.Hehe..Kalau aku,banyak ciri-ciri gadis idaman yang nak kena ada.Nak aku list??Ok aku akan list kan.

Solehah
Maksudnya gurl yang ada agama,jaga waktu solat dan menutup aurat.Kalau gurl tu lebih ilmu agama dari aku lagi bagus,sebab bab-bab agama ni,aku tak cukup pengetahuan.Banyak ilmu agama yang perlu cari.

Hormat orang tua
Of course,ni yang paling penting lepas solehah.Selalunya,yang solehah akan hormat orang tua.Lebih-lebih lagi kena hormat mak ayah aku dan mak ayah dia.No point la kalau muka cantik,hati tak cantik.Bunga yang mekar akan layu akhirnya.Tetapi,hati yang bersih dan suci,sukar dicari.(bak kata iklan apa ntah,yang mak ngan anak dia tolong kucing)hehe

Tetap pendirian
Maksudnya,girl tu tegas dalam buat keputusan Ni pun penting jugak ni.Contoh mana la taw kawan girl tu ajak pegi pub ka,kalo tak tetap pendirian,ntah-ntah ikut skali.Nak jaga hati member punya pasal kan.Haha.Tu pentingnya tetap pendirian=)

Terima seadanya
Ni pun penting jugak.Terima seadanya bermaksud dia boleh terima aku seadanya.Tak pandang pun rupa.Aku rasa,girl macam ni lebih setia kot.Hehe

Rajin masak
Maksud aku girl tu rajin masak.Tak la kebulur nanti.Walaupun yang ni nampak remeh,tapi penting jugak bagi aku.Hehe..Kalau tak reti,bleh blajar kan.Eh,tapi napa gadis-gadis tak taw masak??Klik SINI

Aku senaraikan lima dah la.Ada banyak lagi neh.Dapat tak dapat laen cita=)

p/s : Kepada gurl yang meseg aku kat inbox facebook,jangan frust-frust.Sedangkan laki-bini pun boleh bercerai berai.Ini kan pulak yang tak kawen lagi=)Rileks sudaaah

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui’ QS. Al Baqarah : 216"


Monday, May 9, 2011

Permainan...Dulu dan sekarang

yeah....!!yeah!!...exam aku dah abes.Masa untuk packing barang-barang pulak.Huh cuti 3bulan lebey beb..argghh,nak buat apa kat umah??Anyone yang nak rekrut aku keja part-time??ada??takda??ada tak??takda??ok..


So memandangkan aku baru abes final exam,lepas sampai umah sewa,terus main game PES kat destop member aku.Tetiba,teringat pulak "game" yang aku slalu main dulu2.Aku nak share sikit kenangan "game" zaman kanak-kanak aku.Teringat pulak masa kecik-kecik der...Ok,jom..Lets start bebeh=)

Masa aku kecik-kecik hingusan macam ampa skarang,ada permainan yang memang aku tak bleh lupa.Huh best beb..
Dulu masa kecik-kecik,aku suka main guli.Tapi taktaw la bebudak skarang taw ke tak main guli ni.Ntah-ntah rupa guli pun tak taw.Maen guli ni kena main atas tanah.Buat bulatan atas tanah,lepas tu masing-masing letak la guli.Contoh kalau maen sorang sepuluh bijik,kalau ada 4 orang,40bijik guli la kat tengah bulatan tu.Pastu ikut turn,masing-masing tuju la dalam bulatan.Kalau guli keluar,guli tu kira dapat kat dia la.Faham??

Ni rupa guli ya adik-adik.
Next,permainan kecik-kecik aku dulu yang selalu aku maen,aci ligan atau polis and thief(kecik2 dulu aku sebut polis tan tree ja).Tak taw la nama betul dia apa,tapi aku ngan member-member aku sebut aci ligan ja.Yang paling best,before main,kena kira dulu sapa yang kena jadi.Bab ni yang paling best ni.

"Polis tan tree,(polis and thief)
one to jaga,
polis mati pencuri jaga"

kalau tak nyanyi guna lagu ni,bleh gak guna lagu kat bawah ni:

Lat talilat laili lat tam plom,
mak minah balek kampung,
beranak dalam tong,
terkeluaq anak patung,
namanya sotong.



