Tuesday, April 19, 2011

Menjadi Wanita Yang Cantik




Play untuk lebih syahdu




Wanita yang cantik..
“Wanita yang cantik adalah wanita yang dapat menjaga harga dirinya“.
Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dipakainya. Bukan pula pada perhiasan yang menghiasi tubuhnya atau pada bentuk tubuh yang mengancam.

Kerana kecantikan wanita itu terpancar dari caranya melihat kehidupan dan berpegang pada prinsip yang sering berlainan dengan prinsip dunia. Saat dia melihat kehidupan, disitulah mata hatinya akan menyusuri erti dari kehidupan dan menjalaninya, sesuai dengan nuraninya.

Kecantikan bukan terletak pada eloknya wajah, tetapi  dari kecantikan jiwanya yang penuh kasih sayang, dan mengambil berat sesama mereka.
.
Apa yang boleh membuat wanita dapat dihargai oleh lelaki apabila harga dirinya tidak dijaga ?
mengapa banyak wanita yang rela menyerahkan dirinya hanya untuk kemewahan ? dan kesenangan dunia
Mereka berdandan bak puteri, menghiasi dirinya dengan perhiasan dan me”mekap” wajahnya dengan keindahan. Nampak indah dilihat, hingga tak seorang pun menyedari, ada sesuatu yang tersembunyi disebalik pesonanya.
Berani menanggalkan harga dirinya hanya untuk dapat menaiki kenderaan mewah, tinggal di apartment mewah, melancong diluar negeri dan sebagainya.
Wanita yang cantik, tidak akan menghalalkan semua cara untuk memenuhi keperluan dan keinginannya…
.
Wanita yang cantik, tidak akan mengganggu suami orang hanya untuk mendapatkan hartanya dengan mengatakan  atas nama  cinta…
Wanita yang cantik, tidak akan menjajakan dirinya dijalanan hanya untuk sebuah alasan “demi membantu keluarga”

Wanita yang cantik, tidak akan melakukan “one nite stand” hanya untuk memuaskan hasratnya hingga melupakan martabatnya sebagai wanita…

Wanita yang cantik, tidak akan meninggalkan prinsip-prinsip yang dapat memagari dirinya dari berbagai macam godaan dunia…

Wanita yang cantik, tidak akan menjadi ibu yang membiarkan anaknya terjerumus dalam dunia kelam…
.
Wanita yang cantik adalah…

Seorang Ibu yang mendidik dan memagari anaknya dengan dengan kasih sayang dan iman percaya pada Tuhan

Seorang Wanita yang tetap berdiri pada jalan yang benar dan tidak berkompromi dengan sesuatu yang dia tahu dapat menyesatkan.

Seorang Wanita yang mengasihi keluarganya baik suami dan anak-anaknya.

Seorang Wanita yang memberikan warna positif dalam kehidupan setiap orang.

Seorang Wanita yang tidak menjual dirinya demi kemewahan. Kerana baginya kemewahan syurga yang lebih penting dicarinya.

Seorang Wanita yang tahu menempatkan dirinya dimanapun dia berada.

Seorang Wanita yang dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Seorang wanita yang dapat menginspirasikan semua orang.
Dan terakhir, wanita yang cantik adalah wanita yang boleh menjaga harga dirinya, ditengah gelap dan gemerlapnya dunia ini.”
Wallahu a’lam






Credit to:Paradigma Mukmin

22 comments:

The Lady & Mr Vampire said...

wanita yang cantik ialah wanita yang pandai jaga tutur kata dan akhlak budinya :)

nice!

Syuk Chen said...

nice entry.. penuh makne..

FizA said...

wah..entry psl wanita.. nice2! ^^

Ezma FaSham said...

saye nak like supaya dapat masuk FB. tapi tak ade.. sayang..
But.. memang sangat sangat nice! Terbaek!!!

cik payung umbrella said...

sebaik2 wanita adalah wanita solehah! semoga anda mndapat wanita solehah yg akan menemani anda menempuh hidup ke jalan Allah.. i.allah

NisaAdnan said...

WAHHH SUKE SUKE ENTRY NI ^^

nida husna said...

like this entry.. hope i can be gud muslimah and gud wife 4 my husband

nelly said...

makna mendalam ~~~

cik najihah said...

nice post..
:)

myezatul aQma said...

nice entry.
moga menjadi pedoman buat semua(^__^)

Dekcik said...

wanita yg pndai mnjga harga diri sentiase dilindungi..

misz fae said...

nice post!;)

Cik Bidadari said...

mendalam... wanita cantik tu ada dua maksud,... cantik luar dan dalam... selalunya pakej tu yg lebih menyerlah...

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

i like this post very much!!

sy teringi jd wanita cantik spt itu..

^^ wink2..

アヌム ちゃん~~ said...

Salam.jalan2 bw sini..:)
Free2 jalan2 blog saya eh^^
http://frommetoyou85.blogspot.com/
Sudi2 jenguk ye (^____^)

YAYA AZURA said...

singgah ..
nice entri ...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

moga saya menjadi wanita yg cantik di mata suami dan anak2...amin.

Norhartinie Adnan said...

such a nice entry!
sayasuka sayasuka!

HonEyBuNNy said...

bestnya entry neh...

nak jadi wanita cantik la...

Sara Ali said...

sy suka laaa....


sy nk jdi wanita cantik jgk laa....

=)

insya Allah....


=)

bila blog bercerita said...

smoge sy slh sowg dr wanita yg cantek 2.....

ameen~~

schubert's serenade said...

er.er.menjadi lelaki idaman..???cbe entry ni plk.hihih.