Tajuk memang panjang untuk difahami.Apa itu realiti?Apa itu konspirasi?Entri ni di tulis bukan nak bincangkan maksud realiti.Bukan juga nak bincangkan maksud konspirasi.Tapi apa??Aku hanya nak bincang trend berblog masa kini.
Memang aku tak menyangkal,aku pun setahun jagung lagi dalam dunia blog ni.Masih baby!!Nak berjalan pun tak bleh lagi.Apatah lagi berlari-lari ke sana ke mari.Blog ni pun baru berusia 7 bulan 9 hari.Err..err..Betul ka??
Tipu ja.Haha
Aku tengok blog skarang tumbuh bagai cendawan lepas hujan.Ditambah pulak baja sekeliling cendawan tu.Makin subur dibuatnya.Tapi,adakah aku,ampa,kita semua perasan tentang trend i follow u,u follow me??
|
Err...err..sila abaikan pict nie.. |
|
|
Adakah trend ni sihat??atau tak sihat??
Jom kita bincang sama-sama..
Bagi aku,setiap sesuatu tu mesti ada pro dan kontra.Setiap sesuatu tu mesti ada baik dan buruk,kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Contoh kata-kata i follow u,u follow me kat shoutbox
"Hai i datang sini,lepas ni follow i taw"
"Gua dah follow lu der,follow gua balek der"
"Follow me back"
"Jom datang blog saya,awak folo dulu,pastu saya janji saya follow balek.Promise bucuk2"
Eh,siap ada bucuk2 lagi.Haha
PRO/KELEBIHAN/KEBAIKAN
Kalau guna cara i follow u ,u follow me sure follower cepat naik.Hari ni follower 3 orang,esok 100 orang.Trafik pun boleh up.
Eh,macam banyak pengalaman ja bro??
Takda lah,aku bagitau apa yang orang laen penah buat ja=)
Selain tu,cara ni jugak senang,paling mudah.Entri tak best pun orang akan follow.Janji ramai follower.Suka tak suka,kena follow jugak.
CONTRA/KEBURUKAN/KEKURANGAN
Ada orang cakap,tak perlu la mengejar follower,tak perlu la guna trend i follow u,u follow me.Tapi kenapa??Mesti ada sebab...Sebabnya cara ni tak beretika.Apa yang lebih penting,tingkat kan mutu entri.
Lagi,cara ni macam takda matlamat berblog. Sebab dengan mengamalkan 'i follow you, you follow me back' tidak dapat membantu menjadikan kita seorang blogger yang bermatlamat.Walaupun follower ramai,tetapi takda orang yang baca entri,takda guna jugak kan.Follow pastu tak datang-datang buat apa.Kalau suka follow,tak suka tak payah follow.
**********
PENDAPAT AKU
Bagi aku,dalam hal ni,aku bersikap neutral.Tak kisah la orang nak amalkan trend ni ke tak.Yang penting,tingkatkan mutu entri.Kalo orang datang kat shoutbox aku suruh follow dia,aku follow ja.Tak kisah la dia nak follow aku ke tak.Tapi ikhlaskan la follow=)Sapa lagi yang nak support blogger kalau bukan blogger sendiri kan.Dan kalau sesapa tak suka follow blog orang yang paksa suruh follow tu,tak payah follow.Masing-masing ada cara masing-masing.Kan kan??
nota kaki : psssttt..aku awal-awal buat blog pun buat cara camtu jugak.(masa follower kurang dari 100)"jangan gitaw orang ek,haha"
nota kaki lagi : skrang tak buat dah.Just p jenguk2 orang ja.Kalau aku minat blog dia,aku follow.Kebanyakkan yang aku lawat,aku follow.Tapi kalau orang jemput suruh follow,aku follow la jugak dengan tak ikhlas.Haha.Tak baek hancurkan harapan orang^_^
Ampa pulak macam mana??hehe