Last but no least,aku suka main gasing kecik-kecik dulu.Masa aku main dulu,gasing ada dua jenis.Plastik,dengan kayu.Harga lebih kurang sama ja.Dalam 7-9 kupang ja.Tapi kalau nak best,guna gasing kayu la.Sebab gasing kayu bleh pecah.Baru best maen.Bantai gasing member sampai pecah.Nangis member.Huuuuuuuh memang nikmat.Haha...Puas hati...keh3..Kalau gasing plastik,tak pecah-pecah dah.Tak best main pun.Tapi,kalau sapa yang pandai buat gasing sendiri dengan batang-batang pokok,memang hebat la masa tu=)






So,sedar tak sedar,umur aku dah 20+  skarang ni..Hehe..baru 20-an.Muda lagi kan..ekeke..
Memang entri ni kalau dibaca balik agak personal dan mengarut tambah-tambah lagu yang dinyanyikan masa aku kecik-kecik dulu.
Tapi,mungkin kah satu hari nanti ada lagi permainan ataupun lagu-lagu ni yang akan dinyanyikan dan diwarisi oleh budak-budak akan datang??Atau akan dijadikan mitos ataupun hanya sebagai lagenda semata-mata pada masa depan??Mungkin juga kita sendiri akan lupa dengan permainan tradisional kita!!!


kalau duduk kena tarik memang best,yang nak tarik tu yang tak best...haha

Friday, May 6, 2011

Wanita Itu Ibarat Epal


Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi… kenapa aku tidak dipetik orang?


Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?


Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?


Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.




Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak  manusia.”



Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Wahai wanita yang solehah  tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.
Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.



Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.


Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati. 




credit to : Paradigma MUKMIN

Thursday, May 5, 2011

Betul ke gadis klate n terengganu kurang ajar??

Maaf kalau tajuk entri ni agak keras untuk ditelan atau agak kasar untuk didengar.Tadi aku jalan-jalan la kat blog tetiba jumpa entri pasal gadis Melayu Pantai Timur.Dekat facebook pun ada kecoh pasal satu blog yang dok kutuk gadis-gadis Kelantan.Apa faedah kutuk-kutuk ni ha??

Tu la kutuk-kutuk sangat.Kan aku dah marah..

Takkan sebab sorang dua yang kau tak suka,kau kutuk abes satu negeri.Awal-awal memang aku tak mau ambek bab pasal ni.Tapi kenapa kita sanggup kutuk mengutuk??Apa salah orang Kelantan & Terengganu yang dia nak kutuk macam tu.Yup,aku pun bukan orang Kelantan atau Terengganu.Tapi aku tak benci pun orang Kelantan dan Terengganu.
Ramai ja member-member sekepala aku dari Kelantan dan Terengganu.Tak elok la budaya kutuk mengutuk ni.Tak bagus la.Kalau tak suka kat orang tu,handle la elok-elok.Face to face kan lagi elok.Tak payah buat malukan orang tu pulak.Come on la.Takkan sebab sorang dua,semua orang  kau tak puas hati.

Tentang entri yang dibuat pasal gadis Kelantan tu, memang ramai orang marah.Ramai gadis-gadis Kelantan yang komen dan marah-marah.Dah puas aku pujuk.Hehe..Tapi tak berjaya jugak.By the way,aku sempat jugak baca blog tu.Tak lama lepas tu,dah delete.Dah cuak la tu....Kalau aku pun,aku marah.
Aku memang tak suka kalau mention negeri.Kita semua sama.Apa yang beza,hanya keimanan.Kita satu bangsa,satu agama.Kan kita semua bersaudara.

Demo nok baca lebih lanjut,bleh la klik kat blog Atok

nota kaki : jangan la kau benci sorang,habes satu negeri kau benci.
nota kaki lagi : gadis-gadis Klate cantik-cantik blako.Hehehe=)Tertarik la kawe...

"kata ibarat pedang yang tajamnya boleh membunuh lawan,
jagalah bahasa kata kita,jangan disalah guna...

terlajak perahu, boleh diundur,
terlajak kata buruk padahnya...."

Smile semua=)

Tuesday, May 3, 2011

Napa gadis-gadis tak tahu masak??eeiiii

Ni gambar intro untuk menarik minat pembaca lelaki=)
Kali ni aku nak bincang topik yang agak kritikal zaman sekarang ni.Perasan atau tak perasan,kebanyakkan pekerja-pekerja atau chef-chef yang famous kebanyakkannya datang dari kaum lelaki.Pergi la kat kedai mana sekalipun,jarang nak jumpa perempuan yang masak.Dalam sepuluh kedai,mungkin jumpa satu kedai kot perempuan masak.Tu pun sebab pekerja lelaki cuti.Hehehe

Ni entri berani mati.Masa ni la aku nak hentam gadis-gadis pun.Hey girls,maaf kalau terasa.Jangan marah-marah,muncung-muncung mulot kat aku.Ni realiti,bukan fantasi...(Eh tapi kalau girl marah,muka lagi cute kan??)*ok,sila lempang aku*

Malas
Tak boleh disangkal lagi,girls ni malas la dalam bab-bab masak ni.Kalau bab nak makan,memang cepat.Tu sebab kebanyakkan golongan obesiti kat Malaysia ni adalah girls.Suka makan daripada masak.Sori to say that.Ini fakta..Haha

Cerewet
Percaya atau tidak,gadis-gadis ni memang la cerewet.Sangat,sangat dan sangat...Bukti??kalau pergi beli-belah, 2-3 jam pun belum tentu beli barang lagi.Pilih sana,pilih sini.Kalau lelaki pergi beli,kejap ja.So,apa kaitan dengan memasak??Ya,girls/gadis juga cerewet dalam letak ingredient.Nak letak gula pun kena tengok buku resepi,nak masukkan garam pun kena tengok buku resepi jugak.Tu sebab chef yang terkenal semua lelaki.Sebab lelaki pandai bajet ingredient.Sori to say again.Ini realiti...

Bajet cun
Kebanyakkan gadis yang tak reti nak masak ialah gadis-gadis yang bajet lawa.Konon-konon harap dapat kahwin dengan anak Dato'.Lepas kahwin ada orang gaji yang tolong masak.Orang gaji pulak datang dari Lombok.Kalau laki kahwin lain,,marah pulak..haha...Hey,come on la...Lelaki lebih suka isteri yang masak.Ini juga realiti=)

Bagi aku,aku tak kisah sangat gadis ni pandai masak ke tak.Lepas kahwin pun bleh blajar lagi.Kan...kan..(back-up balek lepas kutuk).Yup,betul.Aku memang tak kisah.Janji kena rajin blajar la nanti.Para gadis tak nak famous macam chef kat luar sana sebab bagi mereka biar lah terkenal untuk para suami dan anak tercinta ja=)Biarla orang laen tak kenal pun.Janji nanti suami sayang.Ekeke..

So girls,kalau nak cari calon suami,cari la suami yang baik dan tak kisah kalo para gadis pandai masak ke tak.


Macam Fadhirul Ahmad.Zzzz...

Girls cakap laki nampak macho bila masak.Btul??haha

Sunday, May 1, 2011

First K-Pop Malaysia??eeuuwww...

Semenjak dua menjak tiga menjak ni aku tengok,ramai gadis-gadis Melayu kita yang addicted sangat dengan mamat-mamat korea ni.Mungkin sebab kecomelan ataupun kejambuan ataupun keromantikan mamat-mamat korea ni,aku pun tak taw.Jejaka-jejaka tampan Melayu dilupakan.



Apa yang penting sekarang,orang kita sendiri dah pun menubuhkan satu Band yang ala-ala Korea jugak.Kalo tak silap,24:7 kot nama band ni.Lepas ni boleh r ramai-ramai gurl beralih kat 24:7 band pulak.100% Malaysia mari.Ya ,sila percaya.100% dari Malaysia.Eh,eh tolong jangan tengok kalo masa makan.Please..


 Yang kanan sekali macam Brad Pitt la pulak.Besau nyer muscle....Eh,sila tahan muntah dulu.Tengok picture bawah pulak~




Girls,cuba tengok elok-elok.Yang mana paling cute??Aku rasa yang barisan bawah dua dari kanan.Soooo shuuuuiiitttt....ololo..

eeeeeeeuuuuuuuuwwwwwwwww..........jap minum air jap......(sambung balek).....eeeuuuuwwwwwwww

Kenapa ha orang Malaysia sendiri nak buat style ala-ala Korea??Semua nak ikut..Yang ni nak ikut.yang tu nak ikut!!

nota kaki : kalo nak like page group ni,ada kat facebook.Page boikot group ni pun dah ada kat facebook=)Sila pilih!!


Harap-harap lepas ni depa semua nyanyi ala-ala Girls Generation kan...OPPA OPPA EH EH...haha

ok,dah boleh muntah!!

Kenapa orang suka dengan kedai mamak??

Aku pun kadang-kadang hairan jugak napa kalo tengok ja kat kedai mamak,boleh dikatakan setiap masa ja ada pelanggan.Aku pun suka gak lepak-lepak kat kedai mamak ni.Ramai orang cakap kedai mamak ni kotor.Arghhhh...apa aku peduli.Haha.Tapi kan,mesti ramai akan tertanya-tanya sebab apa ramai pelanggan kat kedai mamak??Nak kata sedap,tak la sangat.Nak kata guna penarik pelanggan,takda pun.Semua pekerja tak seksi pun.Kebanyakkan macha-macha ja yang kerja situ. Nak kata guna bomoh??Yang tu aku tak taw la kan.Syirik kalau percaya benda-benda ni.


Bagi aku banyak sebab napa kedai mamak menjadi pilihan kalau nak banding dengan kedai Melayu.Aku kata macam ni,bukan bermakna aku nak "down"-kan kedai Melayu,bukan jugak aku nak "up"-kan kedai Mamak.Mamak tak bagi aku satu sen pun bila aku buat entri ni.Tapi ni berdasarkan aku punya pemerhatian ja.Brader-brader,kakak-kakak,makcik-makcik,pakcik-pakcik yang keja kat kedai makan Melayu mahupun owner kedai Melayu,jangan marah aku pulak.Sabar dulu.Bukan semua macam tu,tapi sebilangan kecil ja.

Service/Layanan
Bila aku pergi ja kedai mamak,belum duduk lagi,mapley-mapley yang keja kat situ dah jemput suruh duduk.Ambek order terus.Cepat,pantas,efisien pulak tu.

Macha : Mau minum apa?(sambil senyum)
Aku : Macha,bagi saya  air suam dah r..
Macha : Ayooo(sambil cepuk dahi)..Air suam saja ka??
Aku : Dah tu air apa lagi?
Macha : Minum la air laen juga.Teh tarik ada.Air Pepsi ada,7-up ada..(sambil senyum-senyum comel)
Aku : Macha,sebab macha senyum punya pasal, bagi saya teh tarik satu..
Macha : Baek bos,siap!!

Tengok!!!dah order terus siap.Haha..Yang penting,senyuman.Jangan la masam sangat muka tu.

Ni ja mamak yang paling manis aku sempat carik=)


Kalau kedai Melayu pulak,tunggu setengah jam pun(eh 15 minit dah r,lama sangat tengah jam) belum tentu nak ambek order lagi.Pastu datang pulak,buat muka bosan.Senyum pun malas.Heee,benci aku.Apa kata kalau lontar kan senyuman sikit.Puji la sikit customer.Walaupun customer tak hensem,cakap la "lawa abang hari ni,nak makan pe bang"Tak ke sejuk hati.Yang baru makan kat rumah tadi pun,nak makan balek.Haha

Lagi satu, kalau meja kotor,kita suruh lap kan.Mula la nak jeling tak puas hati.
"Eh brader ni,order milo ais ja,makan tak nak order,meja ada tumpah air skit,suruh lap pulak.Ape kes"


Tv/Televisyen
Kalau pegi kedai mamak,perkara pertama sekali yang nak tengok,tv la kan.Tambah-tambah yang tak mampu langgan Astro.Lepak kedai mamak r sambil tengok bola.Kalau ampa semua perasan,tv-tv kat kedai mamak ni banyak dan skrin tv pun besar.Pastu letak kat penjuru pulak tu.Tak cukup dengan tu,ada layar besar pulak kat luar.Layan bola memang best.

Kedai Melayu pulak??Ada tv...Tapi cipot(kecik) jala.Janji boleh tengok bola.Tapi ada yang lagi sedih,

Aku : Akak,boleh tukar channel laen tak??
Akak : Nak channel pe dik?
Aku : Tukar channel 812 Astro jap boleh??Ada Barcelona lawan Real Madrid sekarang ni.
Akak : Maaf dik,kedai ni mana ada Astro.Tak pernah pasang pun.
Aku : Aduh,rugi.Baek aku pegi kedai mamak kat sana.(cakap slow2 sambil muncung mulot)

Operasi
Kebanyakkan kedai-kedai mamak ni operasi 24 jam.Lepas pukul 12,tak kisah la kalo ramai orang pergi makan kat kedai mamak.Tambah-tambah student la kan.Pukul 1 pagi tu awal lagi.Malam masih muda der.... Masa ni,kebanyakkan kedai-kedai Melayu dah tutup.Sebab apa tutup??Alasan lepas pukul 12 malam,customer tak ramai.Rugi kos kalau bukak.Untung kemana,modal kemana.

Strategik
Kedai-kedai mamak kebanyakkan terletak kat hujung-hujung,corner-corner lot.Tempat pun luas,selesa.Nak parking pun senang.



Wi-fi
Kedai mamak ada wi-fi.Bagi student yang tak mampu beli broadband,streamix ala bagai,kedai mamak r tempat sesuai nak ber-online.Bagi yang taik hidung masin sangat,modal 30 sen ja(air kosong satu),duduk sampai 2jam.Nasib baek tak kena maki dengan mamak.Haha

Kedai Melayu??Susah nak cari yang ada wi-fi.Kalo standard bistro,ada la kot.Mana mampu der..Tengok nama kedai yang kat depan ada bistro pun,tak berani nak masuk.Milo ais dah rm4.50..Bleh sara setengah hari tu.Haha

Antara lain-lain sebab,teh tarik dan roti canai.
(pssst,jangan imagine macam mana mamak buat roti canai.Mintak-mintak jangan la ada bulu-bulu tangan mamak yang terjatuh dalam roti canai ataupun kuah.haha)


p/s : bukan semua kedai mamak yang 100% bagus dan bukan jugak semua kedai Melayu 100% tak bagus